TERGAMAK SEORANG IBU SEBARKAN DIARI ANAK DI MEDIA SOSIAL

12/28/2016 02:10:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

TERGAMAK SEORANG IBU SEBARKAN DIARI ANAK DI MEDIA SOSIAL. Mak mak zaman media sosial ni kadang2 aku rasa ada orang terlampau open minded sampai tak boleh beza yang mana satu boleh di kongsi di media sosial & yang tak boleh. Masing2 gila nak jadi attention seeker katanya. Masing2 berharap apa yang depa share tu jadi viral sekaligus menaikkan rating populariti kat media sosial tu masing2 jadi bangang sampai sanggup mengaibkan anak anak sendiri.


Sebelum ni Viral kakak sepupu share diari adik sepupu dia.. Ni Aku ternampak satu viral si mak share diari anak dia yang menulis pasal 2 lelaki yang konon suka dia & tak tau nak pilih siapa. Tak salah mak bapak nak pantau diari anak2 yang masih kecil ni. Bukan apa takut ada perkara tak betul depa buat maybe boleh tahu dari penulisan diari tu tapi bagi aku tetap salah kalau kau menyebarkan perkara yang menjadi privacy anak kau pada orang yang tak sepatutnya. Apa ke bangang mak jenis macam tu kan??

Lepas orang dok komen kutuk2 anak dia yang kononnya kecik2 dah gatal. Spender mak beli lagi bla.. bla.. dot.. com. Boleh pulak tahan dia orang dok mencerca anak dia macam tu. Siap celaka bagai pun ada aku baca. Macam mana aku tak cakap mak budak ni bangang. Memang bangang pun apa yang dia buat. Kalau dia tak share benda ni tak jadi viral kot. Kalau aku.. Memang tak la sanggup nak biar orang cerca anak aku! Jangan sentuh bab anak aku.. Memang pantang sangat la.

Walau budak tu umur 10 tahun kau jangan ingat dia budak kecik yang tak ada rasa malu ok! 10 tahun ada budak perempuan yang dah akil baligh ok! Emosi kanak kanak perempuan dalam usia tu mungkin dah berbeza. Nak2 lagi zaman sekarang ni budak2 lebih advance.. So emosi, perasaan mereka dah lain dari budak2 zaman dulu. Benda tu boleh bagi tekanan emosi juga kalau kawan2 sekolah depa tahu. Apa ingat mustahil budak 10 tahun zaman sekarang ada account facebook. 7 tahun mak bapak dah belikan smartphone kalau 10 tahu dah expert la depa guna smartphone tu.

Memang la dalam usia 10 tahun tu rasanya belum sesuai nak terjebak dengan masalah hati soal cinta 3 segi macam tu.. Just kau tegur anak kau kat dalam bilik sudah la. Perlu ke kau rasa benda tu macam satu hiburan yang perlu di kongsikan dengan semua orang? Aku tak rasa mak dia nak menegah cuma mak budak ni rasa anak dia macam sweet sangat tulis macam tu.. Tu dia share dengan orang lain.

Yang kita semua perlu tahu tak kira berapa usia seorang manusia tu bila dia menulis sesuatu dalam diari nak2 lagi berkaitan dengan perasaan dia.. Ia ada peribadi yang dia tak mahu sesiapapun tahu. Bagi dia kalau benda tu orang tahu akan mengaibkan.. Bila tersebar macam tu benda tu memang akan bagi kesan pada emosi, pada rutin harian & mungkin menganggu kesihatan dia juga. Please la mak bapak.. Tak semua perkara kita boleh rasa lucu & boleh di buat bahan gurau nak2 lagi kat media sosial yang berkaitan anak atau keluarga kita. Jangan sampai anak kau yang 10 tahun tu bunuh diri baru kau nak rasa benda tu sangat kesan pada perasaan & emosi dia.

8 comments:

  1. entahla sis, tak faham dgn orang sekarang. huhu
    http://mellyacrayola.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Kesian...sangat kesian...harapnya anak itu tidak simpan dendam pada ibunya kerana dimalukan.

    ReplyDelete
  3. Alahai... kesian anak dia.
    Dah tentu-tentu itu diari semestinyalah P&C.

    ReplyDelete
  4. Same goes to me..mmg x la nak share apa peribadi anak especially diary..setakat yg biasa2 tu ada la macam hobi dia segala kan..pernah terbaca diary dia..sedih gak..tp x tergamak nak share

    ReplyDelete
  5. betui tu ...mak dia mmg bangang ... aib anak dia canang satu dunia ... pelik pulak aku ... klu aku mau panas hati org maki hamun anak aku ...

    ReplyDelete
  6. Anak tiri kut.. Tu yg dia buat selember benang.. Jnjii hti puas😕😕😕

    ReplyDelete
  7. aihh, tak faham betul yang suka buka aib keluarga sendiri nih

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com