AKU CUMA BLOGGER KECIL

2/17/2015 07:59:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

Aku cuma blogger kecil.. Aku menulis blog bukan kerana Nama sangat.. tapi sememangnya aku suka menulis sejak dari sebelum wujudnya blog lagi. Aku menulis & aku suka ada yang membaca sebab tu aku pilih menjadi blogger sebab blogger jer tak perlu qualification macam nak jadi penulis buku, majalah, akhbar bagai kan.. Kalau aku ada bakat menulis lain.. dah lama aku apply jadikan kerjaya.

Sumber google

Aku cuma blogger kecil.. bukan kecil pada jumlah tahun menulis blog.. cuma kecil sebab aku belum tahap berjaya dalam dunia blog ni. Aku takde populariti.. Tapi aku ada prinsip diri. Takkan hidup hujung telunjuk sesiapa kecuali pada mereka yang di wajibkan pada aku taat atau menjilat tapak kaki orang lain untuk mendapat kelebihan.

Aku cuma blogger kecil.. Mempertikai blogger besar aku tahu sengaja mencari nahas tapi aku memandang semua orang pun manusia, dah pasti ada jugak silap sana sini termasuk aku. Aku tahu ramai yang akan menunding salah aku bila memperkatakan tentang blogger besar.. sedangkan bila blogger besar berkata sesuatu tentang aku atau orang lain, yang menegur itu tak menegah malah menyokong. Dan aku faham dunia blog & alam maya kau akan jadi betul bila kau berpengaruh. Sama macam politik kat Malaysia.. Kau boleh mengadakan pesalah untuk tutup salah selagi kau masih ada kuasa & pengaruh.

Aku cuma blogger kecil.. Sudah semestinya aku tak mampu raih sokongan yang besar salah atau betulnya aku. Tak mengapa tu cuma nilaian manusia.. Aku tak mampu memberi kamu JOB BESAR.. jadi untuk apa kamu menyokong aku yang tak memberi hasil.. Aku sedar aku cuma blogger kecil jadi aku tak pernah berharap pun sokongan besar dari sesiapa.. cukuplah sebilangan kecil yang sudi menyokong aku selama ni sebab aku sedar aku cuma blogger kecil yang tak mampu memberi ganjaran pada setiap yang menyokong aku jadi mustahil aku mampu mendapat sokongan besar.

Aku bersyukur kerana menjadi blogger kecil.. sebab Allah tak uji aku dengan menjadi Riak & sombong pada kemahsyuran. Allah sentiasa menghantar orang2 untuk mengkritik kesalahan aku supaya aku tahu & nampak kesilapan diri aku. Tak mengapalah sekadar menjadi blogger kecil.. Ujian pada aku juga kecil berbanding yang BESAR...

Dalam hidup kita penuh politik.. Yang di bawah nak hidup senang kena pandai mengampu.. Yang tak reti mengampu duduk la kau merempat di situ. Kau tak boleh jujur sangat.. Kalau kau nak berada di kalangan orang2 yang kononnya hebat. Kau kena pandai membodek kalau kau nak banyak duit. Tapi aku tak kisah... Biar kecil aku disini.. namun prinsip diri teguh disisi.

walau kecil.. aku akan terus jadi blogger sehingga aku masih mampu menulis blog.
 

11 comments:

  1. inilah nasib blogger2 kecil seperti kita, hari tu dah pernah kena juga tapi bukan dengan blogger besar tapi dengan portal gergasi.

    ReplyDelete
  2. keep blogging sis..dugaan dalam dunia tak akan habisnya.. kathy lagi blogger kecil berbanding sis..

    ReplyDelete
  3. Best gilerr entri ni. Selama ni saya nak sangat jadi blogger terkenal tapi bila baca kak suria punya entri ni saya tukar fikiran pula. Biarlah kita jadi blogger kecil.asalkan kita ada prinsip yang perlu kita pertahankan.

    ReplyDelete
  4. Thumbs up untuk entri ni. Kadang2 bila dah jadi blogger besar, sifat riak tu wujud tanpa disedari. Tidak bimbang untuk nyatakan pendapat kerana pasti akan mendapat sokongan dari pengikut yg ramai. Blogger kecilan kadang2 bila bercakap lebih akan dikecam. Tapi tak semua blogger besar begitu kan .... sekadar bagi pandangan, tak ada kaitan dengan sesiapa pun :)

    ReplyDelete
  5. kalau jadi blogger besar jd lupa daratan tak bgus juga...jadi je diri kita sndiri

    ReplyDelete
  6. yang penting kita tahu apa yang kita buat :)

    saya tag anda di http://memburucintamu.blogspot.com/2015/02/liebster-award-3.html :)

    ReplyDelete
  7. Nasib membelenggu blogger picisan.... takpe kak suria, masih ramai lagi yang menyokong di belakang kau kak....

    ReplyDelete
  8. Hai, dah kenapa ni? Sayu je hati membaca... macam tak sesuailah Suria nak merintih, awakkan geng hantu *_* Biarlah apa orang nak kata. Bukan boleh tutup mulut mereka. Kalau nak sebahagian orang sukakan cara kita, kita kenalah korbankan prinsip kalau ada... Orang kalau ada nama, memang semua nak datang melutut, mengampu. Tak kenal pun jadi kenal. Kalau blogger famous tu, cerita apa pun semua orang baca walaupun bodoh-bodoh alang juga ceritanya sama macam kita yang sebesar bakteria E.Coli nih....

    Yang penting bila kita menulis, ada orang membaca. Banyak ke sikit ke, tak penting. Itu pun kadang-kala dah buat orang happykan dapat baca celoteh kita.

    ReplyDelete
  9. hmm...sedih nasib blogger kecil macam kita ye =(

    ReplyDelete
  10. Buat apa kita rasa betul, apa kita suka, apa kita minat. Sekali benda kita buat tu tak menyusahkan orang, just keep doing it. Usah fikir apa orang kata. Hehehehe. akhirnya komen jugak kat sini. biasa jadi silent reader je :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com