BAGAIMANA SUSU FRISO GOLD MEMBANTU ANAK YANG TIDAK SUKA MAKAN MEMBINA KETAHANAN DIRI DARI DALAM

1.12.16 Suria Lekatlekit 0 Comments

BAGAIMANA SUSU FRISO GOLD MEMBANTU ANAK YANG TIDAK SUKA MAKAN MEMBINA KETAHANAN DIRI DARI DALAM. Walaupun dah berusia 5 tahun anak aku masih bergantung pada susu formula sebab dia sejenis budak yang sangat picky eater. Dia hanya makan makanan tertentu.. Normally makanan rutin dia biskut, roti, kentang goreng. Yang lain2 tu kadang2 dia makan jugak tapi sekadar rasa rasa je bukan sampai kenyang. Bergantung pada keinginan dia nak mencuba la.. Kalau makanan tu menarik perhatian dia.. Maka dia akan cuba jugak rasa. Kalau tak menepati citarasa dia.. dia takkan makan dah selepas rasa.

Bukti budak ni belum putus susu.. hehehe.. 

Walaupun anak aku seorang picky eater tapi dia tidak mempunyai masalah berat badan atau masalah kesihatan. Sebab salah satunya dengan memberi susu formula yang menepati keperluan dia untuk sentiasa aktif, cergas, sihat & menampung nutrisi yang dia tidak ambil dari makanan.

Contoh susu formula yang anak aku minum sekarang friso gold. Susu Friso Gold Nutrien dalam bentuk asalnya lebih mudah untuk dihadam. Friso Gold dengan teknologi LocNutri™ menggunakan haba yang sederhana semasa proses pengahasilan susu agar nutrien dipelihara sebab kepanasan melampau ketika penghasilan susu mungkin mengubah struktur asal .

Syarikat pengeluar Susu Friso Gold terkenal dengan kepakaran dalam tenusu dan menyediakan tenusu untuk kebaikan kepada berjuta-juta orang di lebih daripada 100 buah negara, setiap hari. Selama bertahun-tahun, para saintis mereka telah mencipta satu proses khas yang merawat susu dengan penjagaan rapi pada setiap langkah pemprosesan, dan memastikan banyak kebaikan dalam susu formula mereka. Ini tidak mustahil kerana mereka sendiri yang melakukan setiap langkah memproses, dari ladang ke kilang. susu yang berkualiti tinggi akan di hantar terus dari ladang ke kilang di mana kebaikan yang disimpan dengan baik bagi memastikan anak anda mendapat kebaikan dari susu yang mereka minum itu.


Pengeluaran dan Pembungkusan Friso Gold memenuhi standard kualiti yang diperlukan kerana ia adalah satu pelaburan jangkamasa panjang. Oleh itu mereka menjaga kualiti bermula dari sumber asal. Mereka menghasilkan sendiri susu di Belanda. Mempunyai lebih 14,000 ladang & petani yang berdedikasi bagi memantau kesihatan dan kesejahteraan setiap lembu. Dan seterusnya menyudahkan proses lengkap di Belanda. Kerana kawalan rantaian penuh ini, mereka dapat mengesan setiap pengeluaran keseluruhan bagi setiap tin susu tepung Friso Gold.

Kebanyakkan susu formula yang ada di pasaran tidak di membantu sistem penghadaman  & menyebabkan sembelit. Anak aku dulu pun pernah mengalami sembelit yang setiap kali nak membuang air besar. Sistem penghadaman yang baik dapat mengelakkan sembelit. Jadi perkara utama yang perlu di titik berat dalam memilih susu formula anak anda adalah yang mudah di hadam supaya tidak berlaku masalah sembelit. Friso Gold  membekalkan nutrisi yang membantu penghadaman kanak kanak. Jadi dapat mengatasi masalah sembelit tu. Selesai satu masalah anak aku selepas minum susu Friso gold ni.


Selain itu Friso Gold diimport 100% dari Belanda dan tidak mengandungi sukrosa. Sukrosa atau gula tambahan ni memang tidak elok untuk kanak kanak. Lagi kurang kandungan sukrosa adalah lebih bagus untuk kesihatan anak - anak kita. Kadang2 susu formula kanak kanak yang mempunyai kandungan gula tambahan yang banyak akan menyebabkan kanak kanak menjadi terlalu aktif & boleh menghadapi masalah obesiti. Ia juga boleh membuatkan kanak kanak susah untuk memberi tumpuan, menjadi cepat tantrum, penyebab ekzema & banyak lagi. Jadi elakkan memberi anak anda susu formula yang banyak gula tambahan.


Friso Gold jugak mempunyai Vitamin D Vitamin B5 dan C, Selenium, GOD, zat besi dan DHA bagi membekalkan nutrien penting yang membantu tumberasan kanak kanak dan menyokong daya ketahanan semula jadi mereka. Sangat penting daya ketahan diri seorang kanak kanak untuk memastikan mereka tidak cepat jatuh sakit bila melakukan aktiviti di luar atau bersosial dengan rakan sebaya di sekolah atau tempat - tempat permainan. Jika kanak kanak menghadapi masalah penghadam dan masalah kesihatan atau kerap jatuh sakit.. memang anak - anak itu tidak akan kelihatan ceria & tak ada mood nak bermain. ia jugak akan memberi kesan kepada kita sebagai ibu bapa. Bila anak kerap sakit.. Dah tentu ibu bapa pun turut rasa tak gembira kan. Sebab tu pentingnya membina ketahan diri dalam dalam seorang kanak kanak untuk memastikan mereka sentiasa bersemangat melakukan apa saja aktiviti.

Friso Gold dengan Protection Lid, lebih bersih dan mudah. Tonton video untuk mengetahui lebih lanjut.

Rasa susu Friso Gold ni juga jangan risau memang sedap.. Insya Allah anak anda tidak menolak untuk minum. Shahila anak aku pun tak pernah tak habiskan susu setiap kali masa dia minum susu. Dari hari pertama bagi Friso Gold 3 ni memang dia tak menolak walaupun shahila picky eater. Bukan semua susu dia suka.. Kalau dia tak suka memang dia tolak terus. Tapi kalau dia suka.. Dia akan minum sampai habis kadang2 tu minta extra lagi.

Anak aku shahila memang mempunyai antibodi yang kuat.. Jarang sangat nak jatuh sakit atau demam. Kalau demam pun memang sekejab.. kadang2 sehari.. kadang2 setengah hari. Jadi, tiada keterbatasan aktiviti yang kami nak buat bersama dia. Walau main hujan pun dia masih boleh bertahan & tidak demam. Kalau bawa pergi kolam renang walau dia berendam dalam jangkamasa lama juga tak menyebabkan dia terkena selsema atau demam ataupun terkena apa2 jangkitan kulit bila bercampur 1 kolam dengan kanak kanak lain. Kalau bawa pergi playground tu aku biar je dia main sampai comot.. Sebab dia tak ada masalah alergik atau ekzema jadi tak perlu risau dia main pasir ke pijak rumput ke.. Memang tak memberi kesan pada kulit dia. Salah satu sebab selepas dia putus susu badan (semasa berusia lebih kurang setahun lebih) aku pastikan memberi susu formula yang mempunyai khasiat yang membina antibodi yang kuat memandangkan dia seorang picky eater so terpaksa menampung nutrisi yang dia tak ambil dari makanan dari susu formula yang dia minum.

Bila ketahan badan kuat dari dalam tak perlu risau nak buat aktiviti apapun. Anak gembira, ibu ayah pun senang hati.

Yang ibu bapa perlu tahu.. Apabila kanak-kanak mempunyai kesihatan penghadaman yang baik, daya ketahanan badannya akan bertambah baik. Apabila anak anda kuat dari dalam, mereka lebih gembira dan sedia menikmati masa di luar bersama kita dengan ceria tanpa batasan. Jika anak kita tidak mudah jatuh sakit dia boleh melakukan apa sahaja aktiviti yang kanak kanak lain lakukan. Jadi anak anda boleh mencipta banyak kenangan terindah di zaman kanak kanaknya. Tidak la mereka rasa zaman kanak kanak mereka hanya cuma terbaring kerana sering jatuh sakit sebab antibodi yang tidak kuat.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!