MISTERI DI SEBALIK NOMBOR TELEFON 03-26016400

2/23/2015 02:58:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Tadi baru teringat nak charge bateri hp & on.. Yelah sejak anak aku membesar bagai juara ni hp aku susah sangat dah nak on.. kalau full batery abis di kerjakan dia dengan video2 ilmiah.. abc la.. shape song la.. todder song bagai tu kadang2 aku malas nak charge batery kalau mata dia celik. Pantang tengok hp mula la.. Aku nak dia beraktiviti lain selain dengan gadget jer.. Bukan aku tak on hp sebab lari dari hutang along yer... So, apa yang misterinya no telefon tu??


Biasa blog aku semua nak berkonsepkan seram kan so kena letak tajuk misteri2 sikit. Lagipun misteri bukan untuk perkara berkaitan mistik je tapi untuk sesuatu perkara yang kita tak tahu hujung pangkal cerita dia pun boleh di kategorikan misteri jugak. Jadi rasanya tak salah kot aku guna perkataan Misteri tu kan.

Alkisah aku on je tadi tengok banyak jugak misscall dari no 03-26016400. Sebab nombor ni asing sangat bagi aku malas nak call balik tanya maka sebab ada kemudahan hujung jari maka aku gunakan la.. Bila aku google banyak info keluar. Ada yang kata scammer.. ada yang kata TM punya nombor nak promot streamyx. Ada aku baca kat satu website ni siap marah2 nombor tu asyik call dia.. Kesimpulannya maybe telemarketing jer yang call tu.


Kadang2 aku pelik dari mana telemarketing ni dapat personal number kita yer? Apa yang aku tahu adalah nombor kita di jual oleh individu tak bertanggungjawab sebab kalau kita berurusan dengan sesuatu yang memerlukan kita bagi semua detail even depa janjikan detail kita tu tak di bocorkan tapi tu la zaman sekarang ko bayar ko dapat apa ko nak. Nak2 lagi kalau kita ada account bank.. Ingat takde orang dalam jual maklumat kita ke? Pernah ex bos aku dulu tangguhkan gaji then aku minta cakap aku dah takde duit nak belanja, punya buruk perangai dia pergi minta tolong kawan dia yang kerja dengan bank Aumm.. untuk check maklumat Account aku. Lepas tu datang ofis siap bagi tau berapa amount dalam account aku. Terkejut aku tanya macam mana dia boleh tau.. Dia kata saja dia suruh kawan dia kerja kat bank semak account aku. Tak amanah langsung kan?? Tu antara punca yang buat agen dok call promot tu promot ni nak2 agen insuran atau credit card.

Aku kadang2 malas nak layan cakap bz atau off je panggilan sebab depa ni ada jenis tak reti bahasa kita cakap bz pun still jugak nak ambil masa kita suruh dengar apa dorang nak cakap. Tu yang ambil solution biadap sikit, off terus call. Apapun kalau nak berurusan secara online ni lebih2 lagi panggilan telefon berhati hati. Jangan teruja jer terus bagi semua detail penting kita. Dan kena ingat.. Sihir pukau jugak boleh di lakukan dengan panggilan telefon. Kalau rasa panggilan tu tak penting, elok la elakkan dari melayan. Kalau orang tak percaya pada sihir ni terpulang.. aku percaya sebab ia wujud & boleh berlaku dengan izin Allah & ada berlaku.

6 comments:

  1. Kan?akak paling malas bila nak buat apa2 kena bagi no tel..baru2 ni ada yang buat GA suruh vote,nak vote tu kena letak no telefon,..maaf banyak2 le memang tak vote la kalau sampai nak kena bagi no telefon apa ke hei nye yob?/hehehhe

    ReplyDelete
  2. 03 271780000...nie pun sama no telefon misteri

    ReplyDelete
  3. Baru je dpt call td, x jwb pun, then google kluar yg ni. Elok sgt le x jwb

    ReplyDelete
  4. Baru je dpt call td, x jwb pun, then google kluar yg ni. Elok sgt le x jwb

    ReplyDelete
  5. Baru je dpt call dr no tu ... malas nk jwb.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com