ALIA HARYANI UJIAN DARI ALLAH UNTUK BLOGGER

11.7.15 Suria Lekatlekit 6 Comments

Mungkin ramai blogger kenal dengan seorang blogger yang menderita kanser,  disamping tu perlu membesarkan 2 cahayamata seorang diri. Aku pernah minta jasa baik blogger untuk buat satu post untuk mempromosikan jualan dia haritu.. Alhamdulillah ramai blogger turut serta biarpun kebanyakkan blogger level2 aku jer.. Bukan blogger tahap retis keluar masuk tv, malajah,radio bagai. Tapi aku kagum dengan keikhlasan mereka untuk turut membantu.


Baru2 ni kak Alia Haryani mesej aku kat FB.. minta bantuan lagi. Dia ada masalah kewangan.. disamping tu rumah mak dia pun katanya bakal di sita sebab arwah Ayah dia pernah buat pinjaman dengan kowaja. Akibat dari kejadian tu Mak akak Alia Haryani jadi semakin uzur. Mungkin susah hati kerana masalah kewangan untuk membayar balik pinjaman yang pernah arwah Ayahnya buat. Kata kak Alia Haryani.. dia sendiri tak mampu nak tolong. Jualan dia katanya sambutan kurang. Dia minta sangat kalau tak dapat bantu yang lain.. bantu terus mempromosikan jualan dia pun dah cukup.

Serunding daging tempatan 250 gram RM 18
Serunding ayam 250 gram RM 18
Serunding Ikan 250 gram RM 12
Mini karipap RM 32 sekilo
Mini Popia RM 32 sekilo
Pos biasa rm 6 utk 1 kg
Pos laju RM 9 utk 1 kg
Untuk Tempahan Boleh PM Alia Haryani di FB
 
Apa yang paling menyedihkan.. Aku ada suggest pada dia untuk minta tolong komuniti blogger **tet** & **tet** ni katanya dia dah cuba tapi kedua duanya tak reply. Maybe kedua duanya pernah memviralkan tentang jualan dia sekali dulu so tak tau la kenapa untuk kali kedua mereka terus mendiamkan diri. Maybe sibuk dengan aktiviti blogger yang lebih memberi pulangan besar kot. Aku sendiri pun tak tahu. Aku jugak pernah cuba minta tolong kat satu page troll popular pun diam seribu bahasa.

Allah hantar Alia Haryani pada kita (Blogger) untuk menguji sejauh mana keprihatinan kita. Jangan kita hanya mencanang keikhlasan bila kita membuat kerja amal yang mendapat publisiti tapi membiarkan mereka yang berada dekat dengan kita terus mengemis perhatian yang tak di pedulikan. Jangan cakap soal 'Keikhlasan' kalau nak membantu pun kita pilih bulu.

Aku bukan blogger yang baik.. Tapi bila Allah hantar Insan bernama Alia Haryani untuk menguji sebenarnya. Bukan sekali dia mesej aku kat FB.. malah banyak kali sampai kadang2 buat aku rasa bersalah sebab aku tak tahu macam mana lagi boleh aku buat untuk bantu dia. Aku cuma seorang blogger kecil yang terpinggir dalam dunia blog. Aku tiada populariti atau di kenali ramai. Cuma di kenali di kalangan blogger jer.

Bagi pihak Alia Haryani aku merayu pada semua yang membaca entri ni untuk turut sama membantu. Kalau tak nak membantu membeli jualan beliau, nak bersedekah pun boleh. Hari ni hari dia.. Mungkin akan datang hari kita. Bantulah apa yang daya walau sekadar mempromosikan jualan dia. Yang nak beli atau mempromosikan jualan beliau boleh tengok kat sini >> Alia Haryani <<

Kalau kita tak mampu untuk membantu dari segi material & tenaga.. Dengan satu doa pun cukup besar. Semoga Allah permudahkan segala urusan kak Alia Haryani & luaskan rezeki untuk dia & keluarga.

6 comments:

  1. Kalau berblogger utk cari nama masuk tv,majalah segala bagai..untuk populariti,bila kita minta tolong viralkn kesusahan org lain tknk.......cadangan saya,tkyah la berblogger lg.sy pernah jugak minta tolong seorang blogger yg terkenal dan kenal ms dia tk top sgt lg,kenal gitu2,minta tolong viral kisah anak syurga.tp tk membantu pn.

    ReplyDelete
  2. ya allah moga kak alia terus tabah...

    ReplyDelete
  3. Ya Allah sedihnya, insya allah cuba bantu mana yang terdaya dan ikut kemampuan..Moga dipermudahkan urusan Alia Haryani dan keluarga. Betul tu, sebenarnya dia adalah ujian untuk kita semua..

    ReplyDelete
  4. Semoga dia terus bertabah mengharungi liku liku kehidupan...

    ReplyDelete
  5. Ya allah...sedihnya...sentiasa ada hikmah disetiap dugaan Allah pada kita...semoga kak alia kuat dan tabah...

    ReplyDelete
  6. semoga Alia kuat dan tabah ....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!