AWAS LELAKI! JANGAN BIAR 7 PERKARA NI MENGAIBKAN ANDA DEPAN AWEK

5/06/2016 12:58:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

AWAS LELAKI! JANGAN BIAR 7 PERKARA NI MENGAIBKAN ANDA DEPAN AWEK.Lelaki sekarang mengayat memang power. perempuan sombong, muka ketat pun boleh tersenyum simpul. Trend 'pick up line' sekarang katanya. Contoh awak cuci muka pakai air gula ke? muka awak manis sangat.. Gitu la contohnya ayat pick up line lelaki zaman sekarang. Perempuan mana tak cair macam aiskrim tengah panas bila tetiba lelaki cakap macam tu kat dia, kan?


Memang kepakaran kebanyakkan lelaki adalah mengayat walau masa sekolah budak sains sekalipun kepakaran dia mengayat tu lahir secara semulajadi. Tak payah ambil course bagai.. Dia mampu menyusun kata kata yang buat perempuan melentok liuk macam lalang kena tiup angin sepoi sepoi bahasa. Kira jiwa seni seorang lelaki ni memang sejak lahir dah ada kot. hahahaha

Tapi bahaya juga kalau kita jadi perempuan yang senang terlentok liuk dengan ayat ayat lelaki ni. Dia mengayat guna ayat 'pick up line' pun dah kita rebah atas riba dia bayangkan dia guna ayat hembus hembus cap siam. Tak tau kat mana la depa lentok.. Jadi sebagai perempuan kena ada pendinding jugak.. Bukan pendinding guna ilmu hitam putih kuning oren bagai. Pendinding yang mampu menahan godaan ayat2 manis orang lelaki ni. Kuatkan semangat & jangan mudah percaya dengan ayat ayat cinta bercerita. Nanti tak pepasal menjadi persoalan sepanjang hayat.. Ada apa dengan cinta katanya. hahaha

Tapi lelaki pun kena hati hati jugak. Jangan ayat pick up line je tahap boboiboy kuasa 3 tapi bila buka mulut jer.. belum sebut satu perkataan perempuan dah berdesup lari 400 kilometer dalam masa 5 minit. Lelaki kena jaga & kena tahu. Sebelum nak mengayat perempuan dengan ayat pick up line pastikan 7 perkara ni tak berlaku. Kalau berlaku confirm akan mengundang fobia anda nak mengayat mana2 perempuan lagi selepas tu. Tak mustahil korang sanggup membujang sampai tua sebab tak boleh lupa saat2 memalukan ketika mula2 cuba nak mengorat perempuan. Nak tahu apa 7 perkara yang boleh mengaibkan lelaki depan awek meh tengok kat sini >> Inilah 7 Perkara Yang Mungkin Buat Lelaki Malu Besar Ketika Mengayat Awek <<

Moral of the story.. Lelaki jangan terer dengan ayat 'pick up line' tapi nak jaga diri tak reti. Perempuan sekarang pun dia bukan nak dengar ayat manis je.. Tapi yang lain2 pun dia nak pastikan sedap jugak mata memandang.

1 comment:

  1. Perempuan sekarang tak mainlah pick up line yang merapu. Kalau setakat pandai guna pick up line aje tapi diri sendiri tak terurus, takda maknanya ayat-ayat cinta tu yerk!

    Tapikan, kalau fulus menggunung, tak payah susah-susah nak berpick up linelah. Tunjuk aje, bling-bling dah dalam mata si perempuan tau!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com