KOMUNITI MEMECAH BELAHKAN BLOGGER

19.2.15 Suria Lekatlekit 6 Comments

Entri adalah rasa hati & pandangan aku dari apa yang berlaku pada aku, pada orang lain dalam dunia blog. Bukan berniat mengaibkan sesiapa.. Tapi semua pembaca blog ni sudah sedia maklum dengan penulisan di blog aku yang menulis pendapat aku terhadap apa saja isu. Sekiranya anda berfikiran bukan seperti penduduk hutan amazon.. anda layak membaca. Perbezaan pendapat tak menjadi masalah..

Sumber google

Sebelum ni rasanya ramai yang tahu tapi ada yang tak tahu adalah seorang ahli dari sebuah kelab blogger yang di kenali kat alam maya ni.. Nak2 lagi blogger memang tahu kelab blogger tu. Walau aku telah di keluarkan dari kelab blogger tu dengan alasan 'Stalker' even tak logik pun tapi sebenarnya aku di keluarkan sebab ada perselisihan pendapat dengan pengasas kelab blogger tu dalam satu isu semasa yang tak melibatkan kelab tu pun.. Pun macam tu aku tak nafikan faedah yang kita dapat bila menyertai kelab tu. Sebab banyak job2 untuk blog, event2 luar & boleh pergi holiday secara percuma tapi sebagai blogger 'dalam gua' katanya aku ada keterbatasan pergerakkan. So, aku cuma boleh ambil job2 review yang pihak mereka rasa bersesuaian dengan aku. ada la sumbangan untuk itu kepada aku walau bukan semua job review yang pernah aku buat datangnya dari kelab blogger tu tapi kelab blogger tu antara penyumbang rezeki2 yang pernah aku dapat dari blog ni. Terima kasih kerana sudi berkongsi rezeki dengan aku. Aku tak lupa budi dia & mereka.

Cuma bila berlaku sesuatu macam berlaku pada aku sekarang.. perselisihan pendapat yang menyebabkan aku terkeluar dari kumpulan mereka. Mula - mula aku rasa perselisihan tu antara aku dengan pengasas dia jer.. Rupanya tidak. Turut melibatkan segelintir ahli di dalam tu yang dulunya 'friends' kini 'unfriends & block'. dari situ aku melihat... komuniti blogger bukan sesuatu yang menyatu blogger tapi menyebabkan blogger jadi berpuak & berpecah belah. Selepas apa yang berlaku ramai yang pm di fb aku bercerita pengalaman mereka dengan sipolan.. dengan group sipolan..  Rupanya masalah yang aku lihat berlaku dalam kelab blogger tu dulu sememangnya memberi persepsi negatif yang sama pada orang lain selama ni. Dulu aku terikat dengan rules kelab blogger tu sampai aku tak boleh bercakap isu berpuak ni tapi sekarang aku 'independence blogger' so aku berhak memberi pendapat aku dari apa yang aku nampak sepanjang penglibatan dalam dunia blog.

Walau bukan semua mereka yang berada di bawah kelab blogger tu suka berpuak & taksub sehingga tak boleh di jentik langsung ketua mereka tapi yang segelintir itulah memberi gambaran buruk terhadap komuniti blogger yang ada. Even bukan semua komuniti blogger ada 'rules' macam kelab blogger tu tapi serius aku sekarang rasa serik untuk join mana2 komuniti blogger lagi sebab aku takut perbezaan pendapat dengan seorang buat aku di musuhi dengan ramai orang kerana ketaksuban mereka. Kalau orang tanya pasal menyesal.. sememangnya menyesal tapi pengalaman tu sebenarnya jadi guru kita di masa akan datang. Melihat independence blogger yang boleh bergaul dengan semua tak kira dari komuniti blogger mana tanpa ada masalah untuk bercakap tentang apa2 yang mereka rasa nak cakap.. Yup! aku nampak itu yang terbaik untuk aku. Sebab aku bukan jenis yang suka hidup di hujung telunjuk orang kecuali mereka2 yang di wajibkan aku taat.. dan alasan paling logik aku tak reti membodek melampau lampau. So, adalah satu kesilapan besar aku menyertai kelab blogger tu dulu. Dan sememangnya silap tu silap aku..

Pada mereka yang aktif dalam kumpulan blogger masing2.. aku tak kata tak bagus terpulang pada diri kita samada kita mampu atau tak untuk berada di situ dengan rules2 yang di tetapkan. Kalau mampu teruskan.. mungkin ada seribu kebaikkan untuk anda.. Cuma tu la bagi aku bersama kelab tu kebebasan bersuara aku sedikit terkongkong sampai buat entri nak post pun kena bagi baca dulu draft kalau berkenaan kelab mereka. Tak boleh ada unsur kritikkan langsung.. Susah jugak bagi aku yang Outspoken ni. Rasa macam bernafas tak lepas bila ada kongkongan macam tu. Jika anda pernah rasa macam aku terkongkong, jangan biar sampai ia menjadi masalah besar. Undur diri sebelum masalah muncul. sebab setiap orang ada cara tersendiri. Baik atau buruk.. tak sama penerimaannya sebab kita semua berbeza. Baik untuk kita tak semestinya baik untuk orang lain, buruk pada orang lain tak semestinya buruk pada pandangan kita.

Moral of the story jangan lawan ketua darjah sebab dalam kehidupan kita penuh politik. kekekeke.

P/S : Pendapat aku mungkin berubah di masa akan datang.. mungkin situasi, masa & cara yang mengubahnya.. jadi pendapat ini hanya valid untuk keadaan sekarang. Kalau berubah di masa akan datang tu perkara biasa. Lumrah manusia boleh berubah ubah.

*bila ramai memperkatakan tentang kelemahan yang ada dalam satu komuniti tu harap di kaji semula la.. Bukan untuk menjatuhkan tapi mungkin dengan membaikpulih kelemahan yang ada mungkin memberi kejayaan lebih besar di masa akan datang. So, tak semua kritikkan itu membunuh

Psttttttt : mesti ada yang nak kondem aku hari cuti pun bz dengan blog.. takde life.. blogger kena kongkong dengan laki tak boleh bersosial.. tak keluar rumah.. tak bergaul.. Aku kalau nak kemana2 dengan laki aku lepas update blog kejab lagi pun tup tup tetiba ada kat singapore ke kedah ke.. paling tak merayap kat KL. Planning2 ni memang takde la.. Itulah life aku.. seminit ni korang tengok aku online setengah jam lagi tetiba aku ada kat highway dah sapa tahu... Tapi bukan jenis aku update setiap minit aktiviti aku. Kadang2 aku tak cerita pun aku kemana mana.. life aku privacy aku.

6 comments:

  1. Setuju pendapant sis Suria..jadi apa adanya diri kita,usah buat sesuatu yang membuat kita seperti bernafas dlm lumpur.

    ReplyDelete
  2. Seorang pemimpin yang baik haruslah sentiasa menerima pendapat anak2 buah.... Barulah boleh dihormati... kaki kipas je ramai... hashtag sangat... :) taknak kata lelebih, nanti kena saman... All the best kak suria... kami yang lain sentiasa menyokong awak dari jauh....

    ReplyDelete
  3. Dh lama sy perati ttg ni kak.. cuma xbrani nk ckp lelebih..tp bila fkr blik,bknnya sy ahli kelab tu pun.. entahla, xfaham sy.. byk bnda gak nk komen,tp kang kena saman lak..shushah lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu takut. tulis komen kita dengan cara selamat & berfakta. Insya Allah takde point untuk dorang saman..

      Delete
  4. As long as kita pandai jaga diri,tak terlalu taksub,mengejar populariti pun dah ok. Onie cakap atas dasar apa yg onie sendiri rasa. Bab komuniti ni kita tengok siapa yg handle, kalau rasa 'kenot go' just go away.. rezeki dari Allah.

    So far, for the this time onie tak join mana2 komuniti lagi,prefer blogger persendirian .. blogging dengan cara kita ..

    ReplyDelete
  5. Belum berjumpa lagi dengsn komuniti blogger mscsm tu. Sebagai ketua, kenalah berfikiran terbuka.. Apa pun perbezaan pendapat bukan jadi isi besar, sama-sama memberi pandangan untjk menjadi lebih baik.

    Jom kunjungi entri berkaitan:
    Malaysia Best Blog 2015

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!