SERAM! DI INTAI LEMBAGA MISTERI BELAKANG TIANG LAMPU STADIUM BUKIT JALIL

26.7.16 Suria Lekatlekit 2 Comments

SERAM! DI INTAI LEMBAGA MISTERI BELAKANG TIANG LAMPU STADIUM BUKIT JALIL. Walaupun bukan malam jumaat.. Yang selalu di kaitkan dengan makhluk2 halus yang tak berapa halus kalau menjelma, tapi blog lekatlekit.com kalau nak berseram serik memang tak kira hari. Hari dia kalau rajin mengarang kisah seram je maka ada la momokkan cerita seram kat blog puaka ni.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Masa jenjalan kat carian google terserempak dengan satu kisah seram yang berlaku di stadium bukit jalil. Kisah ni katanya berlaku masa fenomena ikan flowerhorn tengah in trend. Time tu ramai yang bela ikan tu. Jadi sebab dia tengah popular time tu ada buat pameran ikan flowerhorn kat stadium bukit jalil. Salah seorang pengunjung pameran tu sepasang kekasih ni. Depa pun nak tengok jugak la sambil dating katanya. Lepas dah habis pameran tu takkan la nak bermalam kat situ kot.. Bawak2 la pulang kepangkal jalan katanya. Kebetulan nak balik.. kereta depa kena blocking so tak dapat la nak keluar terpaksa tunggu tuan punya kereta yang blocking tu datang dulu. Time tu lebih kurang pukul 10.30 malam. Maka pasangan kekasih ni tunggu tepi kereta. Masa depa dok lepak2 tu di awek ni bagitau si pakwe dia katanya ada orang tengah mengintai depa tapi si awek tak bagi si pakwe tengok takut orang tu perasan depa tengok dia. So, si pakwe pun tak pandang tapi bila awek dia cakap.. orang yang mengintai tu macam tak sorok2 langsung kelibat dia.. terang2 nampak dia mengintai orang maka si pakwe ni macam teruja jugak nak tengok kaki skodeng yang berani skodeng tanpa menyembunyikan diri.. dia buat2 la pusing2 belakang sambil sepak tin. Dia tanya awek dia pengskodeng tu arah mana.. bila awek dia cakap belakang tiang lampu yang jauh cuma 20 meter dari mereka maka dia pun pandang kearah yang di beritahu. Terkejut dia bila apa yang dia nampak.. kaki terkangkang nampak jelas & kepala yang terjuntai dok mengintai pun nampak jelas cuma yang tak nampak badan. Mustahil la manusia badan dia lebih kecik dari tiang lampu. Ni baru betul2 makhluk halus katanya. Memang halus sungguh badan dia sampai mampu menyorok belakang tiang lampu jalan.  Memang tak logik sangat apa yang dia nampak tu adalah manusia. Apa lagi dia ajak la awek dia tunggu tempat lain bila hati pun mula rasa tak sedap sebab dia rasa bukan manusia. Awek dia time tu bila pakwe dia cakap bukan manusia dah lemah semangat & menangis dah takut... Dia kata dari tadi orang tu dok intai2 sambil senyum. Sebab terlampau takut dua2 rasa nak angkat langkah pun jadi berat. Last sekali nak balik ke kereta terpaksa minta guard yang dok buat rondaan kat situ temankan... Siapa di sebalik tiang lampu jalan yang badan sangat slim tu.. Wallahu'alam. Hanya Allah mengetahui segalanya.

Amboi hantu apa gamaknya badan lagi slim dari tiang lampu. Ni kalau che ta tengok hantu tu pun menangis sebab lebih slim dari dia katanya hahaha...Ni mesti hantu mangsa pil kurus ni. Tersilap ambil pil kurus yang tak ada pengesahan KKM akhirnya mati terlebih kurus dari tiang lampu. Jadikan pengaran pada mereka yang obses nak kurus tu.. Jangan ambil pil kurus sebarangan. Kurus la cara sihat.. Nak kurus selain ambil pil2 yang ntah apa2 tu korang boleh buat aktiviti menyeronokkan macam ni dengan kawan kawan >> 7 Aktiviti Outdoor Paling 'Best' Dilakukan Dengan Kawan-Kawan << Bukan je boleh membakar kalori & lemak dalam badan, malah cara ni lebih sihat. Boleh mengeratkan hubungan persahabatan dengan kawan kawan.

Moral of the story... Kalau keluar dating jangan balik sampai lewat malam takut terserempak dengan hantu tiang lampu yang suka skodeng orang dating. hehehehe

2 comments:

  1. tak nak baca sampai habis. Acik jenis penakut.

    ReplyDelete
  2. hehe..ni citer seram + lawak eh? huhu

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!