FLY & WIN CNY CONTEST TRAVELOKA PALING SEMPOI TAPI HADIAH MEMANG GEMPAK

1/23/2018 11:31:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

FLY & WIN CNY CONTEST TRAVELOKA PALING SEMPOI TAPI HADIAH MEMANG GEMPAK. Dah lama tak pergi bercuti..Yelah sekarang ni budget pun so so nak bercuti macam mana ye dak. Selalu dok tengok kat website Traveloka promosi promosi terkini tiket penerbangan & hotel hotel. Semua orang sedia maklum Traveloka ni menyediakan perkhidmatan untuk mereka yang nak menempah tiket penerbangan, hotel dengan harga yang berbaloi secara online.


Traveloka bukan agensi baru jadi tak perlu rasa was was untuk menempah tiket penerbangan atau hotel melalu website Traveloka. Sekarang pun traveloka dah mula mengiklankan perkhidmatan yang mereka sediakan melalui iklan tv. Baca juga komen & review dari pelanggan mereka tengok semua berpuas hati dengan servis traveloka. Yang paling orang suka sebab banyak diskaun & jimat la kalau booking melalui Traveloka ni. Manatau nak book flight & hotel untuk pergi bercuti sempena cuti sekolah nanti. Bulan febuari ada cuti Tahun baru cina & bulan march ada cuti penggal pertama sekolah. Elok planning dari sekarang. Korang boleh survey sendiri di website traveloka kat sini : Traveloka

Saya Setakat tengok je. orang kata cuci cuci mata kan. Mana tau satu hari ada rezeki buat tempahan melalui traveloka. Tengok offer dari traveloka sekarang pun best best je semua. Sedang elok sangat sesipa yang merancang nak pergi bercuti sempena cuti sekolah ni buat tempahan melalui Traveloka sekarang.

Selain tu traveloka juga ada bagi travel guide & Tips secara online kalau korang tak tahu nak kemana di blog Traveloka. Yelah.. kita ni kadang2 rasa nak pergi bercuti kononnya nak tenangkan fikiran tapi tak ada idea nak kemana.. Bagus juga la melalui blog traveloka mereka memberi cadangan & inspirasi untuk percutian kita. Macam macam la ada kat website traveloka ni kan.. Ingat untuk buat tempahan flight & hotel je. Tu la sekali sekala jelajah dalam website traveloka.. macam macam pulak jumpa. hehehehe


Sebab dok jenjalan kat website traveloka tu  yang tak sengaja ternampak FLY & WIN CNY CHALLENGER ni. Saja je try main mini games dari contest ni. Manalah tau menang dapat pakej percutian ke kan.. sapa tahu. Orang kata kalau tak cuba mana nak tahu ada rezeki ke tidak.. Lagipun bukan kena bayar pun nak main mini games ni. Untung menang dapat pergi holiday you! Sapa tahu.. Kalau dah memang rezeki kita tetap la untuk kita.

Sempena Tahun Baru Cina yang bakal di sambut tak lama lagi Traveloka menganjurkan satu contest. Contest yang korang tak payah nak buat entri ke apa.. Main games je. Yer betul contest main games tak tipu. Tak stress pun sapa sapa nak join. Sebab dia berkonsepkan permainan mini game yang sangat santai. Tak perlu nak install apa apa pun. Kalau korang bukan melalui web.. Terus boleh main je. Kalau melalui mobile pun tak sama. tak kacau pun space dalam hp korang. Permainan dia pun mudah sangat. Cuma tab tab kapal terbang yang tengah terbang untuk tangkap angpou & elak halangan yang datang. Susah ke? Alah macam games budak budak je pun.

Secara kebetulan je saya ternampak contest ni & try main mini games kat situ. Baru berjaya dapat 10 point hahahaha. Boleh cuba lagi nanti. Sesuai sangat la kaki kaki main games online tu main mini games ni. Dari main games yang dah tentu tentu tak dapat apa apa.. Lagi bagus main games yang berkonsepkan contest macam ni. Dah terang terang ada hadiah yang boleh di menangi.


Tengok contest dia macam sangat santai tapi hadiah yang di tawarkan memang gempak giler. Tu yang teruja nak try luck ni. Antara hadiah yang di tawarkan adalah perjalanan ke beberapa tempat di luar & dalam negara seperti :

1st Prizes : 6 Hari 5 Malam di ke Seoul

2nd Prizes : 5 Hari 4 Malam Di Ke Phuket

3rd Prizes : 4 Hari 3 Malam Di Ke Langkawi

Bukan tu je boleh jugak join share & win kat Facebook. Hadiah dia tak kurang hebat.. Boleh dapat Vocuher bernilai RM1000 dari Traveloka. Untung la sapa yang dapat Voucher.. Dah lepas setakat tiket flight & hotel tu. Nikmat apa lagi yang nak di dustakan. hehehehe

Syarat nak sertai contest ni mudah sahaja

➠Perlu warganegara & menetap di Malaysia berumur 18 tahun keatas. Yang bawah 18 tahun perlu minta kebenaran penjaga & ibubapa

➠Kakitangan Traveloka tidak di benarkan menyertai.

➠Contest bermula dari 22 Januari 2018 & tamat pada 28 febuari 2018.

➠Perlu ada account Facebook yer sebab memerlukan anda berkongsi di facebook juga.

➠Sebelum menyertai contest ni sila baca & faham dulu terma & syarat.

Cuba la wei. Manalah tau rezeki boleh menang.. Dapat la pergi bercuti. tak dapat keluar negara dalam ke Langkawi pun dah ok sangat. Langkawi pun best apa. Tak dapat menang Percutian manatau menang voucher RM1000 dari traveloka rezeki juga tu. RM1000 tu tak cari dia tak jatuh dari langit ok! Jadi Kalau korang nak try mini games ni korang boleh try main kat sini : Cny 2018 contest

Kalau tak tahu nak main macam mana.. Ikut tutorial yang saya bagi secara bergambar step by step. Alah tak susah mana pun.. Macam korang dok main aplikasi tilik menilik kat facebook tu jugak. Setiap step tu dia bagi button untuk korang pilih.. Budak tadika pun reti main games ni ok. Alah.. main Aplikasi Pitu reti pulak kan.. hikhikhik

1. Clik login with facebook
2. Start Game
3. Tab atau clik

Saja je share dengan korang.. Benda baik apa salahnya kan. Den tak tamak nak menang sorang sorang ok. Kalau benda tu menguntungkan kita ajak la ramai ramai cuba.. Bukan miskin pun kalau kita tak menang kawan kawan kita yang menang. Manatau depa pi bercuti nanti balik beli souvenir kat kita. Dapat juga la something. 

Jadi kalau tak ada buat apa apa boleh la try FLY & WIN CNY CONTEST Traveloka ni. 

1 comment:

  1. eh macam menarik pulak contest traveloka ni, memang kena join. lama tak join contest tahun 2017.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com