TIADA KATA SELAIN RINDU UNTUK MU.. AL FATIHAH

24.4.14 Suria Lekatlekit 4 Comments

Hari ni 24 April 2014 genaplah 4 tahun pemergian hero tercinta 7 orang perempuan. Pemergian yang memberi satu kejutan besar kepada 7 perempuan dalam hidupnya. Perginya tanpa tanda bahawa dia akan pergi buat selama lamanya... 4 tahun lalu pada tarikh ini dia melalukan rutin harianya seperti biasa dari pagi hingga ke malam..

Namun bila sampai waktunya... Takkan terlewat atau tercepat walau sesaat. Selepas selesai semua rutin & tanggungjawabnya pada hari tu, dia kembali kepada pencipta. Dia yang kami panggil Ayah.. Dia Ayah kepada 6 orang anak perempuan bersama seorang isteri.

Perasaan yang dapat ku tulis dengan kata2 cuma RINDU.. dengar ringkas dan mudah tapi berat sangat perasaan ni sejak 4 tahun lalu. Aku tak mampu untuk gambarkan segalanya tentang Ayah sebab akan datang satu perasaan RINDU yang sangat2 sakit. Andai KALAU mampu ku tukar pada kenyataan banyak KALAU yang aku ingin ia berlaku bersama Ayah.. Tapi semua ni dah tertulis. Bukan aku menyalahkan takdir cuma aku manusia.. bila datang RINDU aku akan membayangkan bermacam macam perkara kalau DIA ada.

Alfatihah untuk ayah... Semoga ayah berada bersama mereka2 yang di kasihi Allah. Semoga Ayah nyenyak tidur di alam sana. Semoga Allah ampunkan segala dosa2 Ayah. Selamanya kami cuma akan ada seorang Ayah sampai bila bila....

P/S : Lagi 4 hari aku akan menyambut hari ulangtahun perkahwinan yang ke 4.. Saat aku kehilangan seorang lelaki dalam hidup aku di hadiahkan seorang lelaki. Allah itu tidak pernah kejam. Bagi yang nak baca kisah di sebalik perkahwinan & pemergian Ayah.. boleh baca kat entri AYAH

terima kasih pada yang sudi sedekahkan alfatihah untuk arwah ayah saya

4 comments:

  1. al-fatihah untuk arwah ayah suria. aduhai..menitis air mata zura baca..zura fhm perasaan suria..sebab ayah zura pun dah tak der....... maaf la zura tk mampu nk komen byk.....sbb zura sedih....

    ReplyDelete
  2. Alfatihah buatnya moga aman sejahtera di sana. Amin

    ReplyDelete
  3. Al fatihah. dulu pernah terbaca 1 ayat " jika tidak mampu menjadi anak yang baik ketika dia hidup, jadi lah anak yang baik setelah dia pergi".

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!