HERO! LAHIR PADA USIA KANDUNGAN 35 MINGGU

4/24/2019 11:07:00 AM suria lekatlekit 4 Comments

HERO! LAHIR PADA USIA KANDUNGAN 35 MINGGU. Assalamualaikum.. Tu dia. Hari ke 5 berpantang dah update blog katanya. Gigih tak gigih la kan.. Bukan apa just nak inform.. Saya dah selamat bersalin anak kedua. Tak ada apa nak rahsia atau surprise sangat la. Saya bukan retis.  Tak salah nak share cerita cerita bahagia dengan kengkawan & pembaca blog lekatlekit.com kan?


Saya pun tak jangka sebenarnya akan bersalin awal. Tapi pagi 20.4.2019.. dalam pukul 4.45am tu memang dah pecah air ketuban. Turun bagaikan air paip gitu. Even tak ada sebarang rasa sakit kontraksi masa tu.. Tak ada erti kata berlengah. Bangun terus siap siap... siap budak shahila. kejut suami semua.. Ayuhlah kita ke hospital bersama bahenol katanya. Sampai hospital dalam pukul 5.00am++ register semua. Macam biasa tunggu la nak jumpa doktor untuk check up. Almaklum hospital gomen ni ramai.

Tapi kontraksi mula rasa tak silap dalam pukul 6.00am macam tu.. Bila check bukaan dari 1cm.. jarak masa tak jauh.. bila sakit makin kerap..  check lagi jalan dah 2cm.. lepas tu 3cm.. kali ke 4 nurse cakap dah nampak rambut. Dalam 7.30am kena sorong masuk LR.. lebih kurang pukul 8.07am maka lahirlah hero tanpa kesan koyakkan luar. Cuma jahit sikit dua jarum bahagian dalam tanpa bius & tak la sempat rasa sakit apapun. Tak sampai seminit. Hero kita lahir dalam usia 35minggu dengan berat 2.09kg. Kira premature baby la. sebab tak cukup 37 minggu.


Lepas lahir masuk nicu sekejab 6 jam untuk check up. Alhamdulillah tak ada sebarang masalah. Kami check in wad 3 hari 2 malam sebab hero kena ambil antibiotik  sebab dia tak cukup bulan.

Pengalaman bersalin kali ni even premature pun.. di permudahkan. Sama macam bersalin budak shahila. Pergi hospital tu kira terus bersalin je. Proses bersalin pun tak lama. Cuma kakak dia shahila kena jugak vacum sikit sebab masa tu doktor detect jantung dah lemah. Untuk si Hero totally senang je keluar. Ikut arahan nurse dalam LR tu.. Even mak dia sejenis tak tahan sakit kontraksi. Segala ubat tahan sakit bagai aku minta. Walau tak di bagi pun. sebab masa minta tu bukaan masih tak cukup. Sebenarnya tak perlu pun cuma bila sakit.. sejenis den ni memang tak tahan sakit sakit fizikal macam tu. Di uji dengan saman RM3juta.. aku mampu lagi hadap tapi sakit kontraksi.. minta maaf surrender beb!

Mungkin sebab tu juga Allah tak uji dengan sakit contraction yang lama sebab Allah pun tahu kemampuan saya kot. Ada hikmah juga hero lahir premature. Kalau cukup bulan maybe dia boleh cecah 3kg & ikutkan ketinggian saya ni doktor risau kalau baby besar laluan tak cukup untuk baby keluar & berkemungkinan kena bersalin kaedah c-section (pembedahan). Tapi 2kg.. nampaknya masih mampu normal delivery. Semua kuasa Allah..

Walaupun mengandung kat hero ni sebenarnya tak planning pun. Serius saya tak plan untuk ada 2nd baby pun. Dengan kes saman yang masih belum selesai.. Saya mengaku tidak bersedia. Tapi bila di beri rezeki saya yakin perancangan Allah tu lebih baik dari perancangan kita manusia. Saya terima & saya tetap sayangkan anak anak saya. Insya Allah setiap anak yang lahir tu di sertakan bersama rezeki untuknya. Hero ni sejak mengandung memang murah rezeki dia. Moga kelahiran dia juga memberi seribu satu keajaiban & Allah permudahkan semua urusan kes mahkamah saya. Manatau tetiba mahkamah batalkan semua tuntutan gantirugi yang perlu saya bayar ke.. Kita tak tahu perancangan Allah tu macam mana kan? So jangan berhenti berdoa.

Sekarang focus saya cuma nak habiskan kes mahkamah saya, cukupkan kos nak bayar bicara tafsiran lepas tu nak focus pada family & anak anak. Apapun yang bakal beralaku.. saya redha je. Saya sedia maklum saya tak mampu dari segi material.. So, situ mungkin jadi titik kelemahan saya. Takpa Allah tu sentiasa ada & lebih tahu apa yang terbaik untuk kita maka dia akan bagi apa yang lebih baik untuk kita biarpun pahit.

Semoga anak anak terus menjadi kekuatan saya. Menjadi harta yang paling berharga. Menjadi tiket untuk saya ke syurga. Siapa tahu...

Welcome to the world Hero. Assalammualaikum. Kenapa saya panggil hero.. sebab dia wujud dalam rahim saya ketika saya di uji dengan ujian yang maha hebat.. dia lahir dalam usia kandungan 35 minggu tapi dalam keadaan sihat & baik. Sesungguh hero sangat kuat berjuang bersama saya sejak dari dalam kandungan biarpun emosi saya sangat sangat teruji sepanjang kehamilan ni. Terima kasih hero... terus jadi hero mummy, kakak & dady yer. Semoga membesar menjadi anak yang baik, taat, bijak, ensem, kaya,beriman & memberi manafaat kepada ibu bapa, bangsa & agama.

4 comments:

  1. hai hero..semoga terus jadi penguat semangat mumy ok..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah tahniah. . Betul tu.. Perancangan Allah Yang terbaik untuk kita... Bila kita redha, syukur dan tawakal segalanya pasti indah...

    Harap ingat saya lagi... Kita pernah bersalah sangka... Tapi sy tak pernah simpan di hati.. Harap suria juga begitu.. Mungkin kita tak sesuai jadi rakan di fb... Sy tetap doakan suria dari jauh.. Setiap yang ada masa.. Sy baca aje blog ni. .

    Moga perjalanan hidup kita dipermudahkan Allah . Insha Allah . Selamat berpantang.. .

    ReplyDelete
  3. Tahniah sis, selamat berpantang:) semoga anak akan membesar menjadi anak solehah, peneyjuk mata dan hati.aamin.Done follow u sis,

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com