PERLU KE PERATURAN UNTUK ORANG YANG DATANG BERAYA

7/08/2015 02:29:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

Insya Allah 9 hari lagi kita dah nak sambut raya. Sekejab jer rasanya.. 21 hari puasa ni Alhamdulillah belum lagi skip bersahur. Hope.. Tak terbabas bersahur hingga hari ke 30 la. Azam puasa tahun ni nak cukupkan sahur 30 hari even tak cukup puasa 30 hari pun. Almaklum la orang pompuan katakan...


Berbalik pada isu semasa yang tengah rancak orang share sekarang adalah rules @ peraturan ketika pergi beraya kerumah orang. Actually aku memang tak berapa setuju dengan rules bagai bila nak beraya ni bukan bermakna aku jenis tak beradap bila pergi beraya kat rumah orang. Meletakkan peraturan untuk orang datang beraya.. bagi aku adalah perbuatan kurang sopan atau secara kasarnya di sebut BIADAP. Tak boleh tu.. tak boleh ni.. Nak.. nak rules yang berkaitan dengan tingkah laku budak2 ni. Biasa la budak2 kadang2 tertumpah air.. Bukan sebab mak bapak dia tak pandai didik. Cuma kadang2 benda ni berlaku secara tak sengaja.

Sebab tu aku sejak ada anak memang malas sangat nak bertandang kerumah orang kecuali hari raya. Sebab anak aku memang lasak. Tu pun memang aku kawal dia bila berada kat rumah orang sebab tak nak menyusahkan tuan rumah. Kalaulah dah ada rules macam orang dok share sekarang.. Aku takkan pergi rumah orang yang share rules tu sebab bagi aku orang yang share tu sebenarnya nak bagitau orang lain nak datang rumah dia beraya maka pastikan tak buat perkara perkara tu. Bukan berniat nak buat cuma takut benda tu berlaku di luar kawalan nak2 berkaitan dengan anak kecik ni.

Hari raya memang hari yang dah menjadi amalan turun temurun ziarah menziarahi.. Tak perlu kita spoil mood orang untuk datang kerumah kita dengan rules2 macam tu. Sekarang ni majoriti semua orang ada account media sosial.. Bila kita share benda macam tu tak mustahil yang ada anak kecik & ramai anak ni rasa segan jugak nak bertandang kerumah kita. Yelah.. mak bapak maybe behave jer kat rumah orang tapi budak2 ni... pepaham je la.


Bab makan pun.. angkat balang bagai, makan banyak bagai.. tak perlu la nak mention semua tu. Nak bagi makan.. bagi je la. Tak nak simpan senyap jangan jamu orang. Orang nak angkat balang bagai ni selalunya dirumah orang yang kita dah mesra atau rapat jer. Sembang lama lama tu.. takkan tu pun nak kena cut time. Kadang2 setahun sekali jer berjumpa mesti la rasa nak spent time lama sikit. Tapi bab handphone je aku setuju. Kalau setakat pergi beraya nak bz dengan handphone better kau beraya sorang2 dalam bilik. Pasal biskut, kuih, kek bagai.. rasanya biasa je kot orang tanya beli ke buat sendiri. takkan tu pun nak sentap. Bab suara kuat.. kalau family aku kat kampung.. memang kami jenis riuh rendah. So rumah aku available nak sembang bising2 hari raya.

Moral of the story... kalau korang memang nak orang ikut rules korang semasa hari raya, mention awal2 depan pintu rumah. Lagi bagus lekat kat gate. Senang.. kot2 aku terdatang baca rules tu boleh la cancel saat akhir sebelum melangkah pijak lantai rumah korang. Peace Yo!

P/S : hope ni takde lagi isu berselfie kat kubur.. Hormati la kawasan perkuburan. Takkan semua tempat pun korang nak pose macam model majalah

4 comments:

  1. hahah...sama la pandangan kita masa akak baca ni kat facebook hari tu..nama pun raya..kau rasa tak boleh itu ini tutup je pintu tingkap jangan terima tetamu..sebab kalau dah terima tetamu hari raya ni kena ada lah risiko2 nya..air tumpah,kuih habis,budak2 melompat, nama pun raya..kalau susah sangt jangan raya la..heheh

    ReplyDelete
  2. Ntahnye lagi senang tulis je kat gate kate 'kiteorng takde pegi raya kat london' kompom takde sape nak dtg raya rumah ko

    ReplyDelete
  3. simpan biskut raya sebab mahal .. tak nak bagi tetamu makan. pastu raya tahun depan baru nampak ada lagi biskut last year tak habis makan hahaa punya kedekut kan :p

    ReplyDelete
  4. iyerla...kathy pun ada baca rules ni. boleh di kata tak setuju dengan benda begini. boleh membantut semangat ingin berziarah satu sama lain saja jadinya.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com