BERKAWAN DENGAN HANTU

9.2.15 Suria Lekatlekit 8 Comments

Wah.. boleh berkawan dengan hantu tu kira rare jugak la kan. Bukan calang2 manusia berani atau nak berkawan dengan hantu ni. Yelah.. kalau berkawan dengan manusia asyik nak sentap je tak tentu pasal katanya baik kawan dengan hantu.. Masalahnya hantu tak reti sentap ke? Siapa kata hantu tak reti sentap....

Sumber google

Manusia kalau berpuaka memang layak berkawan dengan hantu jer.. Kawan dengan manusia kang ada yang sentap secara sengaja atau tak. Siapalah manusia yang aku maksudkan tu gamaknya yer. Almaklum la.. kekurangan diri aku ni kadang2 suka komen atau cakap terus terang jer. Bergantung pada isu atau topik.. Kalau isu tu aku sependapat mungkin sedap la apa yang aku cakap di hati orang yang dengar atau baca tapi kalau aku rasa tak setuju mungkin kelat sikit la bunyinya. Tapi konsep aku jenis cakap situ abis situ. Di sebabkan keburukkan aku nan satu tu maka aku pilih kawan dengan hantu je la.. tak payah sentap nyentap bagai kan... hahahahaha boleh gitu.

Sebab aku tak berapa yakin sangat tahap keberanian aku hingga mampu duduk semeja dengan hantu maka aku pilih layan cerita hantu je la. Episod memburu hantu semalam kat Cineleasure e@curve ok! Pembelian pertama aku kat kedai Dvd classic cawangan e@curve tu ada la 3 ekor hantu katanya.


Filem2 ni bukan filem baru sangat la...  Isolation tahun 2005, Ghost Valentine 2006 & spirit of the evil tu baru sikit la tahun lepas. Paling tak sabar nak tengok Ghost Valentine la sebab cerita hantu penanggal siam. Tapi filem ni rasanya tak seram kot sebab klasifikasi Umum jer. Apapun tak boleh nak judge kena tengok dulu. Yang lagi dua filem Englis tu.. klasifikasi dia Isolation (18SG) & Spirit of the Evil (P13). Filem baru nampaknya takde lagi yang best. Tunggu2 next2 weekend pulak kot nak memburu hantu ni. hehehehe. Harga 3 dvd Original ni cuma RM37.70. 2 filem english tu cuma RM9.90 & Ghost Valentine mahal sikit harga dia RM17.90. Sebab tu aku sanggup memburu cawangan kedai dvd classic ni bila kat selayang Mall tutup. Harga dia murah. hahahaha

Apapun Insya Allah lepas aku tengok akan ada la review kat blog aku even filem lama pun. Harus la kan review sebab ada geng2 hantu yang nak baca katanya. kekekeke

8 comments:

  1. masa tengok cete hantu ni ada tutup muka tak???

    ReplyDelete
  2. boleh buka kedai sewa dvd hantu dah ni..mesti banyak koleksi nya.hheheh

    ReplyDelete
  3. Sis..ada tak vcd atau dvd RAHSIA RUMAH TUA atau RAHSIA? Nak cari la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Misteri rumah Tua ada kat youtube saya takde koleksi dua2 filem tu sebab filem lama sangat kan

      Delete
    2. Alamak..kalau ada nak juga minta sis burn kan. Kathy bayo. Rindu nak tengok film tu balik.

      Delete
  4. haha berhantu semua ni kak oihhh!!
    i iz not so berani..hehe

    ReplyDelete
  5. Itulah Suria yang akak risau kalau tak boleh 'catch-up' dengan entri kat sini. Takut tertinggal cerita berkawan dengan hantu tu *_* Itu yang akak rajin scroll ke bawah sampai naik buntang biji mata dah ni! Yes, tak wajib tapi akak suka!

    Yang lagi dua tu dah habis tengok ke belum? Kalau cerita hantu tak sedap, awak tak pernah sentap ke? Rasa macam nak patah-patahkan je DVD seram tu.... Hahaha....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!