BILA ARTIS KATA MEMBUNUH & BERZINA LEBIH BAIK DARI FITNAH

1.2.15 Suria Lekatlekit 3 Comments

Tu orang kata tak payah tengok melodi.. sekali dengan kau tumpang sekali bergosip. Hahahaha. Nak buat camna semalam dah berjimbaraya hari ni dok umah ngadap tv je la.. Aku tengok pun gitu2 je la. Takde la kusyuk sangat. Sesambil buat benda lain.. nak2 lagi sekarang aku parking pc sebelah TV.. lagi la fokus kat TV semakin kurang katanya

Sumber google

Ok.. ok.. kena pendekkan kes yang nak di kupas kupis pasal Statement retis pompuan sorang ni. Sapa dia malas la nak sebut nama. Sapa tengok melodi dia tau la sapa.. Sapa yang terlepas buat2 tak tau sudah. Yang penting statement dia tu. Alkisahnya wartawan warrior melodi ni tanya la pasal gosip katanya dia hutang orang tak bayar.. lepas tu buat sistem barter bayar hutang. Dia bayar dengan handbag2 mahal dia. Dia menafikan la benda tu.. potpet bagai dok berhujah tetiba keluar statement.. Lebih baik membunuh & berzina dari memfitnah. Macam pelik pulak aku dengar. Hahahahaha

Mana ada berzina & membunuh tu lebih baik dari memfitnah.. semua tu kategori dosa besar jugak. Takde istilah orang berzina & membunuh tu lebih baik dari memfitnah. Aduhai.. Ayat sepatutnya dia cakap fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh & berzina. Maybe dia tersilap cakap ke hapa tak tau la.. Tapi tu la sebagai orang yang jadi perhatian ni hope susun la cakap tu elok2. Jangan sembur je.. kekekeke

Kesimpulan melodi hari ni cemuih pulak aku dengaq pengacara jemputan, dj hotfm tu sikit2 dok sindir kebot warrior. Macam la wartawan takde yang berlagak warrior. Sebelum wujud kebot.. siapa pencetus gosip & kontroversi. Tapi cuma sekarang wartawan agak ketinggalan berbanding kebot warrior sebab lebih laju dari pen & mic... hahahaha

3 comments:

  1. hahaha. . x minat gosip artis sgt. . menyampah, somtime ckp x guna otak. huhu

    ReplyDelete
  2. Ni namanya tak pandai tapi suka tunjuk pandai.

    ReplyDelete
  3. Alaa.... dah cerita tu, ceritalah sampai habis siapa artis bijak pandai berkata-kata tu :) Akak memang dah lama tak tengok Melodi. Naik bosanlah dari muda dulu dah tengok rancangan ni.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!