ISTERI YANG BER FB TAK PEDULI RUMAHTANGGA

5.4.14 Suria Lekatlekit 3 Comments

Pelik ke? Ada ke yang rasa pelik? Tapi ada jugak orang yang rasa pelik.. Tak pelik pun ada orang rasa pelik sebab orang tu mungkin baru celik.. So, dia rasa pelik macam mana la seorang surirumah bersosial di laman sosial sambil menguruskan rumahtangga.

Skodeng mengskodeng wall FB orang tu bagi aku perkara biasa jer.. Takde apa yang salah atau pelik orang buat even aku sendiri pun tapi aku jadi pelik bila orang mempertikaikan orang yang bersosial di laman sosial seolah2 takde life di luar alam maya. Atau seolah2 dia tak mengurus hidup dia di luar laman sosial dengan baik.

Sumber Google
Kalau jenis aku la... memang korang akan nampak macam aku tak buat apa2 kat rumah sebabnya aku nak mop lantai ke basuh pinggan ke bagi anak makan ke masak untuk laki ke picit kaki laki aku ke jemur baju ke isi air dalam tong ke berak ke makan ke nak keluar berjimbaraya dengan anak & laki aku ke atau apa2 jer aku nak buat dalam kehidupan peribadi aku memang tak banyak aku share atau kebanyakkan aku tak share langsung. Apa yang aku update banyak isu2 semasa atau isu2 yang berlaku di dunia maya juga la. Tak aku share iklan, aku share berita2 online atau aku update la status2 cili api aku. Nama kata nak cerita setiap inci, setiap minit kehidupan aku di luar alam maya minta maaf la yer.. Hidup aku adalah peribadi aku yang takde sebab aku kena share dengan orang lain macam mana aku jaga rumah, jaga anak atau jaga laki aku.

Lagipun aku rasa apa yang aku buat hari2 macam orang lain jugak buat. Kat FB aku banyak sangat geng mak2.. sambil masak pun depa boleh upload gambar apatah lagi nak update status, apa nak pelik aku sambil jaga anak, sambil nak tunggu mata pejam atau sambil sembang & tengok tv dengan laki aku update status. Zaman sekarang nak online bukan payah dah.. guna smartphone, tab,note bagai.. sambil berak pun orang boleh online. Pelik sangat ke?

Zaman sekarang benda2 ni tak jadi pertikaian dah pun.. Orang yang pelik adalah orang yang rasa pelik dengan perkara macam ni seolah2 baru kenal internet. Jangan nak mengaku sebelum baligh dah kenal internet kalau benda2 camni pun nak pelik. Para isteri & ibu yang ber FB & sentiasa mengupdate status di FB bukan semua tak peduli rumahtangga, makan pakai anak & laki. Tak mati kebulur pun anak laki depa... Malah makin montel2 jer.. Orang yang pertikai je macam takde life aku tengok. Maybe dia jeles kot... dia tak sehebat kita ibu2 yang even hanya surirumah mampu uptodate macam orang lain.

Ni bukan zaman mak2 bersenteng lengan cedok air perigi, berus kain, masak pakai dapur kayu api.. Zaman sekarang semua main tekan2 jer kot. Masak nasi rice cooker jer tak payah risau hangit. Apa sangat la nak pelik.. sambil tumbuk sambal belacan sambil snap gambar & upload.. ye dak??

P/S : Laki aku bayar streamyx tiap2 bulan bukan suruh buat perkasam.
P/S : Kadang2 yang jadi pencetus ni sesuatu yang takde kena mengena dengan kita tapi nampak macam best jer statement tu untuk di jadikan isu untuk di kupas kupis & kopek, maka terhasilah satu entri yang berlaku dalam kehidupan seharian kita, kan? P/S : Apa kata mak2 yang lain.. sila komen. kekekekeke

3 comments:

  1. zura pun sama la suria...sambil masak, still sempat gak skodeng fb...yg penting kita pandai uruskan kerja tu sebaiknya dan tk leka ngn tenet di tgn....

    suri rumah sekarang tk sama dgn suri rumah zaman dulu..skrg ni dorang lagi up-to-date dr segi pakaian dan pemikiran, berkat perkembangan teknologi IT.. nak2 lak sekarang kan tenet di hujung jari jer, semua info boleh dpt ngn mudah...

    manusia yg pendengki tu mmg kalu dh hati busuk, ada saje la nk carik pasal ngn org..

    ReplyDelete
  2. Salam Mami lala..

    hehe..ater,,kalo anak beyak pun nk selfie dgn anak post dgn tag "alahai..anak mak verak..masa utk membasuh'selfie dulu" muahahaha...

    ReplyDelete
  3. hehe...kelakar pula baca entry ni
    mulut orang cik lekit oi, entah apa yang diorang dengki
    buat salah, tak buat lagilah salah kan
    ish...macam-macam

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!