DAH SELESAI SIASATAN PENUH SIMULATOR KAPTEN ZAHARIE

3.4.14 Suria Lekatlekit 4 Comments

Dan akhirnya segala spekulasi.. segala tuduhan.. segala fitnah.. segala kaitan kehilangan Pesawat MH370 dengan simulator Kapten Zaharie sudah berjawapan.


Teringat aku mula2 kapten Zaharie mula menjadi orang yang di syaki kerana memiliki simulator di rumah.. Macam2 tuduhan di lemparkan pada dia tanpa belas kasihan. Tuduhan di kukuhkan lagi dengan penglibatan beliau sebagai penyokong parti pembangkang. Kalau orang luar jer tuduh dia.. kita boleh terima tapi orang melayu Islam sendiri pun kemain rancak berdiskusi sambil membuat spekulasi kaitan beliau dengan kehilangan pesawat MH370. Seolah2 beliau terlibat dengan penganas untuk melarikan pesawat MH370 demi nak menuntut bela keatas pemimpin parti pembangkang yang di hukuman penjara. Secetek tu akal mereka. Dan sekarang terimalah keputusan dari hasil siasatan tu tiada apa yang mencurigakan atau di syaki tentang aplikasi yang ada dalam simulator kapten zaharie.

Sumber Harian Metro

Aku masih simpan lagi screenshoot perbualan mereka2 itu di FB tapi tak perlu aku attach kang orang yang terlibat tu tak boleh terima kenyataan pulak dia pernah menuduh kapten zaharie lepas tu mula dok meroyan kat FB. Tu yang dia nak sangat hidup dalam friendlist aku supaya dia dapat pantau apa yang aku update biarpun dia rasa sakit.

Dan kerana itu aku malas nak percaya spekulasi.. Walau aku masih membaca spekulasi. Ada juga aku ambil sebagai peringatan tapi cuma aku tak nak jadi penyebar. Apapun.. yang boleh kita buat sekarang ada berdoa bukan mencanang spekulasi yang kita sendiri masih takde bukti untuk membuktikan kebenarannya walau mungkin spekulasi itu boleh jadi betul tapi kita sendiri pun tak tahu sejauh mana betulnya. Semuanya kini hanya Allah yang tahu.

sudah terlalu lama
kau bersembunyi
sudah terlalu lama
kami mencari
26 hari berlalu pergi
muncul lah walau kau tidak se gah dulu
jangan malu kami semua menunggu
kasihani ibu ayah anak suami dan isteri
setiap hari namamu terucap berkali
setiap malam tidur mereka berteman mimpi ngeri
Ya Allah berilah simpati
bukakan laluan untuk kami jejaki
Ya Allah kasihani
beri petunjuk kemana harus dicari
Ya Allah munculkan lah MH370
Ya Allah hanya Kau mampu menolong
#prayTheBestForMH370

4 comments:

  1. tuduhan ke atas kapten zaharie tu memang melampau. geram bila baca semua tuduhan tuh. langsung tak fikir perasaan ahli keluarga kapten zaharie.

    ReplyDelete
  2. sampai mengaitkan cakap kapten tu pengikut fanatik pembangkang bagai kan.. geram aku baca.. lama dah aku larikan mata aku dari baca komen2 tak pakai otak diorang ni..

    ReplyDelete
  3. akhirnya kan...kesian family kapt zahari pun terpalit sekali.. dorang tk fikir ke disebabkan ada simulator sendiri la kapt zahari blh meningkatkan skill menerbangkan dan mendaratkan pesawat sbb selalu buat latihan....

    ReplyDelete
  4. salam Mami lala..
    tak amek tau pasal simulator bagai ni.cuma ttp berharap pesawat itu ditemui..amin..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!