PAWAGAM GSC MID VALLEY ADA TIKUS SEHINGGA PENONTON CEDERA DI GIGIT

5.4.14 Suria Lekatlekit 6 Comments

Ni tahap kebersihan agak kurang memuaskan la ni sehingga mengundang para tikus untuk sama mengunyah sambil menonton dalam pawagam GSC. Tapi malangnya terkunyah jari kaki penonton... Bila dah jari kaki penonton jadi popcorn tikus, maka jadi isu hangat la.

Aduhai GSC Mid Valley bukan GSC kawasan luar bandar atau kat pekan2 kecil... kawasan bandar tu. tetiba ada tikus dalam pawagam yang datang menggigit jari kaki salah seorang penonton sehingga menyebabkan kecedaraan & terpaksa menerima rawatan di hospital memang gempak la. Kalau kawasan luar bandar & pekan kecil pun tak seharusnya berlaku kes2 macam ni jugak kan.. apatah lagi di bandar besar.


Zaman semua boleh share hanya dengan satu clik ni, memang malang la bagi mana2 pihak yang mengabaikan kebersihan di premis mereka lebih2 lagi syarikat besar macam GSC ni. Kes2 macam ni boleh mencalarkan reputasi syarikat dorang jugak. Bagi typical wanita yang memang geli dengan tikus ni... Mungkin cerita ni membuatkan dorang rasa was was untuk pilih GSC nak tengok wayang lepas ni. Kalau depa masuk jugak mesti terbayang2 tikus kat bawah kaki even takde pun pasti imaginasi mereka di hantui tikus gigit kaki.

 Sumber Astroawani

Hope GSC lebih peka soal kebersihan la lepas ni. Yelah... tempat2 gelap macam tu, nak2 lagi orang sambil menonton makan popcorn la.. sandwich la.. burger bagai.. sisa2 makanan yang jatuh tu kalau tak di bersihkan memang la seolah2 bagi tiket kat tikus2 datang.

Hope kejadian yang sama tak berlaku lagi di pawagam GSC atau mana2 pawagam yang ada kat Malaysia ni. Risau jugak.. tetiba nasib den pulak kena gigit dengan tikus, trauma tak tengok wayang gamaknya. kekekekeke

P/S : Mh370 dah masuk hari ke 29 hilang. Masih tiada petunjuk. Sungguh misteri. Jangan berhenti berdoa untuk mereka, Semoga Allah tunjukkan jalan & kebenaran apa yang berlaku pada pesawat MH370

6 comments:

  1. maybe cik siti tu datang sbb sisa2 mknn tk dibersih dgn betol..sisa2 mknn terlekat kt celah2 seat, celah karpet kan.. hadoi, ngeri je kalu kena gigit cmtuh...

    ReplyDelete
  2. Memang la. Duh. You don't have to be a rocket scientist to figure that out.

    ReplyDelete
  3. takut lak nak g tgk wayang lepas ni kan..huhu..xpasal2 je kena gigit dengan tikus~

    ReplyDelete
  4. salam mami lala..

    Cma selalu pegi gsc mid tgk wayam.. huhuhu..horor kalu begini..

    ReplyDelete
  5. kena gigit tikus sampai berdarah?
    tikus ke apa tu, pelik ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik yana yani.. hamster yang besar ibu jari tu pun gigit berdarah,inikan pula tikus. jenis tikus lorong tu besar2... tak tau la spesis tikus apa dalam pawagam tu. kekekeke

      Delete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!