OWL EZIP INSTANT SHAWL MESRA TIDUR NORA DANISH JADI BAHAN KETAWA

20.11.16 Suria Lekatlekit 6 Comments

OWL EZIP INSTANT SHAWL MESRA TIDUR NORA DANISH JADI BAHAN KETAWA. Tadi nampak orang mula memviralkan gambar Nora Danish mempromosikan satu Instant Shawl yang di beri nama Owl EZip semi Instant Shawl.. Tak pepasal la jadi bahan nitezen kat media sosial. Masing2 berebut nak keluarkan jenama shawl @ tudung sendiri.. Nak lari dari nampak sama so kena buat kelainan sampai kadang2 rasa kelainan tu dah terlebih pelik pulak..


Mula aku tengok Shawl yang di gayakan Nora Danish takde la apa yang pelik sangat. Nampak cantik sebab orang yang pakai pun dah sedia cantik & di solek cantik. Lepas tengok gambar2 demo dia dengan shawl tu.. Rasa nak gelak ada.. Rasa tertanya tanya jugak apa fungsi Zip yang tutup satu muka macam tu. Orang pakai purdah @ nijab pun tutup dari bawah mata hingga ke bawah jer.. Takde la extreme sampai tutup 1 muka macam tu. Kalau kat negara arab pun yang tutup biji mata pun guna kain yang jenis yang jarang2 tu.. Gila nak tutup sampai tutup pandangan mata. Banyak komen yang gelakkan shawl EZip ni, ada yang kata perompak/penyamun boleh jugak pakai shawl ni kalau nak merompak.. yelah, lain sampai pelik. Di luar logik akal kot orang nak zip satu muka macam tu.

Tapi bila baca salah satu komen kat situ.. Katanya ia berfungsi mungkin masa travel jejauh yang memerlukan perjalanan masa yang panjang & nak tidur tanpa gangguan cahaya boleh la zip satu muka. Tapi serius kelakar pulak aku tengok. Rasa tak sampai hati nak buat macam tu nak2 lagi dalam public transport. Takut jadi viral.. hehehee

Dah macam ultraman pun ada jugak rupanya ni hehehe

Aku ni jenis tak suka yang pelik2 & lain sangat sebab aku suka jenis fesyen yang simple & menarik je. Simple pun tak sampai la keluar pakai selipar jepun. Aku tak simple sampai tahap tu.. Aku suka simple tapi kemas la. hehehehe

Apapun takde la pelik atau lain sangat shawl Nora Danish peragakan ni.. cuma tang zip tu je. Tapi jangan risau asal retis je jual mesti ada orang nak beli. Walau pelik ke jelik ke tapi bila orang tanya boleh la cakap ni shawl Nora Danish,ok! hehehehe

6 comments:

  1. Kalo nak berbisnes niat lah kerana Allah ni entah apa2 tudung pon dah fesyen pelik2 ..semoga dikurniakan hidayah untuk bertudung nora ni....

    ReplyDelete
  2. hihi... dh jd mcm mangsa fesyen lah pulak...

    ReplyDelete
  3. Muahhaaaa.... serius lol! kalau bagi free pun belum tentu Mrs. A nak pakai

    ReplyDelete
  4. Tapi kan..mcm menarik je ahahaaa..

    ReplyDelete
  5. orang cantik bila pakai apa je memang nampak cantik walaupun kadang2 merepek fesyen dia, huhu

    www.neezalife.com

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!