LUAHAN HATI PROFF IZZI SELEPAS RAMAI PULAK YANG MENGAKU DI CABUL WALAU HANYA SEORANG MEMBUAT LAPORAN

10.4.14 Suria Lekatlekit 6 Comments

Aku ada baca jugak pasal tuduhan meraba student yang di dakwa di lakukan oleh seorang profesor & seorang pakar motivasi yang agak terkenal kat Malaysia yang suara dia dulu kita selalu dengar kat radio era kalau tak silap. Semua orang pun rasanya tahu siapa yang di maksudkan & apa kes yang sedang hangat di perkatakan.

Laporan polis di buat oleh seorang pelajar perempuan yang mendakwa di cabul oleh prof tersebut. Macam2 la tohmahan si prof ni kena. Sampai sekarang dia masih tak bagi apa2 statement membela diri.. samada menyiakan atau menidakkan perbuatan tersebut.

Aku bukan la nak cakap sapa betul sapa salah.. tapi aku suka tengok bila ada kes - kes tuduhan macam ni tersebar.. mesti datanglah cerita tak berbukti.. untuk mengiyakan tuduhan tu. Contoh macam ni.. Saya pun pernah dengar orang cakap sipolan tu memang perangai dia macam tu.. Ingat dah insaf rupanya tak taubat lagi... Saya pun student kat situ, ada boipren pada kawan kepada kawan kepada kawan saya cerita dia pun pernah kena raba dengan prof tu. Tu dia.. gigih ni nak cerita benda yang dia sendiri pun tak tahu sejauh mana betul & sahih sebab sorang buat dakwaan macam tu.. Maka ramai lagi la mengaku pernah dengar cerita la.. pernah kawan kepada 10 kawan lain pernah kena la.. kawan kepada bekas kawan kepada kawan sipolan pernah cerita la... Tapi yang mengaku & mendakwa di cabul cuma sorang tapi bila timbul isu ni banyak pulak pengakuan yang tak berbukti & sahih di sebarkan.

Aku tak kata Prof ni bersalah atau tak bersalah ok. Aku sendiri pun tak tahu cerita sebenar cuma tu la kan... macam aku cerita kat atas, bila tersebarnya satu perkara mengaibkan seseorang akan muncul la statement yang mengiyakan perbuatan tersebut biarpun pengalaman yang depa dengar dari mulut orang lain bukan depa sendiri yang kena.

Ini pulak antara luahan hati Prof Izzi bagi menjawab semua tuduhan pada dia...

 Sumber dari Fanpage Proff Izzi

Setakat ni hanya orang2 berkenaan & Allah sahaja yang tahu siapa betul siapa salah, so kita tak payah jadi pinggan tambah. Percaya & yakin kebenaran takkan pernah berubah atau boleh di ubah walau cuba di betulkan sekalipun. Yakinlah Allah bersama orang2 yang benar. Statement ni tak semestinya aku kata prof izzi tak bersalah atau budak perempuan tu tak bersalah. Aku cakap untuk siapa yang tak bersalah sebab aku tak tau sapa yang salah & tak jadi aku tulis secara rambang je. Hope takde salah faham

P/S : Masuk hari ke 34 Pesawat MH370 bersama anak kapal & penumpang hilang tanpa ada tanda samada terhempas atau di rampas atau apa2. Yang masih ada cuma spekulasi & teori.. Doakan untuk mereka moga Allah membuka jalan & kebenaran. Moga dalam apa juga tanda, mereka dapat di jumpai.

6 comments:

  1. tunggu dan lihat sajalah siapa yang salah..

    ReplyDelete
  2. haah.. dan dan ramai kena cabul.. yang aku pelik sekali kan.. kalau betul la..maruah vs gred.. ramai pompuan pilih gred.. takut fail, sanggup biar kena raba..

    apa jenis kegilaan agaknya..

    ReplyDelete
  3. nth nya....tgk jelh kesudahan mcm mn.

    ReplyDelete
  4. kita yang x tahu ni baik diam je kan. Jangan memandai2 nanti lain pulak jadinya.

    ReplyDelete
  5. salam mami lala..
    huhu..p tgk komen2 kat pesbuk dia.. kesian prof.. tohmahan yg jijik keluar dari umat islam..
    semoga kes cpt selesai dan tahu sapa yg bersalah.

    ReplyDelete
  6. eh apa kes pula ni, baru tahu bila ke sini
    teringat cerita nabi yusof pula bila baca ni =)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!