AWAS! INI ANTARA PRODUK KOSMETIK BERACUN YANG DI KESAN KKM DI MUSIM COVID-19

4/25/2020 03:09:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

AWAS! INI ANTARA PRODUK KOSMETIK BERACUN YANG DI KESAN KKM DI MUSIM COVID-19. walaupun KKM (Kementerian kesihatan Malaysia) sekarang memang sibuk memerangi wabak Covid-19 @ corona virus tapi jangan selesa sangat wahai penjual & pengasas produk kosmetik beracun. Selagi KKM mendapat aduan.. Tak ada istilah hangpa selamat dari di buru KKM. Buktinya walau negara sedang menghadapi pendemik covid-19 masih ada produk yang di kesan mengandungi racun berjadual.

Hari ni KKM telah mengeluarkan laporan bahawa 3 lagi produk kosmetik tempatan di dapati mengandungi racun berjadual yang biasa ada dalam banyak produk kosmetik tempatan yang pernah kantoi di lab KKM. Selain merkuri, Hydroquinone jugak antara yang popular di kesan pada produk kosmetik tempatan ni. Selain Betamethasone 17-Valerate yang nampak mula di kesan dalam produk kosmetik ni. malas nak tulis apa bahaya bahan bahan tersebut.. sebab dah pernah tulis sebelum ni kat blog. Lagipun hangpa google je bersepah keluar info berkaitan bahan tersebut. So, jangan tunggu kena suap sampai ke otak. lambat jadi bijak nanti. kang kena tipu dengan penjual supplement minda pulak bila terdesak nak jadi bijak.

so, hari ini 3 lagi produk di kesan mengandungu bahan terlarang seperti yang saya sebut di atas. Antara 2 produk tu dari jenama yang sama & satu lagi dari jenama yang lain.

3 PRODUK KOSMETIK DIKESAN MENGANDUNGI RACUN.

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:


Sifu Kunyit Day Cream Sifu Kunyit Day Cream
☠️ Hydroquinone, Tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate

Sifu Kunyit Night Cream Sifu Kunyit Night Cream
☠️ Merkuri dan Betamethasone 17-Valerate

JJ Skincare Glowhite Night Cream
☠️ Hydroquinone



PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL

Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan. Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti berikut:

Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Betamethasone valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.

Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI

Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM

Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia

25 APRIL 2020

Sumber :  https://kpkesihatan.com/2020/04/25/kenyataan-akhbar-kpk-25-april-2020-produk-produk-kosmetik-yang-dikesan-mengandungi-racun-berjadual/?fbclid=IwAR1OUwI2clUCCv7J5ngWTOhmRiBA0OIuvY7EQP91UmjmbHJIGJ9-Cbr7hIQ

Benda mudah je sebenarnya nak tahu produk tu beracun ke tidak. Biasanya produk beracun ni memang warna & testur dia sama je. Tapi tu la masih ada lagi rokyat malaysia yang jenis terlalu bersangka baik kan.. Katanya kalau beracun kenapa kkm tak serbu bla.. bla.. etc bagai. Takpa yang rasa  selagi yang tak kena ambush dengan KKM tu ok.. gunalah. tak daya nak halang. Kalau bukan hangpa yang tak berapa bijak nak beli produk kilo & beracun ni siapa lagi nak kayakan ponder tu, ye dak? Jadi kebodohan hangpa sangat di perlukan oleh founder produk kilo & beracun.

Moral of the story.. Goreng kunyit pun sodapp.. saya maksudkan ayam goreng kunyit. kekekeke

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com