KEJADIAN SERAM PUKUL 3 PAGI

20.5.15 Suria Lekatlekit 12 Comments

Pukul 3 pagi ni pertengahan la.. selepas tengah malam & sebelum subuh. Memang time hantu berpestaraya la kot kan. Yelah.. masuk subuh kang semua kena balik rumah dah. Tapi kalau ada manusia time2 ni berpartiraya lagi dia dengan hantu kira tak berapa ada beza sangat la.hahahaha. Untuk segmen seram serik lekat lekit kali ni nak cerita pasal kisah kejadian seram yang berlaku pukul 3 pagi.

 Alkisah pertama pasal satu kedai yang buat rambut palsu.

Kisah seorang gadis yang membuka satu kedai rambut palsu & jugak membeli rambut yang di potong untuk di buat rambut palsu. Tanpa sengaja dia terbeli dari seorang wanita rambut yang dulunya kepunyaan seorang wanita yang mati di bunuh. Akibat dia guna rambut tu rambut palsu dia mula di hantui jelmaan hantu wanita tersebut bermula dari pukul 3 pagi. Di jadikan kisah sekumpulan kawan2 adik dia datang ke kedainya pada waktu tengah malam untuk berhibur & akhirnya semua menjadi mangsa jelmaan hantu wanita tersebut. semuanya mati dalam keadaan yang menyayat hati ketika cuba menyelamatkan diri dari hantu tersebut

kisah kedua hantu pengantin
Alkisah sepasang bakal pengantin yang mati akibat satu kejadian. Seorang lelaki di tugaskan menjaga mayat pasangan tersebut. Tapi si mamat ni pulak jatuh cinta dengan mayat pengantin perempuan mula menjadikan mayat perempuan tu pasangan dia. Bila berdua2 an dengan mayat cantik nafsu dia pun gagal di kawal lalu terjadilah perkara yang tak di ingini. Berlakunya hungungan intim antara lelaki tu dengan mayat wanita cantik tersebut. Sehinggalah pada satu malam mayat perempuan yang masa hayatnya macam ada masalah gangguan emosi suka mencederakan diri sehingga membunuh pasangannya selepas tu membunuh diri bangkit & membunuh lelaki yang telah menodai jasadnya. Tu la sapa suruh dengan mayat pun bernafsu.

kisah ketiga, kisah hantu overtime
 Kisah majikan yang nakal suka prank pekerja yang cuba nak claim overtime tapi stayback bukan buat kerja pun. Atau yang kerja makan gaji buta. Nak di jadikan kisah depa ni prank 2 orang staff lelaki & perempuan sehingga menyebabkan berlaku kemalangan bila kedua staff ni terjatuh dari tingkat tinggi & mati. Waktu dua 2 orang majikan nakal ni tak tahu. Semasa dorang nak balik waktu jam dah pukul 3 pagi, mereka terserampak dengan 2 pekerja mereka yang sebenarnya baru sahaja mati terjatuh dari tempat tinggi. Dalam lift tiba2 salah sorang dari mereka terima call dari setiausaha yang memberitahu bahawa 2 staff yang berada dalam lift bersama mereka ketika tu dah meninggal dunia. Tu la prank orang melampau lampau lagi sekali kena betul2 usik dengan hantu.

Itulah sinopsis cara melekit 3 kisah pendek yang terdapat dalam dvd filem Thailand 3AM. Ni bukan filem baru yer tapi filem 2012. Kisah ketiga ada kesinambungannya dalam filem OT Ghost Overtime yang aku ada review kat sini. GHOST OVERTIME, PRANK SERAM YANG MEMBUNUH

 Koleksi peribadi bukti pembelian katanya.

Filem ni bagi orang penakut seram la... Tapi cerita dia memang not bad. Boleh jugak la terpacak depan tv tak kelip mata. Hahahahaha.. Mula2 aku tengok dvd selfie suara kubur tapi tapi sampai pertengahan cerita macam takde apa yang best. Hantu lagi la tak nampak. Cuma cerita pasal perempuan tua yang tinggal sendirian.. Tak sempat habis aku tukar dvd 3AM. aku tak sanggup nak tengok sebab aku tak sanggup nak kutuk dengan jayanya filem tu kalau aku tengok sampai abis hahahaha.

Moral of the story... Even bukan filem baru tapi dvd nampak bersepah lagi jual maybe masih ada permintaan kot. So, kalau nak buat koleksi boleh la pergi beli 3AM. Jangan silap dia ada 3AM 2 jugak pun best. Aku dah review 3AM 2 kat sini KISAH SERAM PUKUL 3 PAGI


Yang menarik untuk di baca : 

Ibu seorang superwomen. Segalanya ibu buat demi memastikan keselesaan & keselamatan orang2 yang tersayang.Inilah 10 resepi cinta pengikat kasih sayang dari seorang ibu

12 comments:

  1. sy bc tajuk..tgk gmbr 1st trus xjd nk bc sepenuhnya sbb spesis penakut.. mahap kak..

    ReplyDelete
  2. 3 AM memang best.. lagilah kisah prank tu.. kita pun terasa ikut kena prank sekali sampai keliru dia ni dah mati belum.. huhu

    ReplyDelete
  3. Saya sukaaa sgt kisah2 misteri ni...

    ReplyDelete
  4. Suria bg akak RM500 tgok citer ni pun mmg x dapek akak nak tgok de .akak ni penakut..

    ReplyDelete
  5. jantung aku mcm dah tak kuat tgk cite hantu zaman sekarang.. hahaha

    ReplyDelete
  6. Filem hantu melayu kalau pelakon yang sendu2 tu sah2 la filem pun sendu jugak..heheh

    ReplyDelete
  7. Bestnyer cite ni sis. Adoii.. Kat sini takda jual TT..

    ReplyDelete
  8. Kalau tengok tajuk macam dah khatam tapi bila baca sinopsis setiap cerita, macam tak pernah tengok. Tapi okeylah kalau ada feeling bulu roma, bulu hidung,bulu kaki semua naik menegak dengan jayanya. Kira seramlah juga. Tengok gambar last tu memang macam seram bangat, buk!

    ReplyDelete
  9. Filem hantu thailand memey seram hihihi..ekin cerita hantu memey xtengok la kalau sorg huhu

    ReplyDelete
  10. Thanks share. Saya suka cita antu. Hehe

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!