BILA STATUS PENGANTIN BERTUKAR JENAZAH

28.4.14 Suria Lekatlekit 5 Comments

Perkara yang kita tak boleh ubah jodoh pertemuan, ajal & maut. Allah dah tetapkan semua tu sejak azali lagi.. Bila sampai waktunya takkan lewat atau tercepat walau sesaat. Namun sebagai hamba kita kena redha.. sebab setiap apa yang Allah jadikan itu tiada satu pun yang sia sia melainkan setiap darinya ada hikmah yang tersembunyi.

Tumpang sedih pulak bila baca akhbar kisah pasangan pengantin yang baru sehari di ijabkabul tak sempat pun nak meraikan perkahwinan dorang dalam majlis bersanding, tiba2 pengantin perempuan meninggal dunia. Besar jugak dugaan buat sisuami bila berdepan dengan saat saat macam ni. Status suami yang di pegang baru 1 hari dah bertukar menjadi status duda.


Sumber berita Kosmo

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. Namun yang berat itu ada ganjaran besar untuk mereka2 yang sabar. Allah memilih kita di uji dengan dugaan berat sudah pasti Allah tahu kemampuan kita menghadapinya. Semoga si suami di beri kekuatan & ketabahan untuk menghadapi ujian ini & takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah. Semoga arwah di tempatkan bersama orang2 yang beriman. Al fatihah

P/S : Yang pergi kita nampak jenazah sudah tentu kita tahu.. Yang hilang & pergi.. hidup mati tiada bukti lebih memeritkan bagi keluarga mereka untuk hadapi. Terus berdoa untuk MH370 agar Allah beri petunjuk tentang apa yang berlaku

** Malas nak buat special entri tapi nak wish untuk diri sendiri & pasangan den.. Hepi anniversary. 4 tahun sudah kita bersama.. hadiah terindah adalah budak kecik bernama shahila. Moga ikatan perkahwinan ni kekal abadi selamanya. Mari kita raikan dengan daun saderi atas kemenangan 4 tahun ini. kekekekeke. Mengungkap sejarah 4 tahun lalu.. ada kisah sedih di sebalik perkahwinan ini... "28hb selepas zuhur lebih kurang 3.43 pm aku sah menjadi isteri kepada ******************** ikuti kisah selanjutnya di sini >> Di sebalik pernikahan ku <<**


5 comments:

  1. sedihnya.. innalillah..

    happy anniversary to you and husband...

    ReplyDelete
  2. semua ketentuan allah kan cik lekit
    tak lama dulu ada cite pasal pengantin lelaki meninggal kemalangan
    lepas bernikah, kesian

    wah selamat ulang tahun cik lekit! moga berkekalan hingga ke jannah! =)

    ReplyDelete
  3. hepi anniversary yg ke-4 buat cik puan suria dan hubby...semoga leving kapel sokmo...

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar. Allah lagi sayangkan dia. Kesian nya suami dia

    ReplyDelete
  5. salam mami lala..
    takziah.. perancangan allah adalah yg terbaik..

    tahniah yer..selamat ulang tahun perkahwinan..semoga berbahagia hingga ke jannah! :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!