HARAM MASUK KE RUMAH IBADAT BAGI MERAIKAN PERAYAAN ORANG BUKAN ISLAM

6.2.15 Suria Lekatlekit 10 Comments

Zaman bebas berkata kata tanpa suara ni muncul ramai perwira & serikandi yang akan mempertikaikan bila sesuatu tu orang kata tak boleh. Macam contoh baru2 ni pasal kes Thaipussam. Ada para gegadis melayu islam berhijab dok pi memberi sokongan terhadap penganut agama hindu kat Batu Caves.. siap dok angkat poster I Love Hindu.


Aku nak cakap pasal tu aku sendiri pun tak sure samada boleh ke dok buat camtu semata mata nak bagitau penganut agama lain bahawa orang Islam menerima & menghormati agama mereka tapi kalau untuk diri aku.. Cukup la sekadar ucap... 'Happy holiday & Enjoy your festival'. Tu pun tanda kita hormati agama mereka. Tak perlu nak lebih2 sangat kot. Pasal tu korang cari la guru agama untuk merujuk ok!

Tapi aku terbaca kat portal e-fatwa.gov pasal hukum meraikan/merayakan/menyerupai perayaan agama lain ni.. Hukumnya haram. Boleh rujuk kat gambar yang aku printscreen kat portal e-fatwa ni





Sumber & artikel penuh sila baca di e-fatwa

Aku tak berapa faham sangat kenapa ada orang nak membetulkan jugak perbuatan ni dengan alasan niat sekadar untuk menghormati agama lain sedangkan banyak cara kot kita boleh tunjuk kita menghormati agama mereka. Menghormati tak semestinya kita mengiktiraf atau menerima agama mereka. Menghormati bagi aku kita tidak menegah kepercayaan mereka tapi bukan menyokong. Memang hidup berbilang kaum kat Malaysia ni kena jaga sensitiviti semua agama tapi tak perlu la sampai berlebihan nak bagitau kita suka & sayang agama orang lain, kan??

Aku pun jahil sana sini lagi.. Cuma nasihat aku kalau dah tak mau ikut pun jangan pengaruh orang lain untuk ikut cara korang yang salah. Tak perlu mempertikaikan & menegakkan benda yang salah. Jangan samakan atau membandingkan Islam dengan agama lain seolah2 korang nak cakap agama lain lebih baik dari Islam walau korang masih penganut agama Islam. Dah terang2 benda tu di fatwakan haram... Hukum tak berubah biar zaman berubah.

Sumber rujukan lain boleh juga baca kat sini >>  Muslim menghadiri perayaan non-muslim

P/S : Untuk lebih penjelasan tentang perkara ni rujuklah guru agama masing2 yer.. Entri ni sekadar info yang menjadi point untuk anda belajar.

10 comments:

  1. kesian dan nak dicakap pun rasa serba salah...

    ReplyDelete
  2. ya betul.. cukuplah sekadar kita menghormati agama dan perayaan mereka. Tak payah 'over acting', dikhuatiri perbuatan kita nanti secara tidak sedar turut mencalarkan akidah kita. Wallahuaklam

    ReplyDelete
  3. salams su,

    moga kita dijauhkan...hanya mampu melihat sahaja...

    ReplyDelete
  4. Salam.

    Bagaimana dengan saya yang merupakan saudara baru dan parents/ ahli keluarga yang masih merayakan perayaan mereka?
    Just bertanya sebab jadi sedih plak bila membaca nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rwalins GLAM saya bukan orang sepatutnya untuk awak merujuk tentang ni.. Mohon awak merujuk kepada guru2 agama sebab apa yang saya baca & belajar tak boleh menghadiri perayaan yang berkaitan dengan agama lain.. maybe awak boleh baca kat sini untuk awak lebih faham https://ustazfathulbari.wordpress.com/2012/11/07/muslim-menghadiri-perayaan-non-muslim/
      Selebihnya mohon awak merujuk kepada mana2 guru agama atau ustaz yang lebih bertauliah.

      Delete
    2. Yer betul ... Kena rujuk ustaz2 or jabatan agama dalam perkara2 cam nie ...

      Delete
  5. hurmm for me ckp la sekadar hormat jer agama org lain tak perlu smpai meraikan. .

    ReplyDelete
  6. La...sampai pi ke batu caves tu ka?/rajin sungguh..baik depa pi jenguk mak pak lagi bagus dari pi sampai ke BC tu..adoi..pelik2 la orang melayu la nih.

    ReplyDelete
  7. Nauzubillah ... Mintak dijauhkan dari kita semua ...

    ReplyDelete
  8. La ini dah kenapa? Macam orang kena sampuk je gamaknya. Ikut aje apa orang suruh buat. Ni tanda-tanda kita menghormati bangsa lain dan perayaan mereka ke? Kesiannya... takpalah moga mereka diberi petunjuk yang betul hendaknya dalam hidup sebagai seorang Muslim....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!