GHOST WIFE, NANG NAK VERSI REMAJA TERLANJUR

10/05/2021 06:25:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

GHOST WIFE, NANG NAK VERSI REMAJA TERLANJUR. Mesti ramai dah tahu bermula 1 oktober 2021 Disney dah menutup 18 siaran mereka di Asia. Maka seluruh penduduk malaysia dah tak dapat tengok channel mereka. Memang terkesan juga sebab salah satu channel yang dah kena remove adalah channel fox. Den ni dah la penonton channel foxmovies & foxActionMovies. 

Nak marah tak boleh terpaksa membiasakan diri dengan 12 channel yang menjadi ganti pada channel yang dah kena tarik balik tu. Sedih juga channel movie yang di gantikan tak se best channel fox. Banyak tayang filem lama.. 

Di sebabkan bosan cuba juga berkenalan dengan channel channel baru yang ada di unifitv. Tu yang tertengok filem seram Thailand kat channel Celestial Movie. Best juga filem ni tapi filem ni jalan cerita tak berat sangat. Sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Kenapa saya kata Filem Ghost wife ni NangNak versi remaja terlanjur. Sebab filem ni macam lebih kurang filem nangnak di mana dah jadi hantu pun dia tak boleh move on lagi dari pasangan dia. Still dia nak hidup bersama dengan pasangan dia cuma filem ni ada plot twist dia sendiri.Dah ending nanti baru tahu apa plot twist dia.

Kisahnya seorang pelajar perempuan yang belajar di high school mengandung akibat terlanjur bersama pasangan dia. Bila mak dia tahu..mak dia suruh gugurkan. Semasa melakukan prosedur pengguguran tu budak perempuan bernama Nard ni mati. Lepas mati tu maka dia jadi hantu & menghantui apartment yang dia tinggal bersama kekasih dia.

Kekasih dia ni tak tahu dia dah mati, bila dia balik berjumpa dengan Nard waktu tu Nard dah bersama seorang bayi. Kira kekasih Nard ni baik la.. pandai buat, pandai tanggung. Dia cuba ajak Nard berkahwin tapi Nard bagi alasan nak enjoy dulu hidup sebelum kahwin.

Akibat gangguan hantu Nard ni ramai yang berpindah keluar dari apartment tu tinggal hanya beberapa orang yang masih menyewa sebab terpaksa. Dah tak ada tempat lain nak duduk. Pemilik apartment tu juga mula risau sebab ramai penyewa lari so mereka berusaha untuk cari bomoh untuk atasi masalah gangguan hantu Nard ni. Tapi semuanya kalah dengan Nard.

Sampailah mereka pergi cari seorang sami yang memang ada kepakaran dalam masalah gangguan mistik ni barulah dapat kalahkan hantu Nard ni. Selepas sami tu dapat tangkap Nard baru kekasih dia tahu yang sebenarnya Nard dah mati tapi ada plot twist dia selepas tu. Macam mana kekasih Nard dapat bersama dengan Nard walaupun Nard dah mati.. Hangpa kena tengok sendiri. Kalau yang langgan unifitv..ada dalam VOD bahagian catch up. Free je boleh tonton. Yang takde pepandai la cari sebab ni bukan filem baru tapi filem tahun 2018.

Filem ni klasifikasi P13. Level seram dia tu level boleh tonton lagi. Tapi jalan cerita dia tak la membosankan dan meleret leret sangat.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com