HINANYA DAH KAWEN & ADA ANAK MASIH PAKAI MOTOR

2/24/2015 08:12:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Tu dia ni statement minta kena maki nampaknya? Kau kata dah insaf tak melantang lagi tapi kenapa tajuk entri kau cari gaduh sangat. Aku tetap akan melantang dalam blog selagi isu tu minta aku melantang secukup rasa. Risau di benci? Kau fikir orang yang tunjuk gud gud tu semua di sayangi semua orang ke? Jadi.. marilah kita berpegang dengan prinsip ni, Apa jer kita buat tak semua jadi betul pada semua orang, maka buatlah apa yang kita rasa betul & betulkan apa yang silap pernah kita buat. Simple kan?

Kalau depa kaya mampu beli kereta mustahil mereka nak berhimpit atas satu motor camni. sumber google

Apa yang hina sangat orang bawak motor walau dah kahwen & ada anak? Laki kau tu kaya sangat ke sebab mampu pakai kereta? Oo.. laki aku tak kaya tapi cukup la makan pakai aku & anak aku dia bagi. Tak perlu la nak jadi macam pengemis kat pejabat zakat kan? Yelah... zakat kat Malaysia ni nak bayar jer senang, kat kaki lima pun boleh bayar. kalau nak minta cukup susah. Jangan harap kau jumpa agen pemberi zakat tepi kaki lima. Naik turun tangga pejabat berbulan2 pun belum tentu dapat, katanya.  Dok baca pengalaman orang2 yang nak minta bantuan pusat zakat ni cukup menyedihkan.. Alamak tercerita pasal zakat la pulak.. Aku pun dah jadi macam mummydiarie dah. hahahahaha...

ok.. ok.. berbalik pada tajuk entr. terbaca satu post yang maybe menuju kearah jadi viral sebab statement dia 'Bijak' sangat. statement seorang adik manis yang mengutuk dalam bahasa yang agak kurang ajar pada mak bapak yang bawak baby naik motor. Katanya kalau dah miskin jangan kawen.. Kau fikir jodoh tu untuk orang2 kaya je ke? Maybe dia ni dari semasa kejadian dia dalam rahim mak dia sampai la di keluar tengok dunia memang dalam kereta je kot.. Yang paling sedih dia panggil golongan mak bapak yang tak mampu pakai kerete ni, beruk! Menusuk sehingga ke usus jugak la.. sebabnya aku dulu kecik2 pun bapak aku pakai motor je. Motor tu pun sampai sekarang ada lagi kat kampung even ayah aku dah takde. Sayang giler arwah dengan motor pertama dia tu.. Dengan motor tu la di besarkan anak2 dia sehingga ke IPT. Baru la dia merasa bawak kereta.

Yelah.. kau pantang tengok jer.. ada orang terpaksa berpantang makan sebab nak besarkan anak. Nak beli makanan pun kadang2 tak cukup apatah lagi nak pakai kereta. Even kau nak tunjuk prihatin pun kat baby tu tapi tak perlu menghina mak bapak dia seolah2 sengaja aniaya anak sendiri

Wahai adik manis.. walau pun kau tak pernah susah kau kena jugak ambil tahu kesusahan orang lain untuk kau tak jadi bengap tahap macam sekarang. Kau fikir orang nak ke hidup susah? Kalau perjalanan hidup boleh di tulis macam novel rasanya takde orang tulis kisah hidup dia susah. Sebab tu Allah uji setiap orang tak sama.. ada yang di uji dengan kekayaan macam kau.. Tapi nak buat camna kaya buat ko jadi sombong macam tu. Ada orang di uji dengan kesusahan macam kau nampak mereka2 yang bawak baby naik motor tu.. Sebab Allah nak bagi peluang kat orang2 kaya buat pahala tapi nak buat camna segelintir orang kaya bodoh macam kau dik.. bukan je tak rebut peluang buat pahala malah tunjuk bodoh dekat semua orang.

Moral of the story.. nak jadi outspoken biar bijak. Kalau macam ni punya gaya memang minta kena pijak. kekekekeke


7 comments:

  1. statement dia tu memang mintak cili. huhuhu. yt kalau jumpa yg gitu yt kesian. rs nak nangis pun ada. huhuhuhu.

    ReplyDelete
  2. dasyatnya cakap macam tu..dulu pernah sorang kawan ni cakap selagi takde kereta dia xnak kawen, takkan nak naik bus naik motor bawak anak. simpati jugak kat dia, masih belum dikurniakan anak sampai skrg. last-last suami dia beli motor utk buat g keja. mulut kita ni hati-hati lah bila bercakap. masa tu saya lah orang paling terasa. sebab kami decide nak kawen walaupun takde kereta. tak baik hina org :(

    ReplyDelete
  3. Bersyukurlah masih ada motor cabuk tu untuk berulang pergi kerja dan bawa anak pergi klinik.Kalau tak tunjukkan kebodohan usung anak naik motor, mesti anak kita mati sakit kat rumah aje.Wah...saya pun nak buat statement terbakar hidup-hidup jugak.Kita naik motor,sekurangnya tak mintak sedekah kat kotaraya, tak mencuri,tak merompak.Jangan tak solat sudah...

    ReplyDelete
  4. Terbaca juga pasal ni semalam , rasa nak cepuk cepuk je dia ni. Apa ingat semorang lahir lahir kaya cam dia. Lulssss.

    ReplyDelete
  5. kalau betul budak tu kaya cuba bersyukur sikit...org doakan la yg terbaik bila nmpk mcm tu...ni dok ckp bukan-bukan...

    ReplyDelete
  6. Ok. Sekarang dah baca entri.

    Rasanya budak ini anak orang bandar yang kaya-kaya memang tak pernah naik motor asyik dok dalam ekon kereta je. Kalau kat kampung-kamung bawak baby naik motor tu pemandangan biasa je dik oii. Soh dia buka mata sikit bila lalu2 jalan kampung jangan nak selesa sandar kat kusyen sambil pejam mata dalam ekon jerk.

    ReplyDelete
  7. Ehhh... Pelik btul ayat..anak org kaya ni..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com