CARA NAK TAHU SAMADA ANDA PANDAI MEMANDU ATAU BERLAGAK PANDAI

20.11.15 Suria Lekatlekit 7 Comments

CARA NAK TAHU SAMADA ANDA PANDAI MEMANDU ATAU BERLAGAK PANDAI. Ramai orang boleh gerakkan kereta & meluncur megah di jalan raya tapi bukan semua pandai memandu dengan baik. Aku pun pernah bawa kereta & bergerak jugak la kereta tu tapi sesungguhnya aku bukan seorang pemandu kereta apatah lagi pemandu kereta yang memang pandai bawa kereta. Setakat kereta bergerak tu boleh la..


walaupun aku kategori yang tak pandai drive tapi aku boleh teka orang yang dah terer drive dengan yang kurang yakin semasa memandu. Nak2 lagi perempuan.. Kalau yang jenis dada melekat kat stereng tu, jauhilah mereka sejauhnya. Satgi ada je la depa dok buat spoil atas jalan. Bukan apa takut di sebabkan kurang cekap memandu, orang lain boleh terlibat dengan masalah yang depa buat. jenis yang dada melekat kat stereng ni orang hon pun dia mengelabah cari signal tak jumpa dah. Silap2 dia melatah tertekan brek tengah kereta kat belakang laju.. Tak ke bercium kat situ. Tapi tu la.. kalau dia tak tekad untuk drive walau dia masih tahap amatur pun sampai bila dia nak cekap bawa kereta, ye dak.

Tapi manusia zaman sekarang ni sebab confident dia tinggi. Asal dia boleh gerakkan kereta pandai tekan padel minyak & pulas stereng dia dah rasa dia memang terer sangat dah drive. Drive sambil whatsapp pun boleh katanya.. tak terer lagi ke? Tu bukan kategori pandai memandu lagi ok! Jangan nak perasan. Sila malu kalau rasa anda mampu buat benda lain sambil drive tu dah cukup hebat.

Kalau hangpa rasa nak tau hangpa ni level expert ke atau amatur meh tengok kat sini >> Sejauh Mana Anda reti Memandu << Bukan apa ada orang walau skill pemanduan dia tahap amatur tapi sebab confident dia tinggi dia rasa macam expert dah. Ada orang walau skill memandu dia memang dah high level tapi sebab dia rasa kurang yakin so dia sentiasa rasa dia masih tak cekap memandu. Korang boleh test kat link aku bagi kalau nak tau samada korang ni expert atau amatur.

Moral of the story.. tak kira kau juara racing kereta ke hapa.. Kat Jalan raya tak payah nak tunjuk skill racing sangat kalau taknak kena lesinggg!!

7 comments:

  1. hehe... agree sis... kat jalan raya la depa duk racing....

    ReplyDelete
  2. Mak walaupun dah ada lesen sejak umur 18 tahun, tapi nak parking side pun tak pas pas sampai sekarang Suria, acaner tu? hihi.....

    ReplyDelete
  3. membahayakan org lain, tu yg geram tu!

    ReplyDelete
  4. Hahha akak yg memandu 20 tahun ni pun size parking selalu fail..

    ReplyDelete
  5. Akak idok le pandai sangat...bak kata orang yg sedang2 saja...yg penting patuhi undang2 inshaa Allah kompom selamat...tapi akak tak penah lagi bawak kete kat KL...seriau ko kete cam hape je...hakak serammmm....hahaha

    ReplyDelete
  6. hehehe.. selalu kengkadang ramai yang berlagak pandai je

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!