PELAKON VETERAN NORLIA GHANI TIMANG CICIT, RUSDI RAMLI TIMANG CUCU

29.3.17 Suria Lekatlekit 3 Comments

PELAKON VETERAN NORLIA GHANI TIMANG CICIT, RUSDI RAMLI TIMANG CUCU. Tahniah di ucapkan buat pelakon veteran yang rasanya semua orang kenal, Mama Norlia Ghani yang memberitahu di laman facebook beliau dah timan cicit pertama dari cucu lelakinya anak kepada pelakon Rusdi Ramli.. Wah dah jadi datuk la Rusdi Ramli kan.. Betapa nampak vouge lagi memasing tak kira yang timang cicit & timang cucu.


Nenek pun masih nampak sihat.. Si Ayah yang jadi datuk dok nampak ensem lagi.. Tu yang untung mereka yang kawen muda atau mengamalkan hidup secara sihat. Insya Allah jika umur panjang masih nampak muda & masih kuat untuk meneruskan kerjaya mereka.


Cucu kepada Mama Norlia Ghani & anak kepada Rusdi Ramli ni tak silap melangsungkan perkahwinan pada tahun lepas.. Alhamdulillah awal rezeki depa menimang cahayamata awal kan. Dapat baby boy lagi tu. Tak payah nak hadap soalan2 cepuk emas dari para mulut kak nam & abang keypo tanya bila nak ada anak. Tunggu lepas pantang esok.. hadap la soalan bila nak tambah anak pulak ok! hahahahaha


Anak lelaki Rusdi Ramli ni tak silap anak dari hasil perkahwinan pertamanya dulu.. Sekarang ni perkahwinan kedua dia kot.  hensem jugak orangnya cuma tak nampak banyak iras bapak dia.. Mungkin rupa dia ikut sebelah mak dia la kot kan. Dulu masa Rusdi ramli tengah popular pun anak dia dah remaja kan.. Sekarang tak pelik la dah dapat menantu & cucu.

Apapun tahniah kepada semua.. termasuk yang baru menimang anak. Semoga keluarga mama norlia terus bahagia & di limpahi rezeki berpanjangan... Amin..

3 comments:

  1. rusdi macam muda lagi. dah bercucu rupanya

    ReplyDelete
  2. Yelah Suria...memasing masih nampak vouge walaupun dah dapat cucu atau pun cicit. Rezeki mereka...Dah tengok anak Rusdi, teringin pulak nak tengok bini lama dia, nak compare muka hihi...

    ReplyDelete
  3. Yang pakai baju pink kat pelamin tu la mak pengantin lelaki. Cantik kan.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com