AKIBAT CELUPAR DI TEMPAT BERPUAKA

2.2.15 Suria Lekatlekit 15 Comments

Orang tua2 selalu pesan.. kalau ke tempat2 yang 'keras' katanya mulut jangan celupar. Jangan nak dok buat lawak bodoh dengan makhluk ghaib.. cakap bukan2 atau cabar macam ilmu penuh di dada. Tapi budak2 sekarang ni.. apa yang orang tua2 dulu pesan depa rasa macam satu amalan @ petua kuno yang tak relevan nak ikut lagi. Maka berlaku la perkara yang menyusahkan orang lain..

Sumber google

Begitulah yang terjadi kat 3 orang budak lelaki yang konon geng puaka X menjalankan aktiviti paranormal dengan cara bertentangan dengan amalan2 yang di petuakan oleh orang dulu dulu. Tagline depa 'kasi redah'.. Akibat celupar sangat mempertikaikan kewujudan makhluk halus kat salah satu balai polis terbiar membawa padah. Nak tau padah apa depa dapat kena tengok sendiri filem seram terbaru bertajuk Puaka Balai Gombak yang dah pun start tayangan pada 29 Januari 2015.

Sumber google

Cerita ni katanya berkonsepkan Mockumentari yang di lakokan semula oleh pelakon2 baru. Alah cerita ala2 highland tower la.. kekonon pergi buat aktiviti paranormal dengan cara rakaman tu seolah2 rakaman real & life yang takde suntingan atau editing. Takde action & cut la.. lebih kurang camtu la konsep filem ni. Aku baca review kat SINAR HARIAN katanya filem ni.. ok ok.. jer. Kira ok la tu.. Boleh jugak la try tengok. ye dak? Kalau tak tengok tak boleh komen best ke tak.
Puaka Balai Gombak

PENGARAH : Wan Mohd Hafiz Wan Hussein.
PELAKON : Hazwan As’ari, Shukri Mohd Tahir & Farhaziq.
GENRE : Seram
DURASI : 1jam 18minit
KLASIFIKASI : P13
TAYANGAN : 29 Jan 2015
Ok.. selain Villa Nabila.. filem ni terlist untuk koleksi DVD. Lambat atau cepat je. Misi memburu hantu akan di teruskan.

15 comments:

  1. Akak kuirang gemar filem macam ni..macam boring je..sakit mata pun ye..ehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg boring... Asik maki hamun je.. Perkataan sial sial ..aje yg skit2 kuar dr mulut puakax ni...

      Delete
  2. Sudah lama tidak menonton filem genre seram ini.

    ReplyDelete
  3. tak minat tgk sbb mlm kang tak leh nak tido... hihi

    ReplyDelete
  4. Suria pi tengok dulu eh lepas tu buat review kat sini. Nanti akak tolong baca dan komen apa patut. Akak ni bab tengok filem Melayu (over perasan) memang jarang sangat. Maklumlah minah saleh terlebih celup clorox katanya ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengantuk tgk cite ni...

      Delete
  5. Macam best tapi kena tengok ramai2. Tengok sorang2 takut. Hahaha

    ReplyDelete
  6. dah tgok..terbaik..kene tgok sorang2 baru feel..seram boley tahan..

    ReplyDelete
  7. sy nak tau ape yg terjadi kepada mereka btl ataupun x..
    samaada mereka hidup atau mati

    ReplyDelete
  8. mcm sial jer crita ni..apalagi prangai budak2 tu..meluat aku tengok..over sangat.. aku tak tengok smpai habis..terus belah..!!!!

    ReplyDelete
  9. Naik menyampah kerna sikap ego x kena tempat....bukan seram tapi marah sebab langsi sgt...jgn over kalau dah kena..baru tau

    ReplyDelete
  10. Menyampah dan geram sebab ego x kena tempat..belum kena belum tahu

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com