PENGAKUAN BERANI DEDAH DARI PENGGUNA BIO ESSENCE

16.2.15 Suria Lekatlekit 17 Comments

Jeng... Jeng.. Jeng.. Inilah pengakuan berani dedah bukan berani mati yer.. dari mereka yang pernah guna produk Bio Essence. Antara salah seorang pengguna dia.. adalah diri aku sendiri. Pengakuan ni mungkin buat korang rasa tak senang duduk.. Tapi aku rasa perlu jugak aku dedahkan semua pengakuan ni demi kebaikkan semua, katanya.

Sumber google

Sabtu lepas aku menambah lagi koleksi produk Bio Essence.. Yang sempat aku rembat lepas bayar ada Bio Essence Bio Energy Snail Repair & smooth cream. Menjadikan jumlahnya sebanyak 5 produk dari bio essence aku ada sekarang. Pencuci muka jer dah dua aku ada. Selebihnya Tanaka White double whitening cream bio essence & Moisturizing + sunblock sekali.

Semua ni hasil rembat lepas bayar kat guardian.

Macam biasa la.. lepas tambah koleksi harus upload untuk share dengan orang lain. Sebab ada pengaruh produk ni. Tak dinafikan bio essence memang bagus.. Jarang dengar bagi kesan buruk pada kulit. Apa jenis produk dia setakat ni memang serasi dengan kulit sensitif aku ni. Diakui kebaikkannya oleh mereka2 yang menggunakannya.


Yang ada masalah jerawat & parut tu boleh la try produk SNAIL dari bio essence ni sebab aku baca testimoni dari seorang blogger.. memang membantu menyelesaikan masalah jerawat & parut dia. Aku baru je try Snail cream ni sabtu lepas.. Hari ni baru masuk hari ke 3 aku guna.. So far so good & testimoni nantilah tunggu seminggu dua lagi yer.

Untuk baca testimoni sila clik kat sini Selepas Sebulan Guna

Produk dia mungkin ada yang kata mahal sebab aku akui harga cream2 dia pun kalau tak offer semua harga dalam RM50++ tapi aku beli semua masa offer... Tanaka White Double whitening harga asal tak silap dekat RM70 tapi sebab offer aku beli dalam RM48+++, Snail Repair & smooth cream harga asal RM99++ tapi aku beli offer RM69++, snail cleanser RM24++ & miracle Bio water Cleanser aku beli masa offer RM19++. Moisturizing dia dalam RM20++ kot. Tapi aku tak beli sekaligus semua.. aku beli satu dua dalam satu masa. Aku tak beli set.. aku beli yang mana aku rasa nak pakai jer.

Tapi cream dia aku rasa tahan lebih dari sebulan & packaging dia pun cantik. Nampak kelas jer botol2 dia tu. Harus la.. appearance tu penting jugak tau selain kualiti & kuantiti.. ye dak. Lagipun produk bio essence ni senang di beli kat luar.. supermarket pun ada jual. Atau selalu aku beli kat guardian.. nak kumpul setem guardian katanya. hahahaha. Kalau korang beli cream2 yang harga dalam RM40++ kat online pun campur kos pos dah lebih kurang je kan beli salah satu cream Bio essence. Kadang2 mentaliti pembeli ni even RM40 tahan sebulan jer dia anggap murah dari RM70 tahan 3 bulan. Tanaka White Night Cream tu pun dok banyak lagi even dah sebulan aku guna. So, bagi aku tak mahal melampau la bio essence sebab tahan lebih dari sebulan.

Setakat hari ni aku pakai produk bio essence.. Yup kulit makin cerah, jerawat semua dah kecut & parut jerawat makin pudar even masih perlu treatment lagi. Sebenarnya aku ambil planning pills, baru tukar yang jenama lain so maybe ganggu sikit hormon menyebabkan jerawat tumbuh bagai di baja. Luar biasa banyak pulak tumbuhnya.. Tapi Alhamdulillah.. sekarang makin ok dah sikit. kekekeke

Selepas sebulan guna Tanaka White double Whitening Night Cream Bio Essence. Yang hadapi masalah kulit gelap & kusam boleh try Tanaka White Bio Essence. Tak mampu beli set pakai night cream pun dah ok. Tanpa penglupasan bio essence mampu memberi hasil memuaskan.




Yang menarik
Sebelum merancang untuk ada anak, ni yang perlu korang buat dulu >>Planning to have children soon? Stop what you’re doing and check this out now. <<

17 comments:

  1. Wahhh ! Kita pernah pakai juga dulu. Lepas tu stop. Hahahaha. Ni nak sambung baliklah. :D

    ReplyDelete
  2. mahal jugak ye kalau tak de offer..kena kumpul duit la nampaknya..

    ReplyDelete
  3. wahhh..sy suka nama blog ni,rare sgt...tp sy x pernah try bio essence ni...nmpk menarik!

    Ketahui 7 Sebab Suami Perlu Teman Isteri Semasa Bersalin. KLIK SINI

    ReplyDelete
  4. Tak pernah try,tapi tiba² teringin. Sis produk snail yg mana boleh pudarkan parut tu?

    ReplyDelete
  5. Hahaha...Suria punya penanganlah ni akak keluarkan slowly, slowly set Bird Nest yang akak beli hari tu. Satu set okey, kalau sembunyi lama-lama harus kena buat giveaway pulak. Hahaha! Melampau sungguh niat tak baik nih tau!

    Akak dah cubalah, produk BioEssence ni sangat soft di muka. Lepas pakai boleh rasa perbezaan betapa softnya kulit muka. Takdalah kusam sampai nak kena make up kasi nampak berseri macam langsuir. Eh, langsuir pakai make up ke idok? Lupa plak!

    ReplyDelete
  6. sis pun dah guna bio essence . tak guna set . beli ikut keperluan kulit ... sis pernah beli produk tempatan berasaskan gamat . harganya rm100++ semuanya . pakai sampai habis , kesan tak nampak juga ... ermmm .

    ReplyDelete
  7. Hi..i pon guna Tanaka White series tapi syg naik jerawat kat dahi..cis..anyone r welcome to read my review and share ur thoughts ;)

    http://missgeek.blogspot.com/2015/09/bio-essence-tanaka-white.html

    ReplyDelete
  8. Assalam..awk..tumpang tanya..pas pakai mask tu..ada rs gatal2 x? Sbb sy br try pakai bio ni..bli try kit dia yg aqua biru tu then smlm pakai mask snail ni..hari ni muka gatal2 dah..nape eh?

    ReplyDelete
  9. Bestnyaaa.....dulu pernah pakai tapiiiii macam lambat je kesan dia...at last stop.

    ReplyDelete
  10. Sy guna tanaka white,trial pack,smggu sy guna dh nmpk kesan,jrawat pn segan nk timbul dh😊

    ReplyDelete
  11. Sy dah try bio essence snail nie.mcm tak sesuai jer ngan sy.nak jual 1set.foam,serum n cream....minat wassap sy 0122808820

    ReplyDelete
  12. Assalam..sy nk let go bio essence snail serum rm77 include postage..masih baru, kotak pn belum bukak..whatsapp 0122371731

    ReplyDelete
  13. Salam saya nak let go serum dgn cream. Baru seminggu pakai. Semua sekali RM 100. Harga asal RM 198. Mungkin tak sesuai dgn kulit saya. Berminat whatsapp 0199791469

    ReplyDelete
  14. Klu buat hilangin flek hitam pkek bio essence yg mana

    ReplyDelete
  15. Hi. Saya nak jual set bio essence snail. Cleanser rm 15 harga asal 26.90. Serum rm60 harga asal 79.80. Cream rm40 harga asal. Please whatsapp saya sesape yang berminat 017-4413996 Saya dah pakai ni set kedua, tapi muka saya takde result :(

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!