KISAH SEBUAH KERUSI MENYERAMKAN DALAM KELAS

21.2.15 Suria Lekatlekit 2 Comments

Kejadian seram & mistik memang biasa kita dengar berlaku kat sekolah... Pelajar kena histeria lepas tu muncul cerita2 di sebalik kejadian histeria tu pun dah biasa. Apapun yang berlaku takde satu perkara pun tanpa sebab. semuanya sebab walau ia berkaitan dengan makhluk ghaib. Makhluk ghaib pun nak ganggu manusia bersebab.. Begitu jugak dengan sebuah kisah seram di sebuah sekolah yang berlaku di salah sebuah kelas yang ada kaitan dengan sebuah kerusi ni...

Sumber google

Alkisah sebuah sekolah ni. Dalam satu kelas.. ada satu tempat duduk yang kosong di bahagian depan & berhadapan dengan meja guru. Takde seorang pelajar pun nak duduk kat situ sehingga satu hari di arahkan guru kelas depa pada seorang pelajar untuk duduk kat tempat kosong tu. Budak tu mula2 was was jugak nak duduk.. sebab dia rasa seram seolah2 kat tempat tu ada sesuatu. Tapi sebab cikgu dia suruh.. terpaksa la duduk. Bila dia duduk di kerusi tu mula berlaku kejadian seram & menakutkan. Pelajar kerasukkan & kerusi yang dia duduk tu terapung di udara beserta angin kuat yang menerbangkan semua benda dalam kelas.

Bila jadi kejadian seram berkaitan kerusi tu.. Perkara tu di bawa kepada pengetua tapi malangnya pengetua tak percaya hal2 berkaitan mistik ni. Berbagai usaha di lakukan untuk musnahkan kerusi tu tapi sesiapa saja yang cuba musnahkan kerusi itu akan di timpa kecelakaan. Rupanya kerusi kosong itu berkaitan dengan seorang bekas pelajar sekolah tu yang hilang secara misteri 4 tahun lalu.

Selepas misteri kematian bekas pemilik kerusi kosong di kelas itu iatu seorang pelajar yang hilang 4 tahun lalu terbongkar & setelah ramai yang terkorban apabila cuba memusnahkan kerusi itu.. barulah kerusi itu berjaya di musnahkan dengan cara di bakar.

Itulah kisah dalam filem hantu bangku kosong. Aku jarang nak layan filem hantu indonesia ni tapi sebab ada yang dok hasut aku cakap best sangat maka aku pun layan jugak even tengok online jer. Bagi aku cerita dia best jugak la. ramai kata seram tapi aku ni deria rasa seram mungkin dah cacat.. so aku cuma boleh cakap best atau tak jer.. Filem ni bukan filem baru tapi sebab baru2 ni main kat astro jadi orang kembali bercakap pasal filem ni. Tak silap ni filem 2006. Apa yang penting filem ni takde unsur seks atau ganas melampau. Cerita best tapi kualiti filem tak berapa cantik so aku rasa nak cari dvd jugak buat koleksi. Tunggulah orang habis cuti CNY dulu.. baru kedai berhantu tu buka. Sekarang hantu tengah makan limau & kuih bulan katanya...

Sumber google

So, sapa nak tengok boleh google je filem hantu bangku kosong sebab kat youtube aku tak jumpa. Aku tengok kat satu site ni.. lupa pulak nak save link dia. Korang try la google sendiri.

2 comments:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!