BAHAYA GUNA MASKARA & EYELINER LEBIH DARI 4 BULAN

13.2.15 Suria Lekatlekit 7 Comments

Mak Aiii... maknanya setiap 4 bulan kena tukar maskara & eyeliner yang jenis gel tu la yer.  Macam aku surirumah ni.. seminggu sekali dua jer tenyeh menatang tu semua kadang2 setahun baru habis.. kadang lebih setahun tapi mujur eyeliner aku pakai jenis pensil kayu kena asah tu sebab aku tak reti pakai yang jenis gel.

Sumber google. Sekadar hiasan

Aku terbaca kat Ladylista katanya Jangka hayat Maskara & eyeliner jenis gel tu sebenarnya 4 bulan je selepas di buka.  Sebab tak puas hati aku google la info pasal tu. Yang aku jumpa adalah.. betul la apa yang tertulis di artikel Ladylista tu.. Tapi boleh di pakai paling lama enam bulan & bahaya pakai Maskara & eyeliner gel tu lebih dari setahun boleh menyebabkan buta. Telan air liur sekejab...

Kalau macam ni bertambah la budget untuk makeup.. ke nak tukar dengan water color atau color pensil jer murah sikit katanya. Sama jugak la kan effect kat kulit hahahahaha... Tapi aku percaya ramai yang guna maskara & eyeliner gel tu lebih dari 4 bulan kan? Yelah... baru guna tak sampai separuh dah nak kena buang.. Berhujan airmata jugak la kan. Bukan jer bini nangis.. laki lagi kuat kot nangis nya. kekekeke

Tapi kalau simpan elok.. tak masuk angin.. tak terdedah dengan habuk & kotoran ok je kot... hahahaha nak jugak kata boleh tu. Nampak sangat tak boleh terima hakikat, kan?

7 comments:

  1. hehehe...akk rasa akk punya habis cepat.xsampai 4 bulan kot...hehehehe

    ReplyDelete
  2. biasanya 2-3bulan ngam2 soi hehehhehe
    tapi tak suka pakai yg gel..akak pakai crayon eyeliner, maskara waterproof

    ReplyDelete
  3. tau x pe . lagi lagi orang yg jarang mekap mcm saya nie

    ReplyDelete
  4. Tu lah kan.. kalau beli dekat setahun pun tak habis habis.. yg cepat habis bedak je heheheh

    ReplyDelete
  5. Ye ker......walaupun okje jarang sangat guna benda alah tu tp kesianlah kat mereka yg pakai tu....mcm membazir pulak ek

    ReplyDelete
  6. Akak pun tak boleh terima hakikat yang jangkahayat maskara dan eyeliner cuma 4 bulan jerk. Akak selalu jer memanjangkan jangkahayat produk dalam simpanan akak tu kadangkala sampai 2 tahun. Keh3x. Yalah, pakainya sikit jer mana nak habis! Sayang tau kalau main buang-buang. Kalau main simpan-simpan takpalah....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com