RESEPI KUIH SAGU PALING SENANG DI ATAS MUKA BUMI

10/20/2018 10:22:00 AM suria lekatlekit 3 Comments

RESEPI KUIH SAGU PALING SENANG DI ATAS MUKA BUMI. Lama tak bersiaran entri dari dapur sekangkang kera lekatlekit kan? Dah lama dapur tak berasap ke macam mana pun tak tau la. Berasap la juga.. Cuma sekarang ni mengaku la jarang masak atas faktor tak berapa sihat nak hadap bau bauan menumis bagai. Jadi kita berehat sebentar bersama kitkat la dari memasak. Setakat memasak benda2 simple tu ada la juga. Bukan apa takut gas expired pulak kalau lambat habis. Kekekekeke


Di sebabkan ada resepi baru yang tak pernah share lagi kat blog lekatlekit ni.. Wajibnya kiranya kita menconteng arang di blog ni hari ni yer.. Sedang elok sangat blog pun dah macam tak daily update macam dulu kan? Maafkan kami penunggu gua.. Terlampau banyak masalah yang datang sejak setahun ni. Insya Allah.. Doakan blog lekatlekit kembali meriah karipapusing lepas ni macam dulu yer....

Rasanya mukadimah tu pun dah cukup panjang. Dah rasa lepas nak buat 1 episod drama pendek kan. Jadi moh ler kita membawa diri belajar membuat kuih sagu yang paling senang kat muka bumi ni. Kalau kuih muih yang susah susah den pun tak reti.. Setakat kuih sagu ni boleh la..

Bahan bahan yang di gunakan

1. Of course kena ada sagu
2. Air (tak payah la air zam zam air paip pun boleh)
3. Gula
4. Kelapa parut
5. Sedikit garam
6. Pewarna merah (saya guna sirap rose je. Jangan guna water color sudah)

Cara memasak.

1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan bersama sirap rose & gula
2. Air dah mendidih masukkan sagu
3. Bila dah pekat macam gambar di bawah ni. Tutup api


3. Sediakan periuk kukus & loyang
4. Masukkan sagu yang dah di rebus sekejab dengan sirap & gula tadi
5. Kukus sehingga sagu masak (Sehingga hilang warna putih bertukar jernih macam dalam gambar di bawah)

Sebenarnya kan.. saya bukan ada periuk kukus pun. Pepandai la nak hidup. Kena kreatif. Loyang pun tak ada. Guna je apa2 bekas tahan panas. kekekeke

6. Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam. Jangan masin sangat nanti kena high blood pulak
7. Kuih sagu yang dah siap kukus tadi potong la jadi kecik kecik sikit & gaul dengan kelapa parut
8. Siap la nak menjamah & melantak. Jangan memalu yer

Kuih Sagu versi lekatlekit. Comel tak?

Selain cekodok.. Ni antara kuih muih paling senang nak buat. Bahan bahan yang di gunakan pun tak banyak & step nak memasak pun tak susah sangat. So, mana2 baru belajar buah kuih muih boleh la try kekekekeke

Semoga resepi mudah ni memberi manafaat kepada mereka yang memerlukan.

P/S : Maaf saya tak tahu sukatan yang spesifik sebab saya main agak2 je tak sukat pun hahahaha. Tapi petua dia kalau tak nak kuih sagu jadi lembek masa rebus dengan sirap & gula jangan letak air banyak. Agak2 sagu boleh sebati dengan gula & sirap. Lepas tu kukus lama sikit sampai masak. saya kukus lebih kurang 1 jam lebih. Hasilnya kuih sagu lembut & kenyal. Tak lembek

3 comments:

  1. bleh try tips merebus & mengukus sagu tu.. ni pembawakan Budak ka..nak makan kuih sagu, ada org panggil bronok

    ReplyDelete
  2. geramnya tengok kuih sagu ni dah macam chewing gum je.hehe

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com