TAK SALAH PILIH SUAMI ORANG CUMA PERLU FIKIR 5 PERKARA NI DULU

30.4.14 Suria Lekatlekit 11 Comments

 Ramai gadis-gadis sekarang nampaknya mula selesa memilih suami orang sebagai pasangan hidup. Tak tau la sebab apa.. maybe laki orang ni pandai ngorat kot. Yelah.. berpengalaman handle perempuan bernama isteri ni dia punya skill power sikit la pada lelaki bujang. Maybe la kot.

Orang kata cinta tak boleh paksa.. tapi kena ingat cinta tu kita yang pupuk sehingga ia bercampah menjadi taman astakona. Bukan salah cinta atau salah takdir yer.. kalau pun lahir perasaan tu tapi kita tak membaja atau melayan mustahil la mampu pergi jauh.. Yelah.. yelah.. jodoh tu rahsia Allah. korang nak guna alasan tu kan? Ye betul jodoh tu Allah dah tetapkan..  Tapi sebelum korang rasa itu memang jodoh korang bersama suami orang apa kata korang try renung renungkan ala2 Prof Izzi 5 perkara ni sebelum ambil keputusan menjadi orang kedua atau ketiga dalam rumahtangga orang lain.

1. mampu ke dia menyara korang & bakal anak2 korang nanti
2. mampu ke korang terima orang ketiga atau keempat selepas korang kalaupun korang sanggup jadi orang kedua di hati & hidupnya. Tak mustahil boleh berlaku
3. sanggup ke korang kena hina,caci,maki seperti yang berlaku pada mana2 perempuan yang rampas @ tumpang laki orang untuk jadi bini nombor 2 contoh bini asyraff muslim, wan sakinah & Hanez suraya. Bayangkan korang kat tempat dia. Even korang bukan publick figure pun ingat mulut masyarakat ni tak kira korang sapa.
4. Masa bersama korang sangat terhad.. maybe ada hari2 istimewa macam hari raya mungkin dia tak beraya dengan korang.
5. Segala benda milik suami perlu di kongsi.. 

Apakah korang mampu terima semua ni? Atau jangan nanti ambil pisau kelar tangan pulak.. Fikir baik2 ia tak semudah kata2 bila kita nak lakukan. Sebagai seorang bini orang.. Aku memang tak sanggup nak hadapi 5 perkara ni. Setiap hari aku tunggu je laki aku balik kerja, gamaknya macam mana perasaan bini orang yang berkongsi suami kena tunggu giliran tu yer.

P/S : Kalau seorang lelaki yang betul2 layak mengamalkan poligami nescaya tiada isteri yang akan rasa kurang atau lebih berbanding madu madunya. Tapi.. kalau laki orang yang korang pilih setakat nak bawak korang lari kawen kat siam atau kalau bini tahu pun sebab kantoi.. dah nampak sangat kegagalan dia untuk menjadi pemimpin yang baik. Nak terus terang dengan bini pun tak berani macam mana dia nak jadi perisai korang bila korang terpaksa berdepan dengan dugaan yang lebih besar dari tu. So, sekali lagi renung renungkan ala2 prof Izzi & selamat berfikir sedalam mana cinta mu, Safura. kekekekeke

**Hari ke 54 masih tiada apa2 petunjuk atau pentanda tentang MH370. Misteri sungguh kehilangan ini. Tak terjangkau akal nak fikir apa yang berlaku. Banyak teori & spekulasi tiada satupun dapat memberi jawapan tepat. Hanya Allah yang tahu maka kepada Allah juga kita memohon pertolonga  moga Allah membuka jalan untuk para penyelamat menemui apa2 bukti tentang mereka**

11 comments:

  1. saya selaluuuuuu teringat dan akan terus ingat skrip dlm filem Ayat Ayat Cinta "isteri seorang pun belum tentu adil, ini kan pulak dua". cuba suami2 tanya pada diri sendiri, pernah x isteri masing2 ckp mcm ni "abg x adil' ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebanyakkan yg berpoligami memang seorang yg tidak adil.. tapi bukan semua cuma lebih ramai yg x reti & x faham konsep poligami cuma tahu memadukan bini jer

      Delete
  2. SA setuju...kalau boleh elakkan la..but kalau dah tertulis jodoh memang ke situ dan memang ditakdirkan berpoligami..kena la pandai2 aturkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah.. kalau cakap pasal jodoh takde sapa boleh menghalang tapi bila bercakap soal hati sebenarnya kita yang membentuk perasaan kita & kita juga boleh mengubahnya.. kan?? kekeeke

      Delete
  3. perkahwinan ni tak semestinya sentiasa indah. :) kena sanggup bertabah dan menjadi kuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidup memang takkan hari2 kita hadapi benda yang indah bukan saja perkahwinan.. cuma entri ni menulis tentang risiko yang bakal di terima kalau kita pilih suami orang sebagai pasangan.

      Delete
  4. Isu sensetif. Pandangan akak la zaman sekarang ni lelaki pandai berpoligami tetapi jarang sangat nak pandai bertanggungjawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak.. yang ramai sekarang lelaki yang hanya reti madukan isteri tapi tak reti nak faham konsep & syarat poligami.. kekekeke

      Delete
  5. Setuju sangat-sangat. Pada saya, si suami perlu melengkapkan hak kepada isteri yang pertama terlebih dahulu sebelum bercadang menambah cawangan berdasarkan konteks kehidupan moden masa kini.

    ReplyDelete
  6. lebih baik dielakkan. Kalau dia boleh 2 kan isteri pertama dia x mustahil kita juga kan.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!