BERTUDUNG TAPI JADI PENYEBAR VIDEO LUCAH

12.4.14 Suria Lekatlekit 8 Comments

Tak pelik zaman sekarang ni sebab kebanyakkan yang bertudung lebih kepada berfesyen jadi tudung bukan mengambarkan sikap/sifat/perangai seseorang. Memang betul perempuan bertudung tu belum tentu baik tapi bukan semua la kan. Kang semua perempuan bertudung serang aku pulak.

Bila dah membawa imej bertudung.. perangai tu hope bertudung la sikit. Benda yang tak baik tu tak payah tunjuk terang terang sangat. Bukan kata suruh hipokrit, depan orang tunjuk baik belakang mengalahkan syaiton nirrojim tapi cover2 la sikit. Kisahnya.. den jenjalan kat FB. Isu tengah hangat sekarang selain isu tudung fareeda & isu prof Izzi yang di dakwa cabul pelajar dia tu.. tup tup muncul pulak isu dari satu video yang mula tersebar. Video tu katanya video seorang budak sekolah (perempuan) tengah cakap telefon dengan mak dia sambil berbogel. Menurut apa yang aku baca dari blog, katanya budak perempuan tu tengah menipu mak dia kononnya pergi beli buku teks sekolah walhal video tu merakam dia tengah berbogel dalam bilik hotel. Hujung2 video tu ada dengar suara lelaki yang dorang andaikan boipren dia ler.

Kat laman blog memang takde video tu.. just gambar yang di blur kat tempat2 memalukan. Tapi kat social media yang lain tu tak tau la kan tapi video tu memang wujud la kot. kalau takde mana datang cerita & gambar tu, kan. So, aku ni kalau datang mood rajin memang komen2 orang kat bawah link artikel tu pun aku baca. Saja tengok respond orang. Kadang boleh jadi ilmu kadang2 boleh jadi isu. kekekeke Pelik pulak sorang pompuan ni aku tengok. Siap bagi contact id social media dia lagi kalau sapa2 nak tengok video tu. Yang ramai komen lelaki.. yang minta pun lelaki. Tengok gambar bertudung bagai. Alih2.. dah jadi macam penyebar video lucah pulak.

Dah kau dapat, kau tengok & kau buat isu benda tu sudah la. Tak payah la kau nak menyebarkan video yang memaparkan real budak tu berbogel sambil berbual kat telefon dengan mak dia. Bukan orang rasa budak yang dalam video tu je tak tau malu, dengan kau2 sekali pun orang pandang macam takde maruah jugak. Apa yang dalam video tu orang tengok sama juga macam yang kita perempuan ni ada yer cik *tutttt*. Rasanya video tu pun bukan budak tu sendiri yang sebarkan mesti ada orang lain yang buat. Even dia buat benda tak baik pun, dia pun reti malu jugak. Takde nak sebar bagi orang sebarangan tengok tapi dah terlepas ke tangan orang2 macam awak tu maka makin meluas la penyebarannya.

Jadi moral of the story kat sini ada dua... Yang buat benda tak senonoh tu pun kena jadikan pengajaran yang tukang sebar video tak senonoh tu hope jadikan juga pengajaran. Dua perbuatan tu jugak di lihat kurang kemaluan & kurang baik di amalkan (Cakap kurang bermaruah nanti tacing sampai ke tulang sumsum pulak kan!!). Peace!

P/S : Even aku ada printscreen komen2 yang aku maksudkan tu tapi aku rasa tak perlu aku attach dalam blog. Entri ni biar di tulis secara Umum yang mana kalau ada sapa2 yang buat, dia akan terasa tapi tak merujuk pada seorang individu sahaja.Apa yang baik jadikan pengajaran yang buruk jadikan sempadan

8 comments:

  1. Bab2 sebarkan aib org ni yg kakpb takut. Manalah tau, kakpb pun pernah terlepas ckp sebelum ni. Tapi harap2 takde la. Setakat sindir menyindir kasi pedas telinga ada kot...hehe.
    Kita kena ingat, dunia nak kiamat tau. Seboleh2nya perbanyakkan buat baik drp yg tak baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah kan kak.. sebab tu saya tak attach komen tu. takut jadi aib pulak.. so kita tulis secara rambang sudah.

      Delete
  2. Replies
    1. yelah kan.. apa ada kat badan budak tu ada jugak kat badan kita

      Delete
  3. Ooo ada isu ni ye? Ika x prasan la plak.. Yg tau pasal tudung dgn prof tu je.... Eeemmm mudah2an diorang semua di beri petunjuk...in shaa allah....

    ReplyDelete
  4. Sedih dgn ank2 skrg.Smlm dpt video tu melalui wassup.

    ReplyDelete
  5. awatlah ada orang suka buat lagu ni ye
    dia kurang ilmu gamaknya

    ReplyDelete
  6. salam mami lala..

    aduhai..budak2 zaman sekarang.. tak tahu la.. menyedihkan.. :'(

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!