SERUNDING AYAM HASIL BAHAN KITAR SEMULA

1.4.14 Suria Lekatlekit 3 Comments

Ada ke orang buat serunding ayam dengan bahan kitar semula? Dia kitar semula bahan apa jadi serunding ni? Biar betul... Betul la tu? Serunding ni di hasilkan dari bahan kitar semula. Tak caya jom baca entri ni

Hamboi tajuk tak hengat punya hot & spicy. Sudah sudah la sang lekit mengkontroversikan tajuk entri kau tu, apa kata kau cerita je kisah benar.

Takde apa sebenarnya.. sesaja hari ni nak buat entri santai sikit. Asyik entri panas2 jer orang pun terbakar je kan baca. Al kisahnya pasal lebihan masak lemak cili padi ayam yang dah 2 hari terperap dalam peti ais. Nak makan pun rasa dah takde selera. Nak buang sayang pulak. Benda tu dok elok lagi. So, tak tau nak buat apa maka tambah kerisik goreng sampai kering jadilah serunding. Aku pun sebenarnya tak pernah seumur hidup masak serunding.. main belasah jer tak refer pun resepi kat google tapi maybe tangan seorang Mak ni ada magic kot. hahahahaha menjadi pulak serunding. Even nak kata sedap hingga menjilat pinggan takde la tapi rasa serunding tu tak lari jauh sangat la. Lidah aku dah rasa sedap. Tunggu lidah laki aku pulak nanti dia nak cakap apa.

Sejak jadi bini & mak orang ni memang otak agak kreatif bila berhadapan dengan baki makanan yang tak abis. tak tau la kenapa.. Maybe sebab naluri keibuan tu kot. Hahahahaha.. So, pada mereka yang macam aku masih merangkak2 belajar memasak makanan berat sikit boleh la cuba kalau ada ayam masak lemak cili api yang tak abis. Tak susah & tak payah resepi.. carikkan ayam... tambah kerisik. Goreng sampai kering. Siaplah serunding kitar semula. Selamat mencuba

Hasil kerja tangan ku

P/S : Dah dekat sebulan Mh370 tiada khabar. Jangankan bangkai pesawat serpihan pun tak jumpa. Untung nasib mereka yang dalam pesawat tu masih belum pasti statusnya walau PM dah umumkan pesawat MH370 berakhir di lautan hindi namun sehingga kini tiada petunjuk yang mengatakan ia terhempas. Marilah kita sama2 berdoa agar Allah bukakan jalan & laluan untuk para penyelamatan menjejaki mereka tak kira hidup atau mati agar berakhir semua spekulasi, fitnah & tuduhan. Doakan yang terbaik untuk mereka kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya

3 comments:

  1. nampak sedap
    saya pun tak pernah masak tapi memang jadi isteri dengan mak ni
    automatik bab makanan ni jadi kreatif ye

    ReplyDelete
  2. Salam Mami Lala..
    hehe.. kretip2.. asalkan masih elok, blh jer kreatifkan masakan.. :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!