KAWAN AKAN LEBIH JUJUR BILA MENJADI MUSUH

4/21/2014 11:57:00 AM suria lekatlekit 8 Comments

Kita selalunya rasa bila orang tu berkawan dengan kita, dialah yang baik, jujur & ikhlas. Sentiasa menyokong apa yang kita buat. Kita rasa dia tak pernah sakitkan hati kita.. Sentiasa berpihak pada kita bila kita di serang dengan anasir2 jahat. Bagi kita itulah kawan.. yang kononnya memahami kita.

Kebanyakkan yang bernama kawan ni tak jujur dengan kita hampir 50%. Kita nak nampak apa pandangan dia pada kita tunggu sehingga dia anggap kita musuh. Dari situ baru dia akan cuba menjadi seorang jujur untuk memperlihatkan keburukkan, kesilapan & kesalahan kita yang dia nampak sepanjang dia menjadi kawan kita. Masa dia berkawan dengan kita tak pernah pulak dia tegur kita.. yang ni tak elok. Yang tu tak boleh.. yang ni berdosa. Bila jadi musuh tetiba jer benda yang pernah dia sokong kita bila kita buat, dia nampak sebagai satu kesalahan & keburukkan diri kita walau niat nak mengaibkan kita tapi percayalah.. itulah yang sebenarnya pandangan dia pada kita selama ni cuma tak di suarakan semata mata nak menampakkan diri dia kawan yang baik & sentiasa menyokong kita.

Bila berkawan di laman sosial ni.. Memang aku banyak melihat & belajar. Sebab tu aku susah untuk percaya pada sesiapa walau bernama kawan. Sebabnya.. bila satu masa ada perselisihan faham.. Rahsia kita la akan menjadi senjata mereka. Kita takkan tahu siapa baik siapa jahat untuk masa depan walau hari ini kita nampak dia perfect sebagai seoarng kawan. Jadi berhati hati & berpada pada lah dalam berkawan. Kawan kita kebanyakkan takkan tunjuk silap kita semasa berkawan tapi akan menyebutnya ketika bermusuh. Terima atau tak.. itulah yang banyak berlaku. Nak jumpa kawan yang betul2 membimbing & mengingatkan kita setiap kali kita melakukan kesilapan memang susah... selalunya kawan yang kita anggap baik bila sama2 boleh join mengumpat. Kau tak suka orang tu.. kau ajak kawan kau mengumpat dia.. kawan ko pun support apa yang kau umpat itulah yang kau anggap kawan. Cuba masa dia ajak kau mengumpat.. kau tolak & tegur dia... confirm keluar sindir menyindir. Mengaku atau tak kita lebih rela berkawan dengan orang yang hipokrit dari menerima kenyataan di tegur, betul tak?

Dan kerana tu jugak aku takde geng borak kosong dalam group bila di laman sosial. aku takde geng wechat, geng whatsapp atau geng sembang cara berkumpulan ni. Apa yang korang tengok aku bual kat komen FB, itulah komunikasi aku dengan kawan2 alam maya. Ada la sorang dua PM bagitau tu ni.. tapi abis satu isu tu abis la. Nak kata.. seminggu sekali pun payah aku nak borak2 dengan sapa2 secara private. sekali sekala je orang PM aku kalau ada apa2 isu dorang nak cakap, tanya atau bincang.

Pengalaman yang banyak ajar aku untuk berpada pada dalam berkawan. Pengalaman juga buat aku berhati hati dengan semua yang bernama kawan. Jadi dari pengalaman aku.. Moga jadi pengajaran pada orang lain. Memang bukan semua kawan itu jahat & kena ingat bukan semua kawan juga benar benar baik tapi kita takkan tahu siapa baik & jahat sehingga sesuatu perkara berlaku macam perselisihan faham. Masa tu kita akan menyesal pada banyak perkara so, sebelum benda tu menjadi kesalan yang tak berguna ambil langkah keselamatan dari sekarang.

Ikhlas dari hati.hehehee

P/S : dalam hidup memang kita perlukan kawan, tapi kawan mungkin tak selamanya akan bergelar kawan mungkin suatu hari dia bernama lawan.

P/S : 45 hari MH370 hilang dan masih hilang. Yang mati masih mati dalam teori... Ya Allah kau bukakan jalan untuk semua jawapan di temui.

8 comments:

  1. sama la dengan akak..tak de sembang2 kat group2 ke,wechat bagai tu memang tak de...serik rasa buat baik sangt kat orang.walaupun adik beradik akak memang tak rapat.tak nak dah terkena lagi..

    dah rasa dah cemana di pijak2 kepala kita tanpa rasa simpati sikit pun.waktu susah,datang bawak laki,bawak anak mai umah kita.buat macam rumah sendiri,.tapi bila time kita tak boleh nak tolong canang kat orang kata kita ni tak elok serba serbi...pengalaman mengajar kita supaya lebih berhati2..

    ReplyDelete
  2. Haha akak pun xde wasap ke wechat ke dan xde sembang group apa pun kat fb. Serik pernah baik ngn org patu diburukkan kita sbb salah phm. Bkn nk dgr penjelasan dulu.

    Musuh ni ada yg musuhi kita je tp ada jugak yg pakat panggil satu donia kata kita jahat duk hasut org benci kita

    ReplyDelete
  3. sekarang nak berkawan kena extra careful. naik baik jangan baik sangat kan

    ReplyDelete
  4. zaman sekarang kena hati2 pilih kawan sebab kebanyakkannya stalker...

    ReplyDelete
  5. saya lebih kurang cam cik lekit dalam bab berkawan ni
    pengalaman mengajar saya untuk berhat-hati
    bezanya saya tak begitu outspoken cam cik lekit
    tu pasal mudah bernanah perasaan...hehe

    ReplyDelete
  6. Tp kita suka ayat2 awak...semua power2...

    ReplyDelete
  7. salam mami lala..

    ehhe..cma ade wechat wasap bagai tu.. tp takde join mane2 group..x shukeww..
    pernh baca kat mana ntah.katanya-musuh kita sebenarnya adelah kawan baik kita sendiri.. beware!

    ReplyDelete
  8. oopps, cik lekit...saya baru perasan ni entry lama
    sila ignore komen saya sebelum ni
    arghhh...malunya

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com