PESANAN BUAT BLOGGER KALAU AMBIL GAMBAR ORANG JANGAN LETAK WATERMARK SENDIRI

4/10/2014 04:08:00 PM suria lekatlekit 20 Comments

Walaupun benda ni remeh tapi kesan pada blog kecil kecilan macam I ni besar jugak. Yelah.. kita buat kerja.. alih2 orang lain dapat nama & hasilnya. I ni bukan la kedekut sangat.. Ambik je la apapun dari blog I. Tapi bagi la sedikit upah. Bukan kena bayar dengan duit.. Letak la backlink blog I ni.. Sama2 merasa la kan. Yang buat kerja merasa yang malas pun dapat.

Alkisahnya... Bukan la nak memburukkan sapa2. Yelah.. bila terbaca satu entri kat satu blog ni.. eh.. eh.. ni tak silap gambar yang aku printscreen & attach dalam entri aku tadi. Hati senyum la bila tengok ada link credit untuk ke sumber asal. Bangga dengan hidung kembang kempis aku clik.. Ingat blog aku la kan... Rupa rupanya.. Blog yang agak pemes lain yang dapat backlink sebab blog yang aku baca tu ambil sumber dari blog tu bila aku clik blog tu amboi siap watermark blog dia lagi.

Gambar ni di culik dari entri den yang ni >> Prof Izzi << den yakin la gambar tu den punya kalau den yang printscreen crop & save untuk jadikan sumber kat blog ni. Mustahil la time printscreen tu sama kalau gambar sama pun, kan??

Alahai dik.. tak elok tau buat macam tu. Ingat senang ke akak nak baca satu persatu komen yang beratus untuk dapat 1 komen yang menjadi sumber cerita tu. Kau malas.. kau main curi siap letak label jenama kau. Tak elok la macam tu. even perkara ni nampak macam remeh tapi soal kerja orang lain jangan pandang remeh. Akak pun ambil dari sumber orang lain akak mention tau.

Jadi pada semua blogger.. Hope berblog la secara berhemah. Jangan curi hasil kerja orang macam tu je. Tak minta izin pun takpe.. Tapi link kan balik ke sumber asal. Bukan susah. Orang yang tengok pun tak kecik hati sangat. Blogger kecil kecilan pun ada perasaan jugak tau!!

Ini sekadar teguran & peringatan buat kita semua.. Tak berniat nak jatuhkan mana2 pihak. Peace!

P/S : Jadikan pengajaran.. apa juga hasil kerja sendiri nak attach kat blog sila buat watermark supaya tak berlaku kejadian macam ni.
P/S : Pemilik blog ni dah minta maaf, so sejuk hati akak dik. Tapi entri ni tak di padamkan sebab entri ni sebagai pengajaran & peringatan pada orang lain.

20 comments:

  1. hehehe dia ingat sis xtahu tu..ish3..xptt

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau Allah nak bagitau tahu.. sekejab jer kekekeke

      Delete
  2. huh... ni sejenis lagi.. hari mencilok ke hari ni... hahaha...

    ReplyDelete
  3. bukan aku kan walaupun aku rembat gambar ang hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. rembat jer takpe.. ni siap watermark. kesian den baca beratus2 komen tau nak jumpa komen berkualiti untuk jadikan cerita. kekekekeke

      Delete
  4. wah kalu kena kat zura pun hangen...susah payah kita google sana sini carik info, dia yg dpt nama yer....bkn niat kedekut tk mo share ilmu tp at least give some credit la kan...ngok !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun bukan hangin sangat cuma tacing je lebih.. hahahaha.. nak rembat pun rembat la.. taknak bg backlink pun takpe la.. tp siap watermark. menangis mak.. nak! kekekeke

      Delete
  5. bukan senang nak senang bukan senang nak jadi blogger ..betul x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde kerja senang dalam dunia ni selagi ia bernama kerja.. kan?? melainkan tak kerja dapat hasil jer memang tu senang lenang namanya. kekekeke

      Delete
  6. Saya pernah bangkitkan akan hal ni dalam blog saya, tapi kebanyakan blogger buat tak tahu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab saya kebanyakkan mesti ada link ke sumber asal.. Kita ambil hasil kerja orang kita kena la bayar sikit walau bukan dengan duit. even kebanyakkan saya jadikan bukti cerita bukan copy paste semata2.. tetap sy bagi backlink sebab dia pencetus pada cerita saya

      Delete
  7. la..teringat kat satu blog ni..blog bukan calang2 la.tapi haprak..akak pernah crop gambar artis kat IG.kita yang crop kita tau la gambar tu cemana kan..boleh dia ambik gambar tu tulis cerita yang sama dengan akak.tak de la nak bagi kredit ke apa.ye la.tu gambar orang tapi akak yang crop dan tulis citer pasal tajuk tu.apa lah salahnya dia bagi sumber.bukan cerita tengah panas pun sampai nak tulis benda sama.kan??geram je rasa..

    ReplyDelete
  8. hm.. panas jgk isu ni. kalau ambil tak letak watermark blog dia boleh tahan lagi. ni dah siap letak watermark nak claim itu dia punya plak kan.. ish3. lagi 1 tak berkenan jenis orang blogging nak senang, kopi paste je post dari blog orang lain. Kalau tak tau nak post apa. bek diam. :( anyway.. bagus jgak apa yang akak buat ni. jadi pengajaran kat orang lain

    ReplyDelete
  9. betul tu.. sy x pernah kena tapi faham perasaan bila kena tu macam mana. Nasib baik dia mintak maaf

    ReplyDelete
  10. nampaknya akak kena letak watermark beso2..hehe

    ReplyDelete
  11. ehem2...panas2!! hihi...yela kan..sepatutnya dia kena mention nama akak...kalo tak mention pun,janganlah nak siap berwatermark bagai..Bengang jgk kalau macam ni....mungkin dia ingat akak tak perasan kot...

    ReplyDelete
  12. Salam Mami Lala..

    HUHU..pencolik gambar.. nasib baik sidia dah minta maaf.
    tak elok ciplak org punye..dan lebih parah lagi letak w/mark sendiri

    ReplyDelete
  13. anak kak liza ada juga copy entry orang lain tapi tak letak link... so kak liza dah tegur supaya letak link. tak habis buat lagi tu. tapi logiklah jugak anak tu baru form 2, tak faham tentang apa itu plagiat. dia nak info tu ada dlm blog dia utk mudah dia baca semula. betul tu...susah payah orang lain cari maklumat, kita yg copy kenalah hargai dgn bagi link semula.

    ReplyDelete
  14. mula-mula dalam dunia blogger tak tahu
    lama-lama tahu dah pasal ni, so memang ambil berat
    takut juga kena saman...hehe

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com