TERGAMAK KAKAK SEPUPU SEBAR DIARI SAUDARA SENDIRI DI MEDIA SOSIAL

12/01/2016 08:04:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

TERGAMAK KAKAK SEPUPU SEBAR DIARI SAUDARA SENDIRI DI MEDIA SOSIAL. Diari ni dulu zaman sebelum wujudnya media sosial memang majoriti orang akan meluahkan perasaan dalam buku diari. Berbanding zaman sekarang manusia menulis diari di media sosial. Mungkin manusia zaman sekarang dah tak suka privacy kisah hidup atau luahan hati dia sebab tu dia boleh tulis terang terangan untuk orang lain baca. Tapi bagi orang yang masih inginkan privacy mungkin masih menulis diari sampai sekarang sebab dia nak tulis sekadar meluahkan rasa atau menyimpan memori untuk di baca masa akan datang. Kalau dulu diari tu siap ada mangga.. lepas tulis memang sorok takut ada yang terjumpa & baca. Punyalah tak nak orang tahu luahan hati kita.. Konsep macam tu pun kita dah paham.. Ia adalah satu perkara paling peribadi.

Aku dulu pun start tulis diari umur 12 tahun. Tapi aku pelik sikit.. Aku tulis diari dalam bentuk pantun. Selalunya bila aku sedih aku tulis la pantun airmata aku.. Lepas dah masuk sekolah menengah aku still ada buku diari yang berbentuk cerita & puisi.. Aku pernah karang satu diari untuk sahabat.. Sahabat yang sampai sekarang aku tak pernah lupa. Diari tu khas aku cerita pasal aku dengan dia jer.. Apa?? Ingat lekatlekit yang berpuaka ni tak pandai berpuitis ke?? Aku memang minat menulis sejak dari zaman sekolah lagi.. Cuma penulisan blog ni tak sama dengan penulisan aku di atas kertas. Aku pun pernah ada cita2 nak jadi penulis dulu.. Tapi start kenal blog terus berkarat otak nak mengarang cerpen apatah lagi nak cuba menulis novel. Dulu banyak jugak cerpen aku karang.. Pernah di siarkan di website karangkraf.

Tu kisah aku la.. Berbalik kisah ni seorang kakak sepupu yang biadap.. dah la dia curi baca diari adik sepupu dia yang aku rasa masih bersekolah rendah lepas tu dia snap & viralkan pulak tanpa fikir langsung perasaan budak tu. Kalau seorang budak dah pandai tulis diari bermakna dia mula rasa perlukan ruang peribadi untuk dia meluahkan perasaan. Maknanya apa yang dia nak luahkan tu adalah rahsia bila dia menulis dalam diari. Benda tu mungkin jadi satu aib pada dia jika orang lain tahu.. Bayangkan bukan kakak sepupu dia je baca diari dia.. Sampai blog gosip popular pun share pasal diari dia tu. Berapa ramai yang baca cerita yang selama ni mungkin menjadi rahsia dari pengetahuan orang lain.


Jangan ingat budak2 tak ada perasaan.. Jangan ingat dia budak dia tak tahu rasa malu. Jangan ingat dia masih budak.. Benda ni takkan menjadi sejarah hitam dalam hidup dia bila dia semakin meningkat remaja & dewasa. Jangan ingat bergurau macam tu tak bagi kesan emosi pada dia. Jangan ambil mudah soal perasaan orang lain nak2 lagi melibatkan rahsia seseorang. Walau dia adik sepupu kau.. Kau tetap tak ada hak nak ceroboh privacy dia kemudian sebarkan kepada orang lain. Jenis sedara macam ni memang jenis yang tak kisah untuk memalukan ahli keluarga sendiri. Boleh putus silaturrahim tau bergurau macam ni.

Kita pun tak suka orang baca diari kita apatah lagi sebarkan apa yang kita tulis dalam diari macam tu jugak dengan orang lain walau orang tu seorang budak. Orang baca mungkin rasa benda tu bukan masalah besar sangat, mungkin yang membaca tak rasa cerita dalam diari tu mengaibkan pemiliknya tapi orang yang jadi mangsa tu mungkin rasa benda tu akan buat dia malu & hilang keyakinan diri nak berhadapan dengan kawan - kawan & orang lain. Confirm ada adegan menyindir punya kalau sedara mara lain baca post kakak sepupu yang kurang ajar tu. Nak2 lagi dia ada tulis senarai ex-boyfriends dia yang aku yakin dia sendiri tak nak orang lain tahu lebih lebih lagi saudara mara dia.

Manusia sekarang ramai yang nak jadi terkenal kat media sosial maka berlaku benda benda macam ni sehingga sanggup memalukan saudara sendiri. Mohon mak bapak dia tahu apa yang dia buat pada sepupu dia & kena bantai sampai dia serik. Sakit pulak hati aku tau!! Yang tukang dok share pun terlibat sama jugak. Amboi kemain hangpa gelak sakan baca diari budak tu kan.. Cuba diari hangpa kena viral macam tu, rasa ada hati ke nak gelak lagi. Silap haribulan ada yang mati bunuh diri sebab tak tahan malu pada orang lain. Ingat bergurau jangan melampau.. Kalau melampau dah tak namanya gurau tapi minta penampau..

4 comments:

  1. Kesiannya...kenapalah tergamak buat macam tu...sepupu sendiri..tapi zaman sekarang ni..ikatan persaudaraan..silaturrahim seolah terlalu murah..macam tak bernilai sangat bagi sesetengah orang...diperlekeh..dipersenda..dijual beli..subhanAllah sedihnya la..

    ReplyDelete
  2. Kesian nya budak tu.. Tak baik betul.. Dh la curi baca pastu viralkan pulak.. Ingat lawak kot 😣

    ReplyDelete
  3. Buat baik dibalas baik..
    Kalau buat jahat dan mengaibkan orang...moga Allah saja yang membalasnya

    ReplyDelete
  4. lor kenapa camtu. tergamak camtu. sedihnya kalau saya

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com