AWAS! BAHAYA ANAK DARA TOLONG BELIKAN ALAT UJI KEHAMILAN (UPT)

11/26/2015 10:24:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

AWAS! BAHAYA ANAK DARA TOLONG BELIKAN ALAT UJI KEHAMILAN (UPT). Zaman sekarang semua jadi bahaya walau hanya nak tolong orang belikan UPT. Alat untuk uji kehamilan di rumah. Bagi yang dah kahwin tu tak kisah la.. Orang tak heran dah kalau dia beli. Tapi kalau yang anak dara trang tang tang macam Emma Maembong pergi beli UPT memang jadi gosip hangat la. Orang sekarang memang la suka buat spekulasi sendiri. Kalau dia nak test kat diri dia sendiri confirm la dia rasa cuak nak beli. Status dia sebagai retis yang semua orang tahu dia belum berkahwin.. Semua orang kenal. Mustahil la kalau dia ada buat benda salah dia seberani tu secara terbuka nak pergi beli. Tak banyak, sikit pun mesti risau jadi kontroversi.


Sebab dia tak salah la.. Dia tak rasa apa2 bila tolong kakak dia beli UPT tu. Cuma mungkin dia tak sangka benda tu akan jadi isu dari orang2 yang suka buat spekulasi sendiri ni. kes emma maembong si salah anggap mengandung oleh pekerja farmasi masa dia nak beli UPT di hospital yang dia tengah shooting. Tanpa bagi peluang dia buat penjelasan terus di bawa si emma ni jumpa doktor. Bila jumpa doktor baru la budak emma boleh jelaskan UPT tu dia tolong belikan untuk kakak dia. katanya pekerja farmasi tu teruja sebab yang datang tu pelakon emma maembong yang gebu gebas. Teruja sampai tak dengar dia budak tu nak explain. Kelam kabut sangat dok rasa dia mengandung dah kenapa. Orang sekeliling dengar dah jadi lain pandangan dorang.

Sumber beautifulnara

Memang zaman sekarang yang tak ada isu pun boleh jadi isu besar. Nak2 lagi bab beli UPT ni. Makin hot kalau kita pergi beli dengan yang orang kenal kita. Boleh jadi fitnah yang maha besar. Jadi anak2 dara kat luar sana.. Bukan kata tak boleh tolong belikan UPT untuk orang yang nak test kehamilan tapi tu la.. Kita tak tau apa boleh berlaku dengan pertolongan kecil tu. Manusia ni menilai dengan mata kasar tapi malas nak siasat sebelum sebar.

Ini mungkin salah satu babak dalam lakonan yer.. Jangan gambar ni jadi fitnah pulak. hahaha

Moral of the story.. Anak dara memang tak sesuai la nak membeli belah benda2 macam tu sebab boleh jadi salah faham orang tak tau cerita.

1 comment:

  1. Anak dara beli takpa, tapi kalau dah namanya terkenal di merata-rata, memang nak kenalah kalau pi beli barang larangan macam ni untuk anak dara. Mahu cepat aje orang hebohkan kisahnya!

    Kesian Emma. Tak pasal-pasal jadi mangsa gosip. Tapi setakat selebriti ni, jadi bahan gosip pun memang lumrah hidup mereka. Rilekslah!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com