SITI CALL

24.2.11 Suria Lekatlekit 2 Comments

Wah.. korang ada Siti call?? Takde kan?? Harus la Sang Lekit berbangga sebab dapat call dari Siti. Teruja kan kalau dapat call dari Siti?? Siti mana ni Lekit Ooii.. Boleh tak jangan propa lebih - lebih??

Okies.. Lekit tak propa. Memang Siti Call tadi. Sebelum Siti call adik Lekit terlebih dahulu call minta izin nak bagi number aku kat Siti. So, lepas bagi keizinan tak sampai 5 minit siti call. Masalahnya Siti Mana?? Siti Nurhaliza ker?? Alahai... Lekit bukan cikgu shida yang popular sampai Dato Siti Nurhaliza nak call. Sapalah blogger tepian longkang ni yang tak semena - mena nak dapat call dari Dato Ct tu kan??

Siti ni adalah kawan baik aku sejak dari kecik lagi. Kiranya sebelum kenal ABC, aku kenal dia dulu la. Kira membesar sama - sama la hingga ke sekolah menengah. Menikmati zaman remaja yang penuh siku liku bersama - sama. Terpisah bila mak bapak dia bercerai. Tapi time still ada contact. Lost contact sejak 2 3 tahun ni jer... Dia kawen pun aku tak balik kampung, aku kawen pun tak sempat jemput dia sebab hilang contact. Anak dia pun dah 2 tahun..

Tetiba tadi dia jumpa no adik aku then dia call tanyakan no aku. Tu yang dapat contact balik. Takde apa di borakkan sangat selain tanya khabar. Masing - masing dengar khabar masing2 jer la. Tapi ternyata dia masih memahat nama aku dalam hidupnya. Bukan aku taknak cari.. Tapi ada sedikit terkilan dulu seolah - olah aku terpinggir dari nama sahabatnya. Tapi semua tu dah terlalu jauh berlalu. So, aku tak ingat lagi.

Apa yang penting.. Anggaplah ia seperti satu permulaan. Apapun dalam sejarah dulu dah tercatat kami pernah sangat2 akrab. Aku pernah terlalu sayangkan dia. Tapi dalam sejarah. Sekarang dah banyak berubah. Pada persahabatan tak mungkin lagi aku dapat bagi peratus komitmen yang tinggi macam dulu. Apapun ingatan dari siti yang sudi call aku lagi, amat aku hargai.

2 comments:

  1. seronoknya jumpa kawan lama semula. tapi kadang-kadang bila dah lama sangat rasa kekok sebab dulu dia lain, sekarang dah lain and masa mengubah keadaan

    ReplyDelete
  2. samalah... jarang sanagt dapat berblog pada tengah malam melainkan hubby outing n si kecik dah tidur... ohw daku bukan blogger tegar!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!