SAKINAH ISTERI KEDUA ASYRAFF MUSLIM DAH BERSALIN JANGAN HENTAM DIA ATAS KHABAR NI

4/06/2014 02:48:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Ada terbaca tadi.. Katanya Wan Sakinah isteri kedua kepada pelakon Asyraff Muslim dah selamat melahirkan anak pukul 11.50 malam tadi.

Alhamdulillah bayi perempuan menjadi anak sulung kepada pasangan tersebut & jugak anak sulung Asyraff muslim la. Berita pasal sakinah bersalin ni dah tersebar kat blog2 hiburan.. laman sosial bagai..


Hope takde la peminat peminut pembenci bagai nak hentam2 sakinah lepas ni. Kesian dia... Semua manusia buat silap. Jangan hanya satu kesilapan dia yang lalu kita hukum dia sepanjang hidup sedang Allah pun maha pengampun, kita manusia pulak lebih2. Kalau dia upload gambar baby dia ke tak payah la nak judge dia macam penjahat sangat. Kita dapat anak pun teruja bagai nak rak.. Macam tu la jugak dia kan even dia pegang title bini nombor dua pun tetapi dia pun manusia macam kita.

Si comel sakinah & asyraff
Sumber Rotikaya

Moga Dayana juga bergembira dengan lahirnya puteri sulung zuriat suaminya. Insya Allah Dayana...  Satu hari mungkin Dayana pula akan di beri rezeki untuk itu. Moga mereka beroleh kebahagian & rezeki. Tahniah sakinah, asyraff & dayana. Semua depa dah dapat title mak & bapak orang termasuk dayana walau dapat anak tiri pun.

P/S : 30 hari sudah.. MH370 masih dalam pencarian.Moga ada petunjuk & jalan untuk semua mereka di temukan. Jangan berhenti berdoa. Semoga Hari ini ada khabar gembira

5 comments:

  1. hadirnya sakinah untuk melengkap kan kehidupan rumahtangga Ashraf muslim..Tak anggap Sakinah ada buat salah.rasanya mereka lebih bahagia sekarang..setiap orang berbeza jalan ceritanya.ada yang bahagia berdua dan ada yang bahagia bertiga...apa pun tahniah untuk mereka ..Kan??

    ReplyDelete
  2. kuat betul semangat dayana..mmg respect la kan :)

    ReplyDelete
  3. salam Mummy lala..
    alhamdulilllah.. comel baby mereka :)
    mabrukk

    ReplyDelete
  4. eh dah bersalin ye, comel anak dia

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com