KISAH SERAM ASRAMA PELAJAR PELATIH HOSPITAL TAIPING.. HANTU AIR PANAS

21.11.17 Suria Lekatlekit 0 Comments

KISAH SERAM ASRAMA PELAJAR PELATIH HOSPITAL TAIPING.. HANTU AIR PANAS. Macam macam jenis jelmaan jin & syaitan ni kan.. Macam macam cara depa buat nak menyakat anak cucu adam ni. Tu yang tercipta macam macam gelaran untuk dpa dengan Sir Name dia hantu.. Hantu pocong la.. hantu langsuir la.. hantu kum kum la.. Ni apa cerita pulak hantu air panas.


Mesti hangpa tak sabaq kan.. Dah lama tak ada koleksi seram terbaru untuk slot seram serik lekatlekit ni. Orang kata.. Sekali sekala baru ada feel rindu tu. Kalau hari hari satgi hangpa cemuih (bosan) pulak. So malam ni meh sini kami nak setori mori kisah dari perkongsian di Forum cari.. Alkisah kejadian seram yang berlaku di sebuah asrama katanya lokasi berdekatan dengan hospital taiping. Perak utara sana nu..

Alkisahnya depa ni student yangi pratikal kat hospital taiping & di sediakan la asrama yang tak jauh dari hospital untuk bebudak pratikal. Depa student course apa.. dari IPTA atau IPTS mana jangan dok tanya pulak.. Takde geluk jampi pulak nak siasat. Setakat tu je info yang den dapat.. Lagipun penting sangat ke dorang student mana kan.. Yang penting pengalaman seram depa tu yang den nak, ok!

Hostel ni ada dua bangunan. Bangunan yang budak tu duduk katanya agak berhantu. Awal awal lagi security kat situ dah pesan.. Kalau nak guna library jangan lebih dari pukul 11 malam.. So tak payah overnight la kat library. Tapi bebudak laki ni memang spesis memang tak dengar cakap. Nak kata atas kepala ada 2 pusar rambut tak tau la kan.. Yang orang kata jangan tu la jugak depa nak buat. Dasar lagi tak kena sekeh.. Walau guard pesan jangan lelama kat library lebih dari pukul 11 malam.. depa tetap study sampai pukul 12 malam.. Rajin budaknya yer. Kalau tak grade dengan cemerlang ni.. Tak tau la. Kemurungan jugak la kan.. sebab rajin sungguh belajar.

Malam pertama kat library tu ok la.. tak ada apa berlaku. Almaklum la malam pertama of course la indah indah belaka. hehehehe... Almaklum la depa student pratikal kat hospital taiping tu.. esok pagi kena stanby kat hospital & kena jawab macam macam soalan dengan doktor. Tu sebab depa pulun study sampai overnight katanya. Langkah persediaan untuk mengelakkan kena bebel dengan doktor sebab tak study. Bagus.. Anak sapa la depa ni kan?

Habis study balik hostel salah sorang roomate budak ni masak air guna jug elektrik tu. Standard la student kan.. memang pakai jug elektrik je. Sementara tunggu air masak.. takde makna dia nak tenung jug tu. So depa sambung study sambil borak borak. Jangan tanya pulak depa borak apa.. Kau ingat ni drama ke semua nak cerita detail. Ops sorry termarah pulak. Ok sambung..

Kalau yang tak tau jug elektric tu macam mana.. Ni la rupa dia

Kat luar tu sayup2 katanya bunyi suara cengkerik & unggas. Alah suara cengkerik apadahal kau nak takut.. Tapi bukan tu yang depa takut pun. Lagipun hostel depa ni tak jauh dari tasik taiping.. so banyak la haiwan & serangga bernyanyi riang waktu malam. Biasa la malam pesta muda mudi unggas rimba katanya.

Bila dia rasa air dah masak.. so dia nak pergi la buat air. Sekali nak tuang air tak keluar. Memang tak tun tuang juga la kan.. Tetiba air tak keluar, kau dah kenapa? buang tebiat? Bukan air panas tu membeku tapi tetiba air tu macam kering dalam jug. Dia check atas lantai kot2 tumpah ke hapa.. jug bocor ke sapa tau. Tapi tak ada kesan air pun tumpah atas lantai. Sementara tu kawan2 dia yang lain dah selamat ke alam barzakh.. ops ke alam mimpi. Semua berdengkur tak ingat dunia dah.. tengah malam kot.. So, dia rasa kawan kawan dia punya kerja nak prank dia ke hapa.

Dia pun masak la sekali lagi air & pergi sambung study balik. Dengar je bunyi air dah masak cepat cepat dia ambil jug tu.. Tu dia.. ni betul betul kejadian mistik. Sekali lagi air dalam jug hilang.. Berhijrah ke alam ghaib ke hapa tak tau. Takkan alam ghaib pun ada masalah bekalan air kena catu kot.. Main curi curi air bebudak asrama.. tak paham aku hahahhaa.

Yang best budak ni bukan rasa takut tapi rasa geram pulak di permainkan untuk kedua kali. Apa ingat tak tacing ke? dua kali masak air... air hilang. Nak melawak pun jangan la tetengah malam hantu Ooi.. Budak tu nak study.. tekak kering. Dok main curi air panas dia pulak.. Menangis kang baru tau!

Ok ok.. sambung cerita budak tu masak air buat kali ketiga tapi kali ni dia bertapa depan jug tu sampai air masak. Tak puas hati punya pasai.. Dia nak tengok juga sapa sedut air panas mengelegak tu.. Punya dia focus kat jug tu sampai tak alih pandangan kat memana. Bila bunyi air dah nak masak & wap air nampak keluar dari jug tu.. tetiba dia dengar satu suara panggil nama dia...

Suara tu halus je katanya.. Sesuai la kot dengan spesis dia yang di gelar makhluk halus kan. Budak ni pun paling la kearah suara tu tapi bila dia berpaling suara tu pun hilang maka dia cepat2 pandang balik jug air panas dia tu.. sekali air hilang lagi. Memang patah amin... ops patah hati. Tergamak sampai 3 kali di persenda tanpa keperihantuaan.

memang haremjadah hei sungguh la hantu ni kan.. Budak tu punya focus kat jug air tu pun depa still buat trick nak curi air dia lagi. Entah kenapa simpati pulak aku dengan budak ni di permainkan tetengah malam macam tu. Kalau nampak ni boleh jugak tumbuk sedas dua.. Tapi apa kan daya spesis tu bukan semua orang boleh nampak.

Lepas tu baru la masuk babak seram.. Bila dia dengar suara mengilai dari luar asrama. Jadah sungguh kan.. dah curi air panas, gelakkan pulak budak tu. So kisah pasal air panas dia yang tetiba hilang sampai 3 kali tu habis setakat tu jer..

Kisah kedua pulak.. Macam biasa la bebudak rajin belajar ni pergi library & stay sampai lebih dari pukul 11. Tapi malam tu.. takde dah moment2 indah dalam library seperti malam malam pertama mereka..

Jam dah lepas pukul 12.. tetiba depa dengar suara budak menangis. So masing masing tertanya la anak sapa menangis.. Sapa pula buang anak kat situ memalam buta. Takkan ada orang terberanak tepi library pulak kan.. Hospital bukannya jauh pun, takkan la kat situ juga nak beranak.

Masing masing 'No idea' anak sapa menangis tetengah malam. Sebab masing2 pun cuak.. apa lagi cepat2 kemas buku & keluar dari library. Sempat la nampak pak guard yang berkawal kat situ dok suluh dekat pokok besar yang tak jauh dari library. Salah seorang dari bebudak tu sempat dengar pak guard tu bercakap suruh something atas pokok tu duduk diam2 & jangan kacau depa. Tapi tak pasti dengan siapa dia bercakap cuma syak.. Bukan dengan manusia.. Takkan guard bela saka? Tak baik pitenah.. kalau tak tau yang sahih. So berbaik sangka maybe dia bela burung atas pokok tu...

Memang mula2 bebudak ni slambe je study kat library walau dengar suara pelik pelik memalam buta tapi bila selalu sangat kejantanan masing masing tercabar juga. Maka tak ada la yang berani study kat library lebih dari pukul 11 malam. Dekat pukul 11 jer masing2 kemas apa yang patut balik hostel.

Katanya kejadian air panas hilang dalam jug tu terus berlaku sampai la budak ni malas nak masak air panas lagi. Asyik curi air panas.. Aku pun tak faham sangat kenapa air panas hahahaha. Nasib baik dia curi air panas jer.. dia tak muncul simbah bebudak tu dengan air panas.. 

Pelik sungguh hantu asrama bebudak tu kan.. Dalam banyak banyak benda, air panas jugak dia target. Tak tau la apa sejarah dia dengan air panas.. Susah nak di rungkai misteri makhluk ni dengan air panas. hahahaha

Moral of the story.. Duduk asrama kalau ada larangan membawa peralatan elektrik macam tu jangan ingkar. Jangan sampai hantu take over jadi warden hangpa baru hangpa nak ikut peraturan. Peace Yo!

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com