DENDAM

4/13/2010 06:18:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Hi Uolls.. Agak lama tak mencorat coret kat blog ni... Tak abis2 isu di Rafiqin tu.. Rasanya udah2 la tu kot! Watper la kita nak bagi publisiti kat budak tak semegah tu. Tapi di sebab kan itu juga blog comot den ni hari2 pelawat mencecah 100+++. Nampaknya memang isu si Rafiqin ni mendapat liputan luas dia alam maya ni. Apapun dik jangan lak ko bangga sambil tepuk dada, konon ko popular. Hope ko insaf & tak ulang lagi benda tu.

Berani ko mendada jalan depan2 semua orang???

Kita stop dulu pasal si budak tu.. Back to cerita ceriti... Uolls, semua orang pernah buat silap. Termasuk la aku. Bezanya ada orang sedar & mengaku kesilapannya. Ada orang mati hidup semula 80kali pun tetap takkan mengaku apa lagi nak minta maaf walau dia tau dia salah sekalipun. Tu bagi pihak yang bersalah.. Bagi pihak yang di katakan teraniaya oleh kesilapan orang lain lak camna?? Itulah cerita ceriti yang nak kita kupas kupis hari ni.

Are U ready pengupas kupis sekalian...!!!

Secara jujur, aku mengaku kesilapan yang pernah aku buat pada someone ni buat aku di hantui macam2 perkara buruk sebab dia pernah menyumpah agar hidup aku musnah. Itulah impian dia. Dah berkali aku cuba minta maaf tapi jawapannya tetap sama. Tiada kemaafan untuk aku. Aku tertanya - tanya mungkinkah aku akan hidup dalam dosa padanya sehingga akhir hayat??? Akibat aku kekurangan ilmu Agama ni aku refer la pada seorang kawan di FB yang suka melakukan dakwah di situ & tanya pendapat dia.

Kat disini adalah perbualan aku dengan kawan itu...

Me ;
Saya ada melakukan kesalahan pada seseorang membuatkn dia kecewa & mendoakn sy menerima balasan yg setimpalnya. sy cuba meminta maaf tp sehingga hari ini dia masih blm dpt dapat memaafkn sy. Sy spt rasa hidup dlm sumpahannya bila hidup sy selepas tu amat teruk & di timpa berbagai2 masalah. Apakah dosa sy pada dia takkan terampun skiranya dia x memaafkn sy hingga ke akhir hayat saya?
 him ;
mendoakan keburukan kepada sesama Muslim adalah satu perbuatan yang tidak baik. Allah lebih suka dengan orang yang merendah diri dan sentiasa mendoakan kebaikan sesama Muslim. Macam dalam artikel tu tulis;

Seseorang yang ingin kembali kepada Allah diterima oleh kerahmatan-Nya dengan syarat insan tersebut menyesali kesilapannya, benar-benar memohon keampunan dan berazam tidak mengulangi kesalahan lalu.

Jika kesalahan itu sesama insan lain, dia memohon maaf dari yang dizalimi. Jika tidak mampu, bimbang mudarat yang lebih besar jika permohonan maaf dibuat, serahkan sahaja urusannya itu kepada Allah dan Allah Maha Mengetahui kadar kemampuan hamba-hamba-Nya.

Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran 135-136:

(maksudnya) Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah - dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang- orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.

So, jangan risaulah. Insyaallah Allah akan ampunkan semua dosa-dosa awak.
 Me ;
thanks.. mungkin yg menghukum sy slma ni adalah perasaan bersalah & berdosa sy sehingga sy terasa selagi dia tak memaafkan sy.. taubat sy juga tidak di terima sbb dia sendiri pernah bgtau saya Dosa dengan Allah, mungkin Allah dapat ampunkn sekiranya kita benar2 bertaubat tapi sekiranya dosa sesama manusia, selagi orang itu tak ampunkn kita sampai bila2 dia berdosa pada dia. Dengan penerangan awak sy rasa satu hari Allah akan bantu sy untuk lembutkn hati dia memaafkan saya. Thanks
 Him ;
Allah bukanlah Tuhan yang bersifat kejam. Allah tidak akan membiarkan hambanya hidup dalam kesedihan dan kesusahan. Semua dosa terampun kecuali Syirik. Tetapi kalau di masa hidupnya dia bertaubat termasuklah dari melakukan Syirik. Sudah tentu Allah menerima. Saya paling suka hadis ni. memang touching

Allah berfirman: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Apapun all the best. Jangan lekas putus harapan. Yakin dengan Allah, insyaallah tempat kembalinya Syurga.

Sejak dari hari itu aku mula fikir.. sebenarnya bila kita terlalu beralah & berharap satu kemaafan pada kesalahan yang aku rasa takde la teruk sehingga syirik or sebagainya, orang itu akan semakin mengada - ngada & semakin suka bermain main dengan kata2 sumpahannya sebab itulah senjatanya. Yelah, kita pernah buat salah & harap sangat dosa itu terampun dari kemaafan dia. Dia pulak buat isu tu macam isu besar seolah2 kita dah bunuh seluruh ahli keluarganya.

Beb.. Gua bunuh zombie je untuk keamanan dunia..

Apapun thanks pada seorang teman itu. Dengan pandangan & pendapat dan juga potongan hadis buat hidup aku makin tenang & aku tahu apa yang sepatutnya aku lakukan. Tak kisah la kalau kemaafan bagi dia terlalu mahal umpama syurga yang sukar di diami. Seperti kata teman itu Allah lebih mengetahui segalanya..


0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com