11 GUA PALING MISTERI DI MALAYSIA

23.11.15 Suria Lekatlekit 0 Comments

11 GUA PALING MISTERI DI MALAYSIA. Gua ni tempatnya macam dalam lubang.. gelap & selalu sangat di kaitkan dengan perkara perkara mistik jadi Gua di gambarkan sebagai salah satu tempat yang menyeramkan. Yelah.. zaman dulu ada suku kaum yang jadikan gua tempat menyemadikan orang yang dah mati.. Ada jadikan gua untuk bertapa belajar ilmu batin.. Tapi ada juga orang jadikan Gua sebagai rumah sehingga zaman moden ni. Tak ingat kat mana.. aku pernah baca berita pasal sekeluarga yang tinggal dalam gua. Yelah.. Rumah sekarang mahal tak mustahil tetiba aku pun pindah tinggal dalam gua. Maka jadilah aku orang zaman pra sejarah. hahahaha...

Clearwater cave, sarawak

Kat Malaysia banyak gua. Ada Gua yang masih tak pernah orang teroka.. Ada Gua yang dah jadi salah satu destinasi pelancongan. Yang pasti, apa2 gua yang ada kat Malaysia ni satu pun aku tak pernah masuk. Biasa la  Gua kan gengster. Apa barang masuk gua ye dak? erkk.. Sesetengah orang tak suka masuk Gua sebab banyak kelawar.. Tetiba teringat hantu omputih kan. Kalau cerita drakula dulu2 mesti ada kelawar. Drakula & kelawar bagai gigi dengan gusi. Ada drakula.. mesti ada kelawar. Mungkin juga bila masuk gua jumpa kelawar banyak ada orang terbayang drakula so dia tak berani masuk gua. hahaha

Tapi dalam banyak2 Gua kat Malaysia aku rasa Gua Nasib Bagus paling rare. Selain nama dia yang memang attractive, Gua tu adalah Gua terbesar di Dunia. Keluasan Gua Nasib Bagus ni 600 juta panjang, 400 meter lebar dan 100 meter tinggi. Besarnya Gua ni katanya mampu menampung sehingga 10 jet jumbo. Bayangkan la betapa besarnya Gua ni. Gua ni terletak di Gunung Mulu Nation Park, Sarawak. Bagi Yang berkunjung kat sarawak boleh la jadikan Gua Nasib Bagus salah satu tempat untuk di kunjungi. Tiket masuk ke situ RM10. Apalah sangat RM10 kan kalau jejauh naik flight pergi sarawak tak singgah sekejab ke Gua Nasib Bagus.. Untung masuk sana jumpa harta karun memang Nasib bagus betul la. Hahahaha

Gua Nasib Bagus, Sarawak

Tu antara Gua paling besar di dunia yang ada kat Malaysia.. Sebenarnya banyak lagi Gua kat Malaysia dengan misteri dia. Kalau korang nak baca boleh baca kat sini >> 11 Gua Paling Misteri Di Malaysia <<

Gua salah satu khazanah alam untuk kita belajar. Jadi tak salah untuk kita mengunjungi gua. Walaupun ada misteri yang tiada jawapan, at least kita belajar tentang betapa besarnya kuasa Allah. Ada kejadian di luar batasan akal manusia untuk mencari jawapan.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!