AKU NAK BONGKAR RAHSIA TENTANG BIO ESSENCE SUNSCREEN MOISTURIZING CREAM

2/22/2015 11:13:00 AM suria lekatlekit 10 Comments

Aku ni memang jenis transparent kata Sis Kathy.. Kalau nak cakap apa tu direct to the point jer. Takde simpan2 dah. Tu yang sampai kena ugut saman dengan blogger popular tu.. Ops! Ni tak tau Bio essence saman aku ke atau dia nak sponsor produk depa seumur hidup kat aku.. Apapun tindakkan bio essence selepas ni aku tak peduli.. aku tetap nak bongkar rahsia ni untuk kebaikkan semua katanya


Dah sebulan rasanya aku guna Bio essence sunscreen moisturizing cream. Dalam sebulan aku guna akhirnya aku temui sesuatu dalam produk tu. Sesuatu yang aku nak cakap "Wow!"
Bila first time aku tenyeh Bio essence sunscreen moisturizing cream ni.. bila panas atau berpeluh tak buatkan kulit kita jadi berminyak atau berkilat. selain tak buat kulit muka kita kena sunburn. Kalau peluh just muka kita rasa basah dengan peluh jer.. Pegang pun tak rasa berminyak. Kalau dulu kulit muka aku kalau kena panas atau berpeluh.. Rasanya boleh buat minyak dagu. Mengalahkan minyak masak seri murni berminyaknya.

Sejak aku guna bio essence sunscreen moisturizing cream ni.. memang aku tak guna lagi foundation. Just sapu cream ni sebelum make up.. lepas tu aku guna concealer untuk tutup parut jerawat yang dalam proses nak ghaib ni sapu bedak ronasutra lepas tu baru conteng2 muka dengan pelbagai warna katanya..

cream ni bila kita sapu akan buat kulit kita jadi cerah sikit even dia takde warna sebenarnya. Cream dia warna putih susu jer.. Bila sapu dia meresap terus ke dalam kulit takde melekat lekit macam blog aku ni. Bila pakai sebelum pakai bedak.. terutama bedak jenis serbuk (powder) yang macam aku guna.. memang elok sangat. Jadi sekata takde bertompok2 taik unta. Dan bedak pun tak mudah cair & tahan lama. tak payah topup2 bedak dah. Selagi tak cuci selagi tu berbedak la muka katanya.

So, mana2 yang jenis kulit berminyak tu elok jugak pakai. Yang kulit normal pun boleh pakai. Di samping tu dia ada perlindungan uv spf 56. Kulit pun terpelihara dari tumbuhan jerawat liar. Harga tak mahal sangat aku beli dalam RM20++ jer. Kandungan dia 40gm tapi jenis aku pakai seminggu dua tiga kali bila keluar ni rasanya 3 bulan kot baru abis. Bukan tempek banyak2 macam bedak sejuk tu.. sekadar bagi perlindungan kat muka kita & sapu rata je kat muka. Tak susah nak beli kat supermarket, guardian,watson banyak jual.

10 comments:

  1. Hehehhehe.. Ada jugak nama ku di sini..i like.. Eh,ok jugak produk ni yer? Muka kathy mmg jenis berminyak pun,dan cepat betul surnburn..ni dah kira sunblock gak ni. Nak cari jugak..tqvm sis..

    ReplyDelete
  2. Cam bagus jer produk ni yer..thanks for sharing...;)

    ReplyDelete
  3. Jemput jwb soalan kalau sudi, awk terpilih :)
    http://primrosebunga.blogspot.com/2015/02/liebster-award.html

    ReplyDelete
  4. Excited pulak baca ni. Haritu memang rasa nak beli, tapi teragak2 sebab org sekeliling tak pernah pakai bio essence ni. PAsni nak try jugak la. Tenkiu... :>

    ReplyDelete
  5. Assalamualakum kak, sya nak tanya. klu moisturizer ni pkai malam bole tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni sesuai pakai masa siang atau nak buat aktiviti luar. Kalau malam rekemen guna bio essence Aqua moisturizer..

      Delete
  6. im using this currently. best weh. haha agreed dengan opinion.

    ReplyDelete
  7. im using bio essence dah bertahun lamanya, memang suka sangat sebab ringan saja dan ramai yg ingat saya guna produk antarabangsa yang mahal walhal produk ni saja, harga mampu milikla utk yg bekerja biasa2 macam saya ni, ramai yg follow saya guna harap oklah utk mereka.

    ReplyDelete
  8. Saya pun bru nk cuba..harap oklahh..tngk komen pun mcm menarik jee semuaa..mst berkesan punya🤗tq for sharing..

    ReplyDelete
  9. Saya pun bru nk cuba..tngk komen menarik jee..harap2 oklahh..tq for sharing��

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com