HIDUP TANPA LELAKI RAHSIA PANJANG UMUR

2/01/2015 10:20:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

Habis semua lepas ni perempuan yang tak kawen jadi andartu yang dah kawen jadi janda sebabnya semua nak dapat umur yang panjang katanya.. Mesti kaum lelaki pendek umur sebab susah hati semua perempuan dah tak mau hidup berpasangan.

Dari mana pulak hang dapat fakta ni cheq Ooi.. Hidup tanpa lelaki boleh panjangkan umur? Ni ha cheq terbaca kat Ladylista ni.. Pengakuan wanita tertua di scotland katanya petua dia panjang umur katanya selain makan bubur setiap hari.. dia pilih hidup tanpa hidup tanpa lelaki sebab katanya lelaki ni lebih banyak bagi masalah dari kebaikkan. Gitu pulak yer..

Wanita tertua scotland. Comel lagi ni kalau sapa2 nak buat nenek tiri.kekeke. Sumber Ladylista

Apapun petua nenek ni tak boleh di gunapakai untuk kita yang beragama Islam.. Hidup mati jodoh pertemuan semua Allah dah tulis sejak azali. Nenek tu dia rasa bahagia hidup tanpa lelaki cuma anggap benda tu effective untuk panjangkan umur dia tapi sebenarnya ajal dia je belum sampai & memang dah tertulis takde jodoh dia kat dunia kot.

Jangan ada yang ambil keputusan membujang atau menjanda pulak lepas baca artikel ladylista tu yer.. Setiap benda atau makhluk dalam dunia ni di cipta ada pasangan dia, takkan kita tak nak kot kan? kekekeke

2 comments:

  1. wah...memang comel la..

    ReplyDelete
  2. Salah satu faktorlah agaknyakan :) Maksudnya kalau hidup berteman ni memang stress memanjang kalau bertikam lidah. Terlupa pulak saat-saat indah tu macam mana! Takpalah, kalau awal-awal dulu akak baca ni haruslah akak pun nak 'hidup tanpa lelaki' pastu tersadailah kat rumah orang-orang tua :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com