HUKUM BERWUDUK KETIKA HAID

11/12/2019 11:03:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

HUKUM BERWUDUK KETIKA HAID.  ni nak jadi setajah megi sekejab kat blog lekatlekit boleh ka? Alah.. boleh la.. Sesekali feeling setajah walau sekadar umpama megi segera cepat di masak sedap di makan katanya. Bukan apa haritu.. dah lupa bila nampak seorang kawan kat facebook tanya soalan berkaitan ni. Tapi dah lupa siapa. Kebetulan hari nampak ada artikel perkongsian laman twitter Mufti Wilayah persekutuan share berkaitan perkara.. sedang elok la blog lekatlekit ni pun jarang jarang terupdate dah kan sekarang. So kita share something yang bermanafaat untuk pembaca blog lekatlekit.


Actually den sendiri pun sebelum ni tak pasti adakah di bolehkan wanita yang sedang haid berwuduk sebelum tidur. Kita kalau dah kata haid tu cuti segala benda yang berkaitan la kan.. Sakan dia punya cuti tu. Sekadar mandi bersihkan badan bagai lepas tu tidur je la. Tapi ada orang dia selesa berwuduk sebelum tidur.. even masa haid pun dia rasa nak berwuduk juga. Boleh ke tidak? Habaq mai sat..

So, kita ikuti penjelasan yang saya ambil dari laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ni. Saya tak edit sangat cuma saya ambil point point penting sebab saya tau hangpa ni bukan sejenis suka baca ulasan panjang lebar sangat kan? 

Haid dan nifas merupakan hadas yang berpanjangan dan tidak terangkat dengan mandi wajib, jika sekiranya masih dalam tempoh haid dan nifas tersebut. Manakala orang yang berjunub, maka hadasnya akan terangkat dengan mandi wajib. Oleh itu, disunatkan berwuduk hanya kepada orang yang berjunub dan tidak bagi wanita yang dalam keadaan haid dan nifas. 
Selain itu juga, syarat untuk berwuduk pula hendaklah suci daripada haid dan nifas. Justeru, seseorang wanita yang dalam keadaan haid dan nifas tidak sah jika dia mengambil wuduk, kerana tidak cukup syarat wuduk tersebut. (Rujuk Busyra al-Karim Syarh Masail al-Taalim: 99) 
Dalam hal ini, Imam al-Syirazi dalam kitabnya al-Muhazzab fi Fiqh al-Imam al-Syafi’ie menyebutkan bahawa:
إِذَا حَاضَت المَرْأَةُ حَرُمَ عَلَيهَا الطَّهَارَة ; لِأَنَّ الحَيضَ يُوجَبُ الطَّهَارَةِ ، وَمَا أَوجَبَ الطَهاَرة مَنَعَ صِحَّتَهَا كَخُرُوجِ البَول 
Maksudnya: Jika sekiranya seseorang wanita itu berada dalam keadaan haid, maka haram baginya untuk melakukan perbuatan bersuci (toharah). Ini kerana datangnya haid akan mewajibkan wanita tersebut bersuci. Apa yang mewajibkan seseorang itu bersuci maka ia menghalang sahnya perbuatan bersuci tersebut selagimana masih dalam keadaan demikian, seperti ketika membuang air kecil. (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 2:382) 
Imam al-Nawawi menukilkan daripada kitab Musykilat al-Muhazzab dalam mensyarahkan petikan teks di atas menerangkan bahawa yang dimaksudkan dengan haramnya seorang wanita untuk bersuci, mempunyai dua tafsiran: 
Pertama: Makna haram yang dimaksudkan di sini ialah tidak sah jika wanita tersebut bersuci. 
Kedua: Haram dan berdosa jika sekiranya dia bersuci dengan berniat ianya sebagai satu ibadah (ta’abbud), dalam keadaan dia sudah tahu bahawa perbuatan tersebut tidak sah. Maka, dalam keadaan tersebut, maka dia berdosa kerana mempermain-mainkan ibadah. Imam al-Nawawi menyebut bahawa tafsiran ini merupakan yang sahih. (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 2:382) 
sekiranya sekadar melalukan air di atas anggota-anggota wuduk tanpa niat ibadah sekadar berniat untuk membersihkan diri dan menyejukkan badan sahaja (tabarrud) contohnya, maka perbuatan tersebut tidaklah berdosa dengan perbuatan tersebut, tanpa khilaf.

Kesimpulannya bahawa hukum seseorang wanita yang didatangi haid dan nifas mengambil wuduk adalah tidak sah dan haram serta berdosa jika sekiranya dia berniat ta’abud dan mengangkat hadas. Ini kerana wuduk tersebut tidak memberi kesan kepada hadas kedua-duanya dan dikhuatiri membawa kepada perbuatan mempermain-mainkan ibadah. 
Oleh itu, jika sekiranya ingin melakukan hal kebiasaannya dengan berwuduk sebelum tidur tersebut, maka hendaklah berniat sekadar untuk membersihkan diri dan menyejukkan badan, maka hal tersebut adalah diharuskan. Begitu juga, jika sekiranya haid sudah berhenti, maka keadaannya sama seperti orang yang berjunub, justeru disunatkan untuk mengambil wuduk dan diwajibkan untuk mandi. Moga-moga dengan perbuatan yang mengikut panduan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dalam menyucikan diri tersebut mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. InshaAllah.
WaAllahu a’lam.
Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada yang membaca. Apa yang salah mohon teguran. Kalau rasa ilmu ini berguna butang share ada kat sebelah.. sila la tekan.. kekekeke

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com