10 PERKARA YANG ORANG TAK SUKA PADA PENIAGA ONLINE

8.4.14 Suria Lekatlekit 18 Comments

Ramai orang yang meniaga secara atas talian atau online ni masih tak tahu atau sesaja buat tak tahu apa yang boleh & apa yang tak boleh.. apa yang orang suka & apa yang orang tak suka mereka buat bila mereka mempromosikan barang/produk jualan mereka.

Even benda ni dah biasa sangat orang merungut, mengeluh,marah,maki bagai tetap masih berlaku & rasanya akan terus berlaku sampai bila2. Tapi tetap den nak tulis jugak la untuk yang baru2 nak berjinak2 dalam perniagaan online tahu pasal ni. Benda2 korang tak harus buat adalah

Gambar carian google

  1. Jangan suka2 hati tag orang produk/barang yang korang jual kecuali di minta berbuat demikian.
  2. Jangan suka2 nak post kat Timeline orang. Nak post apa apa kat wall sendiri sudah.
  3. Jangan tag/post produk/barang dengan pengedar/peniaga yang juga jual benda yang sama. Depa anggap hangpa nak potong line nanti.
  4. Kalau pasarkan barang/produk secara online pastikan ada masa nak jawab pelanggan secara online jugak. Jangan sekadar tempek barang kat FB/Instagram bagai.. apa2 nak kena sms/wechat/whatsapp bagai sebab bukan semua orang ada aplikasi tersebut. Sms pun kadang2 orang tak suka sebab jarang topup. Jadi kena ada masa untuk melepak kat medium korang promosikan produk tu untuk jawab pertanyaan pelanggan.
  5. Ni yang takde penyelesaian.. Tak letak harga. Nak tau semua kena PM bagai. Mungkin ada banyak faktor peniaga online buat macam ni.. salah satu faktor sebab persaingan tapi dengan sedihnya terpaksa saya katakan.. ramai pelanggan tak suka konsep ni.
  6. Suka kondem produk orang lain & angkat produk sendiri. Kau jual produk kau & cerita kebaikkan produk kau sudah la.. Tak payah nak mention produk orang lain yang kononnya tak setanding & sesihata atau sehebat produk kau.
  7. Mulut jahat. Jual produk sambil menyindir orang yang tak beli produk dia. Nak2 lagi yang jual produk kesihatan ni. Cakap macam semua orang mampu guna produk dia jual. Bila yang tak mampu beli tu dok perli2 konon tak sayang diri la.. tak sayang laki/bini la.. tak sayang anak bagai la. Kalau semua orang mampu, rasanya bukan takat dia jadi pembeli maybe dia jadi pengedar jugak kot kalau dah terlampau bagus sangat produk kau jual tu.
  8. Testimoni yang melampau tak kira bergambar atau bertulis. Kebanyakkan produk kesihatan dalaman la. Nak2 lagi produk ketat metat ni.. Kalau yang bergambar tu segala kotoran degil atau segala masalah kat bahagian tut tu di upload. Yang berbentuk cerita lagi dahsyat.. setiap inci apa dia buat & rasa dengan pasangan dia semua nak cerita. Yang menjual ni pulak.. macam hilang kemaluan dah yang penting UNTUNG. Bukan semua orang boleh terima. Dan ini memang jadi rungutan ramai orang.
  9. Naikkan status memperli atau mengutuk pelanggan yang bertanya macam2 tapi tak beli pun.Yelah.. jenis nak tanya harga pun kena PM, tu tak tanya lagi status halal, KKM bagai. Tup2 tanya harga dah di luar kemampuan.. status halal & KKM di ragui.. macam mana nak beli.
  10. Yang main jual je produk entah dari mana datang tanpa ada status halal & KKM.. bila orang tanya menipu status atau paling trajidis kita pulak kena marah balik. Tu pun orang tak suka jugak.. 

Jadi cukup la 10 perkara yang den senaraikan tentang apa yang orang tak suka pada sesetengah peniaga Online ni buat. Kalau korang ada nak tambahkan senarai.. boleh tinggalkan kat komen. Pada peniaga online hope takde yang tacing sampai nak emo2 kat status masing2. Terimalah hakikat & terima sebagai satu teguran positif yang nak memajukan lagi perniagaan korang. Peace

P/S : Hari ke 32 sudah.. Pesawat MH370 bersama anak kapal & penumpang masih tiada langsung petunjuk. Ping sana Ping sini.. serpihan sana.. serpihan sini.. Tapi akhir cerita tak juga dapat di kesan. Allah masih mahu mendengar rintihan doa kita. Jadi teruskan berdoa moga Allah membuka jalan untuk mereka semua di temukan.

18 comments:

  1. Sanala MJ pun faHAm sebab MJ juga peniaga dan pembeli online :)

    So kita faham apa sebenarnya kehendak pembeli sebab kita juga pembeli kan

    ReplyDelete
  2. saya tak kisah kalau org tag fb saya ke , tapi sometimes saya lg suka kalau item letak dengan price sekali..baru telus gitu.

    ReplyDelete
  3. No 5, hihi! Utk dealer shaklee skrg dh ada penyelesaian.semua dealer kena jual harga retail, jadi kami dh boleh pamer harga. Tp jgn plak customer/buyer pm kami nak nego harga kasih sayang, sbb dh takleh bagi pada non members

    ReplyDelete
  4. sy pon niaga on9..tp sy x buat seme2 tu..hehe..sebab sy hanya jual perfume dan produk buasir.hahaha.

    ReplyDelete
  5. zura tkkn approve fren req drpd org yg tk dikenali/ org yg tkde mutual fren dgn zura... bila cek wall dia penuh ngn produk, dh tentu2 nk berniaga la tuh...

    ReplyDelete
  6. paling tak suka yg tiada tanda harga...apa salahnya terus letak tanda harga senang...

    ReplyDelete
  7. yeaahhh.... terbaik.... suka dengan tips nie... :)

    ReplyDelete
  8. setuju dengan semua points. paling x suka yang x letak harga tu. mcam eksklusif sangat. semua benda nak kena PM

    ReplyDelete
  9. Yg penting bila xde stock or salah item yg dipost jgn pusing citer supplier lmbt laaa, supplier vongok laa, bila suh refund duit alasan berbukit3 tp on9 post produks bleh pulakkkk.. Masa order kena pulak bank in dlm sehari.. Plg pantang deal ngn bisnes on9 camnie!!!!!!!

    ReplyDelete
  10. agree kak..disebabkan saya tak suka beli online sangat (kalau keadaan terpaksa je bru beli), jadi mslh2 lain yg akak tulis tu saya tak perasan sgt..tp bab tag2 tu mmg saya tak suka..huhuhu! maaf lah ye..jujur ni :(

    ReplyDelete
  11. Tips yang berguna dan menarik..leh improve lps ni :)

    ReplyDelete
  12. Salam Mummy Lala..

    uhu..cma kalo ditag boleh terima lagi.. cuma kalo x blh nk stop notification tu jer payah sikit..
    lain2 saye setuju :)

    ReplyDelete
  13. wah ini terbaik! saya setuju, kajian sendiri ke?
    memang saya pun tak suka, kalau tag saya memang unfriend terus
    tak pun block aje! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog kita ni memang byk kajian sendiri jer... hahahaha

      Delete
  14. MUDAH2AN SUME KAT ATAS TU XDE DLM PERNIAGAAN DEQ .. HEHE

    ReplyDelete
  15. Bagus info ni..mudahan xde la senarai kat atas tu..hehe...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!