MAKHLUK PUTIH MENGGANAS DI SEGAMAT

1/01/2011 02:04:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

Apsal nakal sangat Makhluk putih ni, ha?? Abis tingkap umah orang pecah.. Ada gak kepala orang cedera akibat di baling batu. Sapa kau wahai makluk putih?? Kenapa di ganggu penduduk di situ?? Meh kita kupas kupis isu ni..

Alkisahnya penduduk Ladang Bukit Dato Tenang Station, Labis, dekat sini, apabila kediaman mereka dihujani batu dan bateri sejak dua bulan lalu. Kejadian tu menyebabkan tak lena tidur la penduduk kat situ sebab dah la tak tahu apa spesis makhluk yang baling batu tu.. Pastu abis tingkap semua pecah. Menurut salah seorang penduduk kat situ kejadian misteri itu dikatakan bermula kira-kira dua bulan lalu selepas seorang bomoh dikatakan menangkap makhluk halus sebelum memenjarakannya di dalam botol sebelum ditanam di kawasan perkuburan masyarakat India di situ.

Seorang anggota polis, terpaksa memakai topi keledar ketika tiba di tempat kejadian kira-kira jam 12 tengah malam apabila menyaksikan beberapa cermin tingkap yang pecah tanpa di ketahui sebabnya.

Seorang anggota polis bantuan, yang berkawal di tempat kejadian pada tengah malam kelmarin turut menyaksikan beberapa batu memecahkan cermin tingkap rumah seorang penduduk. Apabila beliau bertindak balas dengan cuba memeriksa lokasi arah datangnya batu itu, semakin banyak pula cermin tingkap pecah akibat dibaling dengan batu gravel, batu landasan kereta api dan bateri lampu picit seolah-olah tindakan Beliau  menyebabkan kemarahan kepada pihak yang membaling batu berkenaan.

Seorang penduduk lagi berkata dua sempat merakamkam beberapa gambar yang memaparkan objek misteri berbentuk pancaran cahaya panjang. Manakala rakannya mendakwa pernah melihat bayangan makhluk setinggi 1.2 meter berwarna putih di tempat kejadian.

Sungguh Misteri kan?? Apakah sebenarnya makhluk yang main kasar tu?? Kenapakah dia buat camtu?? Apakah kesilapan yang telah di lakukan oleh penduduk kat situ. Apapun ia berpokok pangkal dari kepercayaan kita juga. Makhluk misteri itu pun Makhluk Tuhan. Apa yang jadi akan terjadi dengan alasan. Sekiranya ia datang dari perbuatan makhluk halus atau ghaib maka haruslah di perbanyakkan amal & bermohon kepada Tuhan. Sekiranya dari perbuatan manusia yang suka baling batu sorok tangan.. Tunggu le. Tak lama lagi mesti terbongkar.

Rujukan (Harian Metro) : Diganggu makhluk putih

2 comments:

  1. erk dasat nye siap pecah² kn tingkap..huhu~

    ReplyDelete
  2. bukan manusia je tinggal kat bumi ni . banyak lagi makhluk tuhan yg ada . ada yg boleh nampak , ada yg tak leh nampak kan . so kalo kaco tempat dia , dia marah la .

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com