INI PUNCA BERLAKU PENDARAHAN SELEPAS HAID

1/09/2017 02:26:00 PM suria lekatlekit 22 Comments

INI PUNCA BERLAKU PENDARAHAN SELEPAS HAID. Ni entri untuk kaum perempuan tak semestinya orang perempuan je boleh baca ok! Orang lelaki tu tak salah malah aku rasa perlu ambil tahu jugak sebab manusia ni di ciptakan hidup berpasangan melainkan korang merancang berpasangan yang sama jenis jer... Tapi kalau nak berpasangan dengan berlawanan jantina jadi memang perlu ambil tahu. At least kalau berlaku kat pasangan korang nanti korang takde la terpinga pinga atau buat spekulasi sendiri.


Mungkin antara kita (kaum perempuan) yang pernah hadapi perkara ni termasuk aku. Sebab tu tergerak hati nak cari info berkaitan. Risau jugak walau period (haid) dah habis selepas seminggu tetiba nampak ada lagi darah walau tak banyak. Kadang2 tak kena pun kat panties tu tapi untuk protection pakai jugak la pantyliner kan. Tapi masa cuci tu boleh nampak sedikit darah mula2 coklat lepas tu merah. Ingat sehari je.. tapi sampai 3 hari pun still ada lagi. Susah juga sebab tak tahu samada ada darah period (haid) atau darah penyakit. Jadi sebagai langkah awal.. google je dulu. Yelah.. yelah.. nanti aku pergi la check up..

Terbaca kat blog Dr Zubaidi. katanya ia berlaku di sebabkan Uterus masih mengeluarkan saki baki darah haid yang tak habis keluar semasa kitaran haid. Biasanya darah tu tak banyak.. akan di sedari ketika seseorang perempuan tu mencuci tempat sulit. Almaklum la kalau cuci of course la kita akan cuba mengeluarkan apa2 kotoran yang ada kat dalam tu kan. Darah tu biasanya berwarna coklat pekat atau merah cair. Yelah.. lebih kurang sama macam yang aku alami tu.

Kalau berlaku sehari dua hari tu tak ada apa2 masalah cuma kalau berlarutan lebih dari seminggu perlu juga mendapat pemeriksaan doktor secepat mungkin atau kalau berlaku pendarahan yang banyak walau dah habis tempoh haid tu pun perlu merujuk kepada doktor. Jangan fikir darah haid tak habis keluar ke hapa. Berkemungkinan ada masalah lain.

Pendarahan selepas haid jugak mungkin berlaku sebab perubahan hormon secara tiba - tiba, pertambahan berat badan, bebanan, tekanan emosi & fizikal, atau mengalami masalah yang lebih berat melibatkan kelenjar Ovary.

Pengambilan ubat ubatan jugak boleh jadi faktor perkara ni berlaku contoh ambil suntikan cegah kehamilan atau masalah kesihatan seperti diabetes, kanser & tiroid. Ia juga mungkin petanda ada ketumbuhan fibroid dalam rahim. Walau tak serius tapi perlu di buang dengan segera sebelum ia membesar supaya tidak menganggu rutin harian wanita.

Apapun tetap kena merujuk kepada doktor sekiranya berlaku pendarahan selepas haid.. lebih2 lagi pendarahan darah cair yang banyak, berlaku pendarahan berserta kesakitan di bahagian pelvik tak kira la sakit sikit atau sakit sangat selepas mengadakan hubungan intim bersama pasangan.

Moral of the story.. kalau anda mengalami gejala macam ni tak kira la serius atau mohon merujuk tak dengan doktor dulu bukan bomoh yer.. hehehehe

22 comments:

  1. thankss sis ! kurang sikit kerisauan saya hehe

    ReplyDelete
  2. Boleh solat tak kalau darah tu kluar??

    ReplyDelete
  3. Boleh solat tak kalau darah tu keluar??

    ReplyDelete
  4. Kalau saki baki alhamdulilah lah risau jugak sebab kalau ikut kan after seminggu tu tengah subur so plan nak ada anak after miscarriage 1 bulan lepas..tapi bila keadaan cam ni hummm sabar je lah

    ReplyDelete
  5. Kalau saki baki alhamdulilah lah risau jugak sebab kalau ikut kan after seminggu tu tengah subur so plan nak ada anak after miscarriage 1 bulan lepas..tapi bila keadaan cam ni hummm sabar je lah

    ReplyDelete
  6. tq sis, kurg la sikit rasa takut tu. sbb saya sering gak keje camni. lepas haid. berapa hari lepastu trus kua darah coklet2 tu.

    ReplyDelete
  7. Masalah saya.. Datang period cukup 7 hari.. Hari kelapan mandi bersih.. Dlm tempoh 5hari..ok.. Masuk hari ke6 ada lendir berserta darah kala coklat...
    Mlm mandi sehinggalah esok pagi xde pulak.. Sehingga tgahari... Tp ptg dlm jam 4..saya mandi nk solat lap.. Ada darah dan lendir lagi.. Tetapi darah bayu.. Cair2 bercampur lendir tu...
    Kenapa ea.. Saya harap doc dpt memberi penjelasan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perot ade x rasa segugut ke..atau sakit2 kat situ?

      Delete
  8. Salam sya jg mngalami perkara yg sama..selepas hr ke4 period abis..bru ada cecair mcm drh cair kuar..seakan coklat cair..rsau sgt2..bln lpas pn sama...lps goggle bru thu drh period yg akhir2..

    ReplyDelete
  9. Salam sy nak tanye..kalau keluar darah @wrna coklat boleh smbahyang x eh..sbb dh abis period 2 mngu dh..tapi still ade tompokan darah

    ReplyDelete
  10. slm sy nk tnya kalau dh hbs period lps tu ada lg yg keluar tp warna coklat dn dia berlarutan smpi berminggu² sy student so risau knp² je..

    ReplyDelete
  11. saya dtg bulan 3/02 selesai 11/02 dah mandi... tapi dah 3 4 hari darah pekat gelap keluar tapi tak banyak tapi basah juga pantilner... sebab ngam 11/02 pertama kali saya makan ubat prancang ... rasanya kenapa yee... saya baru nanti nak ke doktor

    ReplyDelete
  12. Salam saya mai period 18/2....26/2 dah mandi....tapi 4/3 keluar darah skit,pas tu tghari ptg x da plak....5/3 mlm keluar darah beku....skit je....dalam masa sama....saya baru try mkn acid folic....period saya gelong....

    ReplyDelete
  13. Sy baru habis period minggu lepas..tiba2 harini keluar darah lagi, cair n banyak macam first day period..risau sangat2 sebab tak pernah kena macam ni ������

    ReplyDelete
  14. salam, sy dah habis period seminggu mcmtu means dah kering n bersih, xda apa2 dan boleh solat.. tiba2 hari ni keluar seketul kecil darah beku, n cecair merah pekat, mcm period jgk, smlm sakit sgt2 perut..kenapa ya, perlu ke buat pemeriksaan, risau jgk sbb bru je lepas period, tetiba ada lagi, siap sakit lagi..

    ReplyDelete
  15. Sy baru jadi tadi. .Period 19 HB hritu ..Hbis 23 HB.. Hrini 29 HB Ada drah ..Plus sakit perut.. Takut

    ReplyDelete
  16. Sy nak tanye sy br lepas period 3 hari lepas..sebekum ni sy tak pernah jd mcm ni bulan ni mcm pelik sikit.. Lepas period 7 hari.. Keesokan hari drh masih keluar skit.. Lepas xde hari ke9 kuar skit lg lepas tu xde harini bile sy nk cuci tibe2 sy tgk ade lender bersama drh seakan2 warna coklat mcm tu la tp x byk... Tp ni cukup buat untuk sy risau sgt2 sb x penah jd mcm ni... Boleh jelaskan x knp ye...

    ReplyDelete
  17. Boleh ke solat.
    Tlg beri penjelasan

    ReplyDelete
  18. saya nak tanya boleh ka solat? itu ja sbb tngh was2 ni. Saya ada solat juga tp setiap kali solat saya akan tukar panty liner.

    ReplyDelete
  19. Sy nak tanye sy br lepas period 2minggu lepas..sebelum ni sy tak pernah jd mcm ni bulan ni mcm pelik sikit.. Lepas period 7 hari.. Keesokan hari drh xkelua dh. Lepas 2minggu berhenti period, harini bile sy nk cuci tibe2 sy tgk ade lender bersama drh seakan2 warna coklat mcm tu la tp x byk... Tp ni cukup buat untuk sy risau sgt2 sb x penah jd mcm ni... Boleh jelaskan x knp ye...

    ReplyDelete
  20. Sy dah habis period bila bersama ada pula darah...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com